Jalan Negeri Kedah K258

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K258
Jalan Kubang Menerong
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang2.01 km[1] (1.25 mi)
Simpang utama
Hujung utaraK256 K256 di Kampung Raja
Hujung selatanK104 K104 di Kampung Kubang Menerong
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K258 (Jalan Kubang Menerong) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K255 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.46 kilometer (1.5 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Raja di utara dan Kampung Kubang Menerong di selatan.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K258 bermula sebagai kilometer sifar di kawasan perkampungan Kampung Raja, salah satu kampung di Mukim Pering, di pertemuan Jalan Negeri K256 (Jalan Kampung Pering). K258 akan melalui kawasan pertanian sawah padi yang diusahakan oleh penduduk setempat. Seterusnya, K258 akan memasuki zon pecahan pentadbiran Mukim Ah dan meninggalkan Mukim Pering, lalu berkelok ke arah barat daya, dengan menelusuri kawasan perkampungan berselerak Kampung Kubang Menerong Dalam. Di sini, K258 akan melalui kawasan penanaman kelapa sawit dan pokok getah yang ditanam di sepanjang jalan. Sebelum penamat selatannya tiba, K258 akan berkelok menuju ke simpang tiga Jalan Negeri K104 (Jalan Napoh–Padang Sera), yang di mana K258 akan tamat di sini, di kawasan perkampungan Kampung Kubang Menerong.[3][4]

Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K258 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Ah dan Mukim Pering.[2] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K258 terletak di Zon 4 selian JKR Daerah Kubang Pasu.[5] K258 juga merupakan jalan raya tunggal utara–selatan dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K258 dikenali sebagai Jalan Kubang Menerong/Kampung Tok Arang dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Raja0.00K256 K256Kodiang, Kampung PeringPenghujung utara
Kampung Kubang Menerong2.76K104 K104Kampung SC, Padang SeraPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 4)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.