Jalan Negeri Kedah K675

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K675
Jalan Kelab Cinta Sayang-Lencongan Timur
Jalan Kelab Cinta Sayang
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda
Panjang2.04 km[1] (1.27 mi)
Simpang utama
Hujung utaraLencongan Timur
Persimpangan utama Jalan Lencongan Timur
K692 Jalan Ambangan Heights
3052 Jalan Kawasan Perindustrian Sungai Petani
Hujung selatanTaman Ria Jaya
Lokasi
Destinasi
utama
Kelab Cinta Sayang
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Kelab Cinta Sayang-Lencongan Timur (Laluan Negeri Kedah K675) ialah jalan raya negeri yang terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Kelab Cinta Sayang-Lencongan Timur, juga dikenali dengan nama Jalan Kelab Cinta Sayang,[4] diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.04 kilometer (1.3 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Bakar Kapor adalah jalan raya tunggal dua lorong dan jalan raya kembar dua lorong setiap arah ketika di persimpangan utama.[5]

Permulaan laluan ini terletak di Taman Ria Jaya, di persimpangannya dengan Jalan Kawasan Perindustrian Sungai Petani (Laluan Persekutuan Malaysia 3052). Ia akan menuju ke arah timur laut melalui kawasan perumahan. Jalan raya ini akan membengkok ke arah utara selepas melepasi persimpangan ke Taman Tema Air The Carnival berdekatan dengan Cinta Sayang Resort Homes. Jalan raya akan berakhir di Bandar Aman Jaya bersimpang empat dengan Jalan Lencongan Timur (Laluan Persekutuan Malaysia 225) di barat-timur dan Jalan Ambangan Heights (atau Persiaran Amanjaya 5; Laluan Negeri K692) di utara.[5][6]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[5][6]DestinasiCatatan
Taman Ria Jaya0.003052 FT3052 — Kawasan Perindustrian Sungai PetaniTerminal selatan
0.35Persiaran Cinta Sayang Resort — Cinta Sayang ResortSimpang tiga
1.10Taman Tema Air The CarnivalSimpang tiga
Lencongan Timur2.04 FT225 — Kuala Ketil, Sungai Petani
K692 K692 — Ambangan Heights
Terminal utara; simpang empat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  3. ^ @JKRKMS (29 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 7 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ "Jalan Kelab Cinta Sayang". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). Carian Poskod Malaysia. Dicapai pada 25 Mac 2021.
  5. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  6. ^ a b Google Inc. "Peta Google — K675" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]