Afif Bahardin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Afif Bahardin

ADUN; MD
Anggota Dewan Undangan Selangor
untuk Taman Medan
Memegang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului oleh Syamsul Firdaus Mohamed Supri
Majoriti30 (PRU-15)
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
untuk Seberang Jaya
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 5 Mac 2023
Didahului oleh Arif Shah Omar Shah
Digantikan oleh Izhar Shah Arif Shah
Majoriti7,421 (PRU-14)
2,459 (PRU-13)
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri berasaskan Agro, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
9 Mei 2014 – 4 Mei 2020
Didahului olehLaw Choo Kiang
Digantikan olehNorlela Ariffin
Timbalan Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
22 Ogos 2014 – 15 November 2018
Didahului olehKhairul Anuar Ahmad Zainuddin
Digantikan olehHilman Idham
Butiran peribadi
Lahir (1985-05-13) 13 Mei 1985 (umur 38)
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Parti politik BERSATU (2020-)
PKR (-2020)
PasanganMardhiah Zakaria
Anak-anakAaina Sofea Afif
Ar-Rayyan Afif
Alma materUniversiti Teknologi Mara
PekerjaanAhli Politik
ProfesionDoktor Perubatan
Laman web rasmiwww.afifbahardin.com

YB Tuan Dr. Afif Bahardin (lahir 13 Mei 1985 di Selangor, Malaysia) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADN Taman Medan. Sebelum ini beliau merupakan mantan ADUN Seberang Jaya selama 2 penggal (2013-2023).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Muda Seksyen 4 Shah Alam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam sehingga tingkatan 3. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran ke Maktab Rendah Sains MARA Lenggong, Perak dan mendapat pendidikan universiti di Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan & pembedahan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Selangor Business School, UNISEL.

Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai perubatan di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Sungai Buloh. Pada bulan Oktober 2010, Afif berkahwin dengan Mardhiah Zakaria. Pasangan ini dikurniakan tiga orang anak.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013, Afif dicalonkan oleh Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding kerusi DUN Seberang Jaya, Pulau Pinang semasa Pilihan raya umum Malaysia 2013. Dr. Afif berjaya memenanginya dengan majoriti 2,459 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional, Mohammad Nasir Abdullah dan calon bebas, Shamsut Tabrej GM Ismail Maricar.

Pada 9 Mei 2013, Dr. Afif dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pulau Pinang (Exco) untuk Pertanian dan Industri berasaskan Agro, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan menggantikan Law Choo Kiang yang dilantik sebagai Speaker baru Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.[1]

Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2014, Dr. Afif dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda.[2]

Pada Pemilihan Parti KEADILAN 2018, beliau telah bertanding dalam saingan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan. Namun begitu tewas di tangan YB Akmal Nasir.

Pembentukan Pemuda Negara[sunting | sunting sumber]

YB Dr. Afif Bahardin telah mengikut langkah Azmin Ali untuk memberi sokongan kepada Perikatan Nasional, telah menubuhkan sebuah NGO yang bernama Pemuda Negara. NGO ini berhasrat untuk menjadi wadah bagi suara anak muda daripada pelbagai bangsa berdasarkan prinsip demokrasi, keadilan dan kemakmuran bersama. [3]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen[sunting | sunting sumber]

Tahun DUN Parlimen Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Shah Alam Afif Bahardin PN (BERSATU) 43,314 Azli Yusof PH (AMANAH) 61,409 18,095
Isham Jalil BN (UMNO) 28,266
Rafique Rashid GTA (PEJUANG) 2,781

Dewan Negeri Selangor[sunting | sunting sumber]

Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2023 Taman Medan Afif Bahardin PN (BERSATU) 22,316 Ahmad Akhir Pawan Chik PH (PKR) 22,286 30

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2018 Seberang Jaya Afif Bahardin PH (PKR) 16,014 Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin BN (UMNO) 8,593 7,421
Ahmad Rafaei A. Rashid PAS 5,540
2013 Afif Bahardin PKR 14,148 Mohammad Nasir Abdullah BN (UMNO) 11,689 2,459
Shamsut Tabrej BEBAS 251

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-18. Dicapai pada 2015-06-08.
  2. ^ http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/Analysis/Profile/Articles/2014/05/06/Azmin-starts-to-flex-his-muscles/
  3. ^ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/04/17/a-new-ngo-emerges-said-to-be-front-for-azmins-faction-to-gain-support-from/1857624/