Jalan Negeri Kedah K677

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K677
Jalan Paya Nahu–Lencongan Timur
Jalan Paya Nahu-Lencongan Timur (Kedah State Highway K677) 20200601 0139.png
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang2.20 km[1] (1.37 mi)
Simpang utama
Hujung baratKampung Paya Nahu
Persimpangan utama Jalan Bukit Tok Acheh–Taman Ria Jaya
Jalan Lencongan Timur
Hujung timurBandar Aman Jaya
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Paya Nahu–Lencongan Timur (Laluan Negeri Kedah K677) ialah jalan negeri yang terletak di tengah Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K677 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.2 kilometer (1.4 bt),[1] menghubungkan Kampung Paya Nahu di barat dengan Bandar Aman Jaya di timur dengan melalui Kawasan Perindustrian Sungai Petani, dan Taman Ria Jaya.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Paya Nahu–Lencongan Timur (K677) bermula di persimpangan dengan Jalan Bukit Tok Acheh–Taman Ria Jaya (K609), di Kampung Paya Nahu. Ia akan menuju ke timur melalui kawasan perkilangan dan perumahan. Kira-kira 1.4 kilometer (0.9 bt) dari penghujung barat, K677 akan terdapat simpang empat, jika ke utara pengguna akan ke Jalan PKNK Utama manakala ke selatan pula, pengguna akan ke Jalan PKNK 3/1. Simpang empat ini dilengkapi dengan lampu isyarat. Jajaran Paya Nahu–Lencongan Timur (K677) berakhir di Bandar Aman Jaya (Zon Anggerik), bersimpang dengan Jalan Lencongan Timur (Laluan 225) dan Jalan Aman Jaya. Ia juga dilengkapai dengan lampu isyarat.[3][4]

Jalan Paya Nahu–Lencongan Timur (K677) berjenis jalan raya tunggal dengan dua lorong dari penghujung barat sehingga ke penghujung hayat laluan ini.[3] Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Sungai Petani, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebahagian laluan K677, telah diwartakan sebagai jalan persekutuan industri yang bernomborkan, 3052.[5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda.

Lokasikm[3][4]DestinasiCatatan
Kampung Paya Nahu0.0 K609Sungai Petani, Butterworth, Tikam BatuPenghujung barat
Kawasan Perindustrian Sungai Petani1.4Jalan PKNK Utama / Jalan PKNK 3/1
Bandar Aman Jaya2.2 FT225Baling, Gerik, BedongPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b @JKRKMS (29 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 7 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit). Dicapai pada 15 Januari 2022 – melalui Twitter.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c d "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  4. ^ a b Penyumbang OpenStreetMap (15 Januari 2022). "Peta Laluan Negeri Kedah K677" (dalam bahasa Inggeris). OpenStreetMap. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  5. ^ "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.