Jalan Negeri Kedah K635

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K635
Jalan Kampung Sungai Baru
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda
Panjang6.31 km[1] (3.92 mi)
Simpang utama
Hujung baratKampung Jilid 3
Persimpangan utamaK652 Jalan Sungai Pial–Batu Hampar
Jalan Simpang Tiga Pasir–Sungai Gelam
Hujung timurKampung Sungai Baru
Lokasi
Destinasi
utama
Kampung Jilid 5
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Kampung Sungai Baru (Laluan Negeri Kedah K635) ialah jalan raya negeri yang terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Kampung Sungai Baru diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 6.31 kilometer (3.9 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Kampung Sungai Baru adalah jalan raya tunggal dua lorong.[4]

Permulaan laluan ini terletak di Kampung Sungai Baru, di persimpangannya dengan Jalan Simpang Tiga Pasir-Merbok (Laluan Negeri Kedah K636). Selepas itu, laluan ini akan ke selatan melalui kawasan penanaman sawah padi. Di beberapa meter di hadapan, akan terdapat sebuah jambatan kecil menyeberangi Sungai Baru. Apabila pengguna jalan raya sudah tiba di Kampung Jilid 5 akan terdapat simpang tiga, Laluan K635 akan ke arah barat. Selepas melepasi simpang tersebut, tidak ada lagi persilangan utama dan akan berakhir di Kampung Jilid 3 bersimpang dengan Jalan Sungai Pial–Batu Hampar (Laluan Negeri K652).[4][5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasi km[4][5] bt Destinasi Catatan
Kampung Sungai Baru 0.00 0.00 K634Kampung Simpang Tiga Pasir Terminal timur
Kampung Jilid 5 1.70 1.06 Jalan Tanpa Nama — Kampung Segantang Garam Simpang tiga
Kampung Jilid 3 6.31 3.92 K652 K652Kampung Sungai Pial, Kampung Batu Hampar Terminal barat

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Sik" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  3. ^ @JKRKMS (24 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 5 - Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ a b Google Inc. "Peta Google — K635" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]