Jalan Negeri Kedah K261

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K261
Jalan Alor Tok Chik–Buluh Nipis, Jalan Buluh Nipis
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Daerah Kubang Pasu
Panjang2.03 km[1] (1.26 mi)
Simpang utama
Hujung utaraK259 K259 di Kampung Buluh Nipis
Persimpangan utama
Hujung selatanK262 K262 di Kampung Alor Tok Chik
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K261 (diringkaskan K261) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian barat Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.030 kilometer (1.3 bt).[1] Penghujung utara terletak berhampiran Kampung Buluh Nipis, manakala sebaliknya iaitu penghujung selatan, tereletak di Kampung Alor Tok Chik, dengan melalui kawasan perkampungan tersebut. Nama yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K621 ialah Jalan Alor Tok Chik–Buluh Nipis.[1][3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri Kedah K261, juga dikenali dengan nama setempat ialah Jalan Buluh Nipis, bermula di simpang tiga antara K262 (Jalan Kampung Telok Tenggiri), di Kampung Alor Tok Chik. Kilometer sifar bermula di sini. Persimpangan untuk memasuki K261 terletak selepas selekoh K262 (dari arah barat). Ia akan menuju ke utara melalui kawasan penanaman getah di kawasan kampung tersebut. Secara ringkasnya, tiada persilangan jalan raya utama di sepanjang laluan ini. K261 diteruskan hingga di penghujung utaranya dan berakhir di simpang tiga antara K259 (Jalan Kampung Wang–Kampung SC) berhampiran dengan Kampung Buluh Nipis.[3][4]

Secara keseluruhan, K261 ialah sebuah laluan yang terletak di Mukim Putat, salah satu mukim di bawah selian Daerah Kubang Pasu. K261 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan.[2][3]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasi[4]km[3]DestinasiCatatan
Kampung Buluh Nipis0.000K259 K259 (Jalan Kampung Wang–Kampung SC) – Kampung Temalang, ChangloonPenghujung utara K261
Kampung Alor Tok Chik2.030K262 K262 (Jalan Kampung Telok Tenggiri) – Jitra, Kampung Bemban, KodiangPenghujung selatan K261
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c d "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  4. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.