Ismail Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ismail Abdul Rahman
frames
Jawatan Timbalan Perdana Menteri Ke-2
Tempoh perkhidmatan 22 September 1970 - 2 Ogos 1973
Menurut Tun Abdul Razak
(19571970)
Menggantikan Tun Hussein Onn
(1973 -1976)
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Tarikh lahir 4 November 1915
Tempat lahir Johor Bahru
Tarikh kematian 2 Ogos 1973
Tempat kematian Kuala Lumpur
Agama Islam
Pasangan Norashikin Mohd Seth


Tun Dr. Ismail bin Dato' Haji Abdul Rahman (4 November 1915 - 2 Ogos 1973 di Johor Bharu) , lebih dikenali sebagai Tun Dr Ismail, merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-2 Tun Abdul Razak dan Abangnya Dato' Shamsuddin Abdul Rahman.

Isi kandungan

[sunting] Latar belakang

Tun Dr Ismail dilahirkan pada (4 November 1915 - 2 Ogos 1973 di Johor Bharu). Beliau dari keluarga elit, berada dan banyak harta.Bapanya Dato’ Abdul Rahman bin Mohd Yassin pernah bekerja sebagai kerani, pesuruhjaya daerah, majistret dan bendahari negeri. Bapanya pernah menjadi Speaker Dewan Negara yang pertama. Dato’ Abdul Rahman menubuhkan Persatuan Melayu Johor menentang Malayan Union. Sebagai ketua Orang Tujuh, mereka menuntut Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union 1946 yang bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

[sunting] Pendidikan

Tun Dr. Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abu Bakar, (dulu dikenali sebagai English College), Johor Bahru. Setelah menamatkan pelajarannya di sekolah tersebut, Tun Dr. Ismail meneruskan pengajiannya ke Kolej Perubatan King Edward di Singapura. Pada tahun 1943, beliau berangkat ke Australia untuk menambahkan ilmu perubatannya di Universiti Melbourne Australia. Beliau memperolehi Ijazah doktor perubatan tahun 1945 dan merupakan anak Melayu pertama yang memperolehi ijazah doktor perubatan dari universiti Melbourne, Australia.

[sunting] Jawatan semasa hayat

Tun Dr. Ismail terdorong menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato' Onn Dato' Jaafar sebagai presiden UMNO, dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau menceburkan arena politik setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada 1951.

Tun Dr. Ismail menjadi duta pertama ke Amerika Syarikat pada tahun 1957. Beliau juga diberikan tauliah menjadi Duta negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. kedua jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959.

Tun Dr. Ismail menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960 sehingga 21 Mei 1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-sebab kesihatan. Jawatan Menteri Hal ehwal Dalam Negeri yang dikosongkannya diisi oleh Tun Abdul Razak.

Tun Dr. Ismail sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi menteri Hal Ehwal Luar Negeri pada 14 Mei 1969 berikutan peristiwa berdarah 13 Mei. Tun Abdul Razak mempengerusikan MAGERAN) dan meminta Tun Dr. ismail sebagai Timbalan Pengarah MAGERAN (Mei 1969-Februari 1971). Tun Dr. Ismail kembali menjawat jawatan Kabinet dan kekal sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sehingga 1 Ogos 1973.

Semasa hayat beliau, Tun Dr. Ismail pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jawatan terakhirnya ialah Timbalan Perdana Menteri. Tun Dr Ismail Abdul Rahman merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua selepas Tun Abdul Razak pada 1970.

Jasa paling besar Tun Dr. Ismail adalah mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia. Menurut Tun Suffian "it was during the agonising days that his outstanding qualities came to the fore. Perhaps it can be said that more than anybody else the Tun contributed substantially to the restoration of public confidence in the Government's determination to restore law and order after the May 13th incidents."

Apabila Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan Perdana Menteri Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tun Dr. Ismail meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 dan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Beliau merupakan pahlawan negara pertama dikebumikan di situ.

[sunting] Meninggal dunia

Pada 1973 beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Makam Pahlawan, Masjid Negara dan menjadi pemimpin pertama yang disemadikan di situ.

[sunting] Kata-kata

Ungkapan beliau yang sangat terkenal ialah ' Jangan sapu ke bawah permaidani'. Peribahasa ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja, sehingga akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei.

[sunting] Penghormatan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain