Muhammad Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Muhammad Ali
Muhammad Ali NYWTS.jpg
Muhammad Ali pada 1967
Statistik
Nama sebenar Cassius Marcellus Clay
Nama gelaran The Greatest
The People's Champion
The Louisville Lip
Berat (timbang) Heavyweight
Tinggi 6 ka 3 in (191 cm)[1]
Reach 80 in (203 cm)
Warganegara Amerika Syarikat
Lahir pada 17 Januari 1942 (72 tahun)
Tempat lahir Louisville, Kentucky, A.S.
Cara berdiri Ortodoks
Rekod tinju
Jumlah perlawanan 61
Menang 56
Menang melalui KO 37
Kalah 5
Seri 0
Tiada perlawanan 0
Rekod pingat Olimpik
Tinju Lelaki
Peserta untuk Flag of the United States (Pantone).svg Amerika Syarikat
Sukan Olimpik Musim Panas
Emas Rom 1960 Light heavyweight

Muhammad Ali (lahir Cassius Marcellus Clay, Jr.; 17 Januari 1942) ialah seorang legenda tinju dunia dari Amerika Syarikat, dianggap antara peninju heavyweights terhebat dalam sejarah sukan ini. Beliau ialah Muslim pertama menjadi peninju dunia yang terkenal di kalangan umat Islam seluruh dunia, bukan sahaja kerana kehebatannya, malah juga kerana prinsipnya.[2] Beliau juga telah dinobatkan sebagai "Sportsman of the Century" oleh Sports Illustrated dan "Sports Personality of the Century" oleh BBC.[3][4]

Pada umur 22 tahun, beliau memenangi kejuaraan heavyweight dunia pada 1964 menewaskan Sonny Liston dalam satu keputusan yang mengejutkan. Tidak lama selepas pertarungan itu, pada 6 Mac 1964, pemimpin Nation of Islam Elijah Muhammad telah mengumumkan bahawa jaguh tinju itu telah menyertai mereka dan menukar namanya kepada Muhammad Ali. Beliau memasuki Islam Ahli Sunah Waljamaah pada 1975.

Digelar "The Greatest" (Yang Terhebat), Ali terlibat dalam beberapa perlawanan tinju yang bersejarah.[5] Antaranya ialah pertarungan Liston pertama (1964), tiga kali dengan pesaing Joe Frazier (1971-1975), dan sekali dengan George Foreman (1974), di mana beliau mendapa kembali gelaran yang dilucutkan kerana enggan menyertai pengerahan ke Perang Vietnam tujuh tahun sebelumnya.

Pada 1999, anaknya Laila Ali telah meneruskan tradisi bapanya untuk menjadi peninju wanita Islam pertama, walaupun bapanya sebelum itu tidak bersetuju.[6] Sehingga bersara pada akhir 2000-an, Laila tidak pernah kalah dalam kategori super middleweight, dengan 24 kemenangan.[7]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. "Cassius Clay". sports-reference.com. Sports Reference LLC. Diperoleh pada 17 Januari 2014. 
  2. "Muhammad Ali – Biography of Muhammad Ali – Page 2". History1900s.about.com. Diperoleh pada 5 September 2012. 
  3. "CNN/SI – SI Online – This Week's Issue of Sports Illustrated – Ali named SI's Sportsman of the Century – Friday December 03, 1999 12:00 AM". Sports Illustrated. 3 Disember 1999. Diperoleh pada 5 September 2012. 
  4. "Ali crowned Sportsman of Century". BBC News. 13 Disember 1999. 
  5. "Muhammad Ali". ESPN. 20 Januari 2012. Diperoleh pada 29 Januari 2012. 
  6. "Boxing- Muhammad Ali". Womenboxing.com. 8 Jun 2001. Diperoleh pada 29 Januari 2012. 
  7. "Laila Ali - Boxer". BoxRec.com. BoxRec. Diperoleh pada 3 Januari 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]