Kampung Pulau Serai, Dungun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Pulau Serai
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Pulau Serai
Mohor rasmi Kampung Pulau Serai
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Dungun
KampungKampung Pulau Serai
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
23000
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Pulau Serai di Peta Google

Kampung Pulau Serai merupakan sebuah kampung yang terletak di Dungun, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Kampung Pulau Serai merupakan sebuah perkampungan yang terletak di dalam daerah Dungun , Terengganu. Majoriti masyarakat di sini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Bahasa yang sering digunakan di perkampungan ini adalah loghat negeri Terengganu sebagai bahasa utama. Antara kegiatan utama masyarakat di Kampung Pulau Serai adalah bertukang, berniaga dan menangkap ikan di perairan berhampiran di sini. Kedudukan kampung ini yang berada berhampiran dengan sungai memudahkan lagi para nelayan melakukan kegiatan menangkap ikan. Selain itu, terdapat juga penduduk kampung keluar mencari pendapatan di tempat lain serta menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Asal Usul Kampung Pulau Serai[sunting | sunting sumber]

Kampung Pulau Serai telah dibuka oleh seorang tokoh agama bernama Haji Yusof. Beliau anak Lebai Isa iaitu bekas hakim dan tokoh pengembang Islam di Dungun yang membuka Kampung Seberang Pintasan pada 1881. Setelah Lebai Isa meninggal dunia pada 1883 dan disemadikan di Kubur Seberang Pintasan, Haji Yusof bercita-cita untuk membuka sebuah perkampungan baru. Akhirnya beliau memutuskan sekitar Pulau Serai sesuai untuk dijadikan sebuah perkampungan. Nama Pulau Serai diambil berikutan tempat tersebut seakan pulau kerana dikelilingi beberapa batang sungai dan anak sungai serta banyak ditumbuhi serai.[1]

Seterusnya Haji Yusof pergi ke Kuala Terengganu dan mengadap Sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin III. Baginda telah memberi perkenan kepada Haji Yusof untuk membuka perkampungan ini. Beliau mendirikan Kampung Pulau Serai dengan mendirikan madrasah (pusat pengajian agama) terlebih dahulu. 

Pada tahun 1888 beliau berjaya mendirikan sebuah masjid kayu di sini. Lokasi masjid yang dibina secara bergotong royong dengan penduduk kampung itu ialah di tapak Masjid Lama Kampung Pulau Serai sekarang. Pada masa yang sama beliau turut membina pondok yang berfungsi sebagai pusat pengajian kepada pelajar lelaki dan perempuan yang datang dari berbagai tempat.

Haji Yusof berusaha mencorakkan Pulau Serai sebagai perkampungan Islam dan pengajaran agama menjadi teras aktiviti utamanya. Beliau tidak membenarkan orang lelaki kampung ini menggunting rambut sebaliknya disuruh bercukur. Lelaki tidak dibenarkan memakai topi, tali leher, seluar pendek dan emas kerana itu merupakan kebudayaan Barat.

Pernah berlaku seorang yang bernama Che Daud yang bertugas dengan Kerajaan British pada masa itu pergi ke Pulau Serai dengan memakai topi dan seluar pendek yang biasa dipakai oleh pegawai kerajaan pada masa itu. Ini menyebabkan beliau dimarahi oleh penduduk kampung dan menghalaunya hingga ke Sungai Dungun.

Pada masa itu bila disebut Pulau Serai, terbayang di kalangan masyarakat daerah ini sebagai perkampungan yang didiami oleh orang-orang alim. Setelah Haji Yusof meninggal dunia pada 1913 dan disemadikan di Kubur Pulau Serai, Pulau Serai terus berkembang makmur apabila jalan raya yang menghubungkan Daerah Besut hingga Kemaman dibina merentasi kampung ini dan jumlah bilangan penduduk semakin bertambah.

Pengkalan feri turut dibina pada tahun 1930-an untuk kemudahan penduduk dan kenderaan menyeberangi Sungai Dungun dari Pulau Serai ke Kampung Nibong atau Kuala Dungun sebelum dibina jambatan untuk membolehkan berbagai kenderaan darat melaluinya sekitar tahun 1965.

Kemudahan Asas[sunting | sunting sumber]

Kemudahan asas yang disediakan kepada para penduduk di sini adalah seperti sekolah, masjid, pusat kegiatan guru, klinik desa dan kedai runcit 24 jam. Dua buah sekolah telah dibangunkan bagi memberi pendidikan awal kepada penduduk di kawasan perkampungan ini. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Pulau Serai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai.

Penduduk di kawasan perkampungan ini turut mengikuti perkembangan teknologi semasa sama ada dari sudut pertukangan, perhubungan dan sistem pendidikan. Selain menggunakan telefon sebagai alat perhubungan, penggunaan aplikasi sosial seperti Facebook dan Whatsapp Diarkibkan 2015-07-05 di Wayback Machine turut digunapakai bagi memudahkan interaksi sesama penduduk setempat. Kemudahan internet (Kampung Wifi) juga telah dibekalkan di beberapa kawasan bagi memudahkan lagi penduduk sekitar mengakses internet Diarkibkan 2015-07-05 di Wayback Machine dan mencari maklumat yang diinginkan.

Peta dan Bendera Daerah Dungun[sunting | sunting sumber]

Peta Kampung Pulau Serai juga boleh di dapati di Google Maps di sini: Peta Kampung Pulau Serai

Bendera Daerah Dungun

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Pulau Serai, Dungun, Terengganu adalah 23000.[2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]