Jalan Negeri Kedah K653

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K653
Jalan Kampung Raja–Taman Sri Wang
Map
Laluan K653 dilabelkan dengan warna merah.
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda
Panjang1.20 km[1] (0.75 mi)
Simpang utama
Hujung utaraKampung Raja
Persimpangan utama Jalan Sungai Petani-Baling
K654 Jalan Pengkalan Lebai Man–Taman Berangan
K655 Jalan Pengkalan Lebai Man
Hujung selatanTaman Sri Wang
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Kampung Raja–Taman Sri Wang (Laluan Negeri Kedah K653) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Kampung Raja–Taman Sri Wang diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.2 kilometer (0.7 bt),[1] menghubungkan Kampung Raja di utara dengan Taman Sri Wang di selatan.[4] Jenis jalan raya yang digunakan di hampir kesemua bahagian Jalan Kampung Raja–Taman Sri Wang ialah jalan raya tunggal.[5][6]

Permulaan Jalan Kampung Raja–Taman Sri Wang terletak di kawasan perumahan Taman Kampung Raja dalam kawasan Kampung Raja, di persimpangannya dengan Jalan Sungai Petani-Baling (Laluan Persekutuan 67). Laluan menuju ke selatan melalui kawasan perumahan serta perindustrian. Akan terdapat sebuah jambatan menyeberangi Sungai Petani di 300 meter hadapan. Kira-kira 550 meter (0.3 bt) dari penghujung utara, akan terdapat simpang empat menuju ke Jalan Pengkalan Lebai Man–Taman Berangan (Laluan Negeri K654). Laluan diteruskan hingga di penghujungnya di Taman Sri Wang, ia bersilang dengan Jalan Pengkalan Lebai Man (Laluan Negeri K655).[4][5][6]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[5][6]DestinasiCatatan
Kampung Raja0.00 FT67Sungai Petani, Kuala Ketil, BalingPenghujung utara
Taman Beringin0.55K654 K654 — Taman Berangan, Taman AngsanaSimpang tiga
Taman Sri Wang4.37K655 K655Kampung Pengkalan Lebai ManPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b @JKRKMS (27 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 6 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  4. ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  5. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  6. ^ a b c Google Inc. "Peta Google — K653" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]