Parti Bersatu Rakyat Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Bersatu Rakyat Sabah
United Sabah People's Party
PBRS
Ketua Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Setiausaha-Agung Datuk Dr.Johnson Tee
Diasaskan 11 Mac 1994
Ibu pejabat Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Penggabungan nasional Barisan Nasional
Tapak web
Laman rasmi PBRS
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik


Parti Bersatu Rakyat Sabah (bahasa Inggeris: United Sabah People's Party; singkatan: PBRS) ditubuhkan pada 11 Mac 1994. Sebelum penubuhan PBRS, beberapa orang bekas ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) seperti Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Datuk Clarence Bongkos Malakun, Datuk James A. Vitales, dan Senator Limun Laikim dan Encik Cyril Pauting Yansalang,JP.(mantan Setiausaha Perhubungan Awam/Ketua Menteri Sabah/PBS. Lambang PBRS adalah ukiran dan ciptaan beliau) mengadakan perjumpaan sebanyak empat kali untuk membincangkan tentang penubuhan PBRS.

Pada 16 Mac 1994, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup bersama Datuk Clarence Bongkos, Senator Limun Laikim dan Encik Cyril Pauting Yansalang telah berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad, yang merupakan Presiden Barisan Nasional di Kuala Lumpur untuk menyampaikan surat permohonan menyertai Barisan Nasional sebagai parti komponen.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • []

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]