Kolej Universiti Antarabangsa INTI

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Universiti Antarabangsa INTI
INTI International University College
MotoKualiti, intipati INTI
Ditubuhkan pada1986
Lokasi,
Laman sesawangwww.newinti.edu.my

Kolej Universiti Antarabangsa INTI atau Kolej Inti ialah sebuah institusi pendidikan tinggi swasta berbilang kampus di Kuala Lumpur, Malaysia. Namanya dipilih untuk membayangkan penekanan kolej ini terhadap mutu pendidikan. Dalam bahasa Sanskrit, "inti" membawa pengertian "intipati". Cogan katanya 'Kualiti, intipati INTI'. INTI kini mempunyai hubungan dengan universiti-universiti di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, dan United Kingdom.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kolej Inti bermula pada tahun 1986 sebagai sebuah kolej swasta yang kecil di Bangunan Sim Lim, Brickfields, Kuala Lumpur. Pada permulaannya, Kolej Inti mendaftarkan 37 orang pelajar tetapi dalam tempoh 18 bulan, bilangan pelajarnya melebihi 400 orang. Bilangan pelajarnya semakin bertambah dan pada tahun 1989, Kolej Inti berpindah ke Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Dua tahun kemudian, dengan melebihi 900 orang pelajar penuh masa, Kolej Inti mengasaskan sebuah kampus tetap di Subang Jaya-Kolej INTI Subang Jaya (ICSJ). Pada tahun 1991 dan tahun 1996, Kolej Inti membuka dua buah kampus cawangan masing-masing di Kuching, Sarawak, dan Kota Kinabalu, Sabah.

Pada tahun 2004, Kolej Inti meneruskan perluasannya dengan tiga buah kampus bersekutu yang baru, iaitu Kolej Antarabangsa INTI Genting, Kolej Metropolitan, serta Kolej Seni & Seni Bentuk PJ.

Pengiktarafan dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • 2004: Dihadiahkan Anugerah Daya Cipta dan Inovasi oleh Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia.
  • 2003:
    • Dihadiahkan empat buah anugerah kerana mempunyai paling banyak kampus asing, pendaftaran pelajar tempatan serta pelajar asing yang tertinggi, serta untuk kecemerlangan keseluruhan.
    • Menjadi institusi pendidikan tinggi yang pertama di Malaysia untuk dianugerahkan dengan "Sijil Penghargaan bagi Pencapaian dalam Perdagangan oleh Kementerian Perdagangan Amerika Syarikat" kerana kerjasama akademik berbilang negara.
  • 2001: Menerima Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9002.
  • 2000:
    • Menerima Anugerah Status Koridor Raya Multimedia.
    • Memeterai Perjanjian Kolej Bersekutu dengan Universiti Hertfordshire, United Kingdom. Kolej Inti juga merupakan Kolej Bersekutu Antarabangsa yang pertama untuk Universiti Hertfordshire.
    • Menerima Sijil Kolej Bersekutu daripada Universiti Coventry, United Kingdom. Kolej Inti juga merupakan Kolej Bersekutu Antarabangsa yang pertama untuk Universiti Coventry.
  • 1998: Diberikan kebenaran untuk menawarkan program 3+0 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 1997: Diberikan Anugerah Kecemerlangan Industri (untuk Pendidikan Eksport) oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Culture of excellence vital: PM". Business Times (dalam bahasa Inggeris). 1997-12-19.