Jalan Negeri Kedah K657

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K657
Jalan Sungai Layar–Sungai Jagung
Jalan Sungai Jagung
Kedah State Road K657 Intersection 1.jpg
Papan tanda persimpangan K657 dipasang di Jalan Lencongan Barat
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda
Panjang2.34 km[1] (1.45 mi)
Simpang utama
Hujung baratKampung Sungai Jagung
Persimpangan utamaK651 Jalan Penghulu Him–Sungai Layar Hujung
Jalan Lencongan Barat
Jalan Sungai Layar
K167 Jalan Semeling–Sungai Petani
Hujung timurKampung Sungai Layar
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Sungai Layar–Sungai Jagung (Laluan Negeri Kedah K657) ialah jalan raya negeri yang terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3] Jalan raya ini menghubungkan Kampung Sungai Jagung di barat dan Kampung Sungai Layar di timur.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Sungai Layar–Sungai Jagung diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.34 kilometer (1.5 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Sungai Layar–Sungai Jagung adalah jalan raya tunggal dua lorong.[4]

Permulaan laluan ini terletak di Kampung Sungai Layar, di persimpangannya dengan Jalan Semeling–Sungai Petani (Laluan Negeri K167). Ia akan menuju ke arah barat daya melalui kawasan perkampungan Kampung Sungai Layar, Taman Padimas dan Kampung Haji Din. Beberapa meter di hadapan, jalan raya ini akan bersilang dengan Jalan Sungai Layar (atau Jalan Sekolah Sungai Layar; Laluan Negeri K607). Jalan raya ini akan dipotong apabila di persimpangan Jalan Lencongan Barat (Laluan Persekutuan 257) disebabkan oleh dihalang oleh pengadang jalan; di mana pengguna jalan raya hanya dibolehkan untuk ke arah selatan. Bahagian jalan raya yang tertinggal terletak di sebalah barat Jalan Lencongan Barat.[5] Walaubagaimanapun, jajaran jalan raya masih diteruskan hingga di penghujungnya di Kampung Sungai Jagung, ia akan bersilang dengan Jalan Penghulu Him–Sungai Layar Hujung (Laluan Negeri K651).[4][6][7]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4][6][7]DestinasiCatatan
Kampung Sungai Layar0.00K167 K167Merbok, Semeling, Alor SetarTerminal timur
0.23 K607Kampung Haji Ibrahim, Kampung Penghulu Him, Sungai PetaniSimpang tiga
0.38Lorong Padimas 1 — Taman PadimasSimpang tiga
Kampung Haji Din1.64 FT257 (Arah Selatan) — Butterworth, Tikam BatuSusur masuk dari utara, susur keluar ke selatan sahaja
Kampung Sungai Jagung1.68 FT257 (Arah Utara) — Alor Setar, Bandar Laguna MerbokSusur masuk dari selatan, susur keluar ke utara sahaja
2.34K651 K651 — Kampung Sungai Layar Hujung, Kampung TelukTerminal barat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  3. ^ @JKRKMS (27 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 6 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ Google Inc. "Peta Google — Pemerhatian Satelit Lencongan Barat" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  6. ^ a b Google Inc. "Peta Google — K657 (Sungai Jagung-Lencongan Barat)" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  7. ^ a b Google Inc. "Peta Google — K657 (Lencongan Barat-Sungai Layar)" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]