Kampung Langkap, Setiu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Landas
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Landas
Mohor rasmi Kampung Landas
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Setiu
MukimSungai Tong
KampungKampung Landas
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
21500
Kod kawasan+609
Laman sesawangLokasi Kampung Langkap di Peta Google

Kampung Langkap merupakan sebuah kampung yang terletak di Mukim Hulu Nerus, Setiu, dalam negeri Terengganu Darul Iman, iaitu negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Kampung Langkap terletak kira-kira 45 minit dari Kuala Terengganu. Pekan Seri Langkap merupakan pekan yang paling hampir dengan Kampung Langkap. Populasi penduduk adalah seramai 1,229 orang yang mendiami di Kampung Langkap iaitu seramai 620 orang lelaki dan 609 orang perempuan. Kesemua penduduk berbangsa Melayu dan beragama Islam. Mereka tinggal secara bertaburan di seluruh kawasan kampung. Ada penduduk yang tinggal di rumah kayu dan rumah batu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kampung Langkap dibuka pada tahun 1929 dengan keluasan asal kira-kira 50 hektar. Di antara peneroka terawal ialah Tok Mat Janggut. Peneroka-peneroka awal berasakan penempatan baru ini sesuai untuk aktiviti pertanian dan kawasannya yang berdekatan dengan sebatang sungai yang menjadi jalan penghubung.

Mengikut cerita orang tua-tua kampung ini, Nama Kampung Langkap diambil sempena Pokok Langkap yang terletak di atas bukit bersebelahan dengan Sungai Nerus. Hanya empat buah rumah sahaja yang terdapat di kampung ini. Satu-satunya cara perhubungan ketika itu adalah melalui sungai. Jika dahulu pertanian padi huma dijalankan kini segalanya telah berubah kepada pertanian komersil seperti getah, kelapa sawit, cili, jagung serta sayur-sayuran.

Sosioekonomi[sunting | sunting sumber]

Pelbagai pekerjaan dilakukan penduduk Kampung Langkap bagi menyara kehidupan. Walau bagaimanapun sumber utama pendapatan penduduk kampung Langkap ialah kegiatan pertanian seperti bekerja di ladang kelapa sawit dan penoreh getah. Bilangan petani di Kampung Langkap lebih daripada 700 orang. Ada juga sebilangan penduduk yang bekerja dengan sektor awam dan sektor swasta di Pekan Sri Langkap dan juga Bandar Kuala Terengganu. Terdapat seorang penduduk yang bekerja sebagai nelayan dan beberapa orang lagi menjadi peniaga di kawasan kampung, di sekitar Pekan Sri Langkap dan kawasan-kawasan berhampiran.

Penduduk Kampung Langkap menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan mereka. Penduduk menanam tanaman getah sebagai pilihan utama dan diikuti dengan tanaman kelapa sawit. Selain itu, satu rancangan pertanian telah diusahakan agar dapat menambah hasil pendapatan penduduk.

Melalui kerjasama dengan badan kerajaan, penduduk Kampung Langkap dapat mengoptimumkan penggunaan tanah secara insentif melalui Rancangan Tanah Berkelompok Jasa Bakti Kampung Langkap yang diluluskan oleh pihak kerajaan seluas 20 hektar sejak tahun 1982. Seramai 72 orang peserta menyertai tanaman berkelompok ini. Tanah seluas 20 hektar ditanam dengan cili dan jagung untuk menambah hasil pendapatan. Mereka mengusahakan tanaman tersebut dengan bantuan dan khidmat nasihat dari Pejabat Pertanian Setiu dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Langkap dibuka seawal tahun 1970-an lagi. Pada ketika itu, hanya terdapat seunit bangunan sekolah dan beberapa orang pelajar. Namun dengan bantuan kerajaan, sekolah ini dibangunkan lagi dengan kemudahan yang sesuai dan terkini. SRK Langkap diterajui oleh Guru Besar, Abdul Halim Mohamad dan dibantu oleh 14 orang guru.

Anak-anak penduduk Kampung Langkap meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap yang dibuka pada awal tahun 2006. Sebelum ia dibuka, kebanyakan anak-anak Kampung Langkap terpaksa bersekolah di sekolah menengah yang terdekat iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong yang terletak lebih kurang 15 km dari kampung ini.

Sebuah Tadika KEMAS turut didirikan di Kampung Langkap. Di bawah penjagaan Serimas Sulaiman, seramai 18 orang kanak-kanak mendapatkan pendidikan awal di sini.

Kelas Jawi Dewasa[sunting | sunting sumber]

Kelas Jawi Dewasa yang ditubuhkan di Kampung Langkap sejak tahun 2009 yang lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Usaha penubuhan kelas tersebut adalah hasil kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Langkap dan Jawatankuasa Masjid Kampung Langkap. Pada awal pembukaannya, kelas tersebut dihadiri hanya 30 orang penduduk kampung di sekitar kawasan Langkap, kini jumlahnya meningkat sehingga 70 orang pelajar yang berusia lingkungan 30-an hingga 80-an. Kelas yang diadakan secara percuma itu dikendalikan oleh bekas pensyarah Institut Aminuddin Baki (IBA) Pahang, Ayub Ahmad, 59. Beliau secara sukarela berkhidmat memberi tunjuk ajar tulisan Jawi dan membaca al-Quran di kelas yang diadakan di Masjid Kampung Langkap pada setiap pagi Jumaat.

Kelas Jawi Dewasa tersebut merupakan satu-satunya yang terdapat di Terengganu di mana setiap pelajarnya dibimbing untuk menulis dan membaca tulisan Jawi, membaca al-Quran serta ilmu fardu ain secara berperingkat. Walaupun pada awalnya ada di antara penduduk yang merasa kekok dan malu untuk mengikuti kelas berkenaan, namun atas niat untuk menimba ilmu mereka menggunakan sepenuhnya peluang tersebut untuk mendalami ilmu agama hingga khatam al-Quran. Malah, ada di antara penduduk yang dulunya buta huruf kini mampu membaca dan menulis Jawi di samping menambah ilmu agama menerusi kelas fardu ain yang turut diadakan.

Belia[sunting | sunting sumber]

Belia di Kampung Langkap aktif dalam kegiatan kemasyarakatan yang dijalankan di kampung ini. Mereka turut menyertai Kelab Belia yang dianjurkan JKKK, Kampung Langkap. Kelab ini dijadikan tempat untuk pemuda-pemudi Kampung Langkap menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Belia Kampung Langkap turut aktif dalam kegiatan kebudayaan dan juga sukan. Antara sukan yang digemari belia Kampung Langkap ialah bola sepak dan sepak takraw. Pasukan Bola Sepak Kampung Langkap sering muncul sebagai juara dalam pertandingan bola sepak bagi merebut Piala Pegawai Daerah Setiu anjuran Pejabat Daerah Setiu dan Piala Pusingan Adun Langkap. Golongan belia wanita pula aktif dalam sukan bola jaring.

Persatuan Silat Belia Bitara[sunting | sunting sumber]

Selain aktif dalam bidang sukan seperti bola sepak, bola jaring dan futsal, belia di Kampung Langkap turut aktif dalam seni mempertahankan diri dalam persatuan yang diberi nama Persatuan Silat Belia Bitara. Menurut ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Langkap, Srimah Sidek, persatuan silat ini telah ditubuhkan sejak awal tahun 2010 yang lalu dan sehingga kini telah mempunyai ahli seramai 50 orang yang kebanyakannya terdiri daripada belia Kampung Langkap selain beberapa orang ahli dewasa dan kanak-kanak. Tambah Srimah, lazimnya persatuan ini mengadakan latihan sebanyak tiga kali seminggu di kawasan yang terletak berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Langkap. Persatuan silat ini diketuai oleh Mohd Rizan Tayek dan menggunakan khidmat guru silat dari kampung berhampiran.

Lebih menarik apabila Persatuan Silat Belia Bitara Kampung Langkap sudah mulai mendapat jemputan untuk mengadakan pertunjukan silat di majlis keramaian ataupun kenduri kahwin. Sekiranya mendapat sebarang jemputan, latihan akan kerap diadakan pada setiap malam bermula pada jam 9.00 malam bagi memantapkan lagi persembahan mereka. Tambah Srimah, kewujudan persatuan ini merupakan satu langkah yang positif yang menggalakkan golongan belia dan remaja untuk mengisi waktu dengan perkara yang berfaedah. Sementara itu, penyertaan untuk mengikuti persatuan ini telah dibuka kepada penduduk yang berminat dari kampung berhampiran seperti Kampung Merbau Menyusut dan Kampung Kasar.

DUN Langkap[sunting | sunting sumber]

DUN Langkap ialah sebuah Kerusi DUN Terengganu yang terletak dalam Parlimen Setiu, Terengganu, Malaysia. ADUN Langkap kini (sejak bila?) ialah YB Sabri Mohd Nor daripada BN.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Langkap, Sungai Tong, Terengganu adalah 21500.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]