My FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

MY FM merupakan stesen berbahasa Cina di Malaysia yang mula bersiaran pada 1 Ogos 1998. Ia adalah stesen radio ketiga yang berbahasa Cina di Malaysia, dan stesen radio swasta bahasa itu yang kedua, selepas Redi-FM (sekarang 988) memulakan siaran pada Disember tahun sebelumnya, setelah sebelum ini menjadi stesen radio tiga bahasa. Ia menggantikan TalkRadio yang muncul di gelombang FM Malaysia pada bulan Februari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro.

MY FM terus mendominasi pasaran pendengar berbangsa Cina sebagai stesen radio berbangsa Cina nombor satu dengan dua juta pendengar setiap minggu pada 2013. Fokus stesen radio ini adalah untuk semua golongan umur, tetapi setelah AMP Radio Networks memperkenalkan radio Melody FM, ia telah bertukar kepada stesen radio untuk pendengar muda. MY FM kini merupakan salah satu daripada dua radio berbahasa Cina yang dimiliki oleh AMP Radio Networks, setelah Melody FM mula bersiaran pada Ogos 2012. Beberapa penyampai dari stesen radio MY FM juga berpindah ke radio yang baru ditubuhkan itu.

Cogankata MY FM adalah MY FM, MY MUSIC. Sebelum 2009, MY FM menggunakan cogankata Great Music, Great Company.

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

  • Lembah Klang 101.8 FM
  • Taiping 100.2 FM
  • Kota Kinabalu 104.0 FM
  • Seremban, Negeri Sembilan / Ipoh, Perak 100.6 FM
  • Melaka 106.4 FM
  • Johor Bahru/Singapura 95.4 FM
  • Pulau Pinang/Kedah/Perlis 99.7 FM
  • Kuantan 101.1 FM
  • Kuala Terengganu 101.2 FM
  • Kuching 96.9 FM
  • Kota Bharu 102.4 FM
  • Miri 103.2 FM
  • Pulau Langkawi 100.1 FM
  • Sandakan 100.6 FM

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]