Jalan Negeri Kedah K363

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K363
Jalan Alor Janggus–Gunung Keriang
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kota Setar
Panjang4.86 km[1] (3.02 mi)
Simpang utama
Hujung barat FT7 di Kampung Alor Janggus
Persimpangan utama
Hujung timurK2 K2 di Kampung Gunong
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K363 (Jalan Alor Janggus–Gunung Keriang) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian barat laut Daerah Kota Setar, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kota Setar. K363 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 4.86 kilometer (3.0 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Alor Janggus di barat dengan Kampung Gunong di timur.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Jalan Alor Janggus–Gunung Keriang (Jalan Negeri K363), bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Alor Janggus dekat simpang empat Jalan Kangar–Alor Setar (Jalan Persekutuan 7), berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Alor Janggus dan Pejabat Pos Alor Janggus. Permulaan jajaran K363 terletak dalam Mukim Padang Lalang, salah satu mukim dalam Daerah Kota Setar. Seterusnya, K363 akan bersimpang dengan jalan perumahan Taman Maju, dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus, lalu akan membengkok ke utara menuju ke persimpangan Taman Alor Janggus/Taman Sutera. Selepas melepasi simpang ke Taman Alor Janggus dan Taman Sutera, K363 akan meninggalkan Mukim Alor Janggus dan memasuki ke Mukim Gunong. Di sepanjang laluan K363 di Mukim Gunong, ia akan melalui kawasan penanaman sawah padi dan perkampungan. Dekat Kampung Permatang Gunong (atau Kampung Sematang Gunong), K363 akan kembali membengkok ke timur, lalu melintasi sebatang tali air yang bernama Tali Air ACLBDB.[3][4]

K363 akan melintasi lagi sebatang tali air, Tali Air ACLBD7 dekat Kampung Gunung Hilir, sebelum persimpangan Jalan Muzium Padi–Gunung Keriang (Jalan Negeri K379). Seterusnya, jalan raya akan melengkung sedikit kerana terdapat rumah penduduk yang dibina di sepanjang kaki Gunung Keriang. Persimpangan ke Taman Rekreasi Gunung Keriang terletak berhampiran dengan Kilinik Kesihatan Gunung Keriang. Penamat K363 berada di Kampung Gunong, di simpang dua Jalan Gunung Keriang–Sungai Korok (jalan Negeri K2). Simpang tiga ini dilengkapi dengan kemudahan lampu isyarat.[3][4]

Secara keseluruhannya, Jalan Alor Janggus–Gunung Keriang atau K363 sebahagian besarnya terletak di Mukim Gunong, manakala selebihnya di Mukim Padang Lalang. K363 juga merupakan jalan raya tunggal barat-timur dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia oleh JKR Kota Setar, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kota Setar, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Alor Janggus0.0 FT7Pusat Bandar (Alor Setar), Kangar, Padang BesarPenghujung barat
Kampung Gunung Hilir3.1K379 K379Muzium Padi, Kampung Gelong Ayer
Kampung Gunong4.9K2 K2Kampung Sungai Korok, JitraPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kota Setar/Padang Terap/Pokok Sena" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kota Setar/Padang Terap, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 Julai 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Januari 2022.