Jalan Negeri Kedah K164

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K164
Jalan Sidam Kanan, Jalan Lesung Tujuh
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kulim/Bandar Baharu
Panjang4.01 km[1][2] (2.49 mi)
Simpang utama
Hujung baratK183 K183 di Kampung Guar Lobak
Persimpangan utama
Hujung timurjalan kampung (JPD) di Kampung Lesong Tujoh
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K164 (dikenali sebagai Jalan Sidam Kanan dan Jalan Lesung Tujuh) ialah jalan negeri timur-barat yang terletak di Daerah Kulim, dalam negeri Kedah, Malaysia.[3] Penghujung barat K164 terletak di simpang K183 (Jalan Guar Lobak–Kampung Tanjung Belit) manakala penghujung timurnya terletak di sebatang jalan kampung yang tidak bernama di Kampung Lesong Tujuh,[4] dengan panjang jajarannya mencecah 4.01 kilometer (2.5 bt).[1][2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K164 merupakan sebatang jalan raya yang berstatus jalan negeri, yang dibina dan diwartakan di bahagian utara Daerah Kulim, Kedah. Secara pentadbiran, perwartaan jalan negeri ini terletak di dalam kawasan perntadbiran Mukim Sidam Kanan yang bersempadan secara langsung dengan negeri Daerah Kuala Muda di bahagian utaranya.[3] Pewartaan jalan negeri ini juga terletak di kawasan luar bandar, dengan panjang keseluruhan mencecah 4.01 kilometer (2.5 bt).[1][2] Selain itu juga, K164 ialah jalan raya tunggal timur-barat yang mempunyai dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][5] Untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K164 terletak di Zon Padang Serai selian JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu.[6] K164 dikenali sebagai Jalan Sidam Kanan dan Jalan Lesung Tujuh dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][2][6]

K164 bermula sebagai kilometer sifar di kawasan perkampungan Kampung Guar Lobak, Kedah di simpang tiga dengan K183 (Jalan Guar Lobak–Kampung Tanjung Belit) berdekatan dengan sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Lobak. Pada peringkat awal di penghujung barat K164, jalan raya ini bakal menelusuri kawasan perkampungan Kampung Guar Lobak dan Kampung Ujung Padang yang bercorak berselerak di sisi utara jalan raya manakala kawasan penanaman sawah padi atau bendang di sisi selatan jalan raya. Lalu, K164 bakal membengkok ke tenggara di Kampung Sidam Kanan dan Kampung Dato Seri di samping melalui lembah-lembah sungai Sungai Muda yang berada di utara jalan raya; dan kembali ke arah timur semula sebaik sahaja memasuki kawasan Kampung Bukit Sidam. Seterusnya, K164 bakal membuat pertemuan pertamanya dengan jalan raya utama, iaitu K824 (Jalan Pokok Jambu–Sidam Kanan) di Kampung Bukit Sidam. Di sini juga, K164 bakal melalui sebuah bukit yang bernama Bukit Sidam. K164 diteruskan lagi dengan menuju ke arah timur laut dan menelusuri kawasan estet kelapa sawit, Ladang Ban Hup Seng. Jajaran jalan raya K164 diteruskan sehingga penamatnya di Kampung Lesong Tujuh. Di penamat bagi jalan raya ini, K164 bakal dilanjutkan dengan jajaran jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) sedia kala di kawasan perkampungan tersebut.[2][5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kulim, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[5]Destinasi[4][5]Catatan
Kampung Guar Lobak0.00K183 K183Kampung Tanjung Belit, Padang SeraiPenghujung barat
Kampung Bukit Sidam2.90 K824Kampung Sidam Kanan, Kampung Telok SeraPenghujung selatan
Kampung Lesong Tujuh4.01Dilanjutkan dengan jalan kampung sedia adaPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kulim/Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 21 September 2023.
  2. ^ a b c d e Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  3. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah (Skala 1: 120,000)" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Julai 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  5. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  6. ^ a b JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. "Dokumen Meja Sebut Harga: Sebut Harga untuk Perkhidmatan Pemotongan Rumput di Jalan-Jalan Negeri di Kawasan Padang Serai". idaftar.kedah.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2023. Dicapai pada 21 September 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]