Tariq Ismail Mustafa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tariq Ismail Mustafa
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU
Dalam jawatan
2016–2020
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Ketua Bahagian BERSATU Sri Gading
Dalam jawatan
2016–2020
Butiran peribadi
Parti politik Parti Pejuang Tanah Air (2021-kini)
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (2016-2021)
UMNO (-2016)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
Pakatan Harapan
Gerakan Tanah Air
IbuAllahyarhamah Zailah Tun Dr. Ismail
BapaMustafa Najimudin
SaudaraYassif Nagim (adik)
Kamariah Shakirin (adik)
Ismail Iskandar Wildan (adik)
HubunganAbdul Rahman Mohd Yassin (moyang)
Ismail Abdul Rahman (datuk)
Mohamed Tawfik Ismail (bapa saudara)
Alma materUnited Kingdom England University of South Bank, London
PekerjaanAhli politik, Ahli perniagaan

Tariq Ismail Mustafa merupakan seorang ahli politik dari BERSATU dan juga seorang ahli perniagaan. Beliau adalah cicit kepada Yang di-Pertua Dewan Negara yang pertama, Dato' Abdul Rahman Mohd Yassin dan cucu kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah anak sulung daripada 4 orang adik beradik hasil perkongsian hidup pasangan Mustafa Najimudin dan Allahyarhamah Zailah Tun Dr. Ismail. Adik beradik beliau yang lain, termasuklah Yassif Nagim (adik lelaki), Kamariah Shakirin (adik perempuan) dan Ismail Iskandar Wildan (adik lelaki).[1]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menyertai BERSATU sejak awal penubuhannya, iaitu pada tahun 2016 lalu. Setelah menyertai parti tersebut, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.[2]

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, nama beliau telah digugurkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Sri Gading atas alasan belum masanya lagi untuk beliau bertanding dan ingin menumpukan masa untuk keluarga.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]