Yamani Hafez Musa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yamani Hafez Musa

PGDK (Sabah); AP
Timbalan Menteri Kewangan II
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
Berkhidmat dengan
Mohd Shahar Abdullah
Timbalan I
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
MenteriTengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Didahului olehAbd Rahim Bakri
Mohd Shahar Abdullah
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sipitang, Sabah
Dalam jawatan
7 Januari 2019 – 10 Oktober 2022
Perdana Menteri
Didahului olehSapawi Ahmad
Digantikan olehMatbali Musah
Pengerusi FELCRA
Dalam jawatan
29 Julai 2020 – 29 Ogos 2021
Didahului olehShabudin Yahaya
Digantikan olehAhmad Jazlan Yaakub
Butiran peribadi
LahirYamani Hafez bin Musa
(1978-10-31) 31 Oktober 1978 (umur 45)
Sabah, Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik UMNO (sehingga 2019)
PPBM Sabah (2019-2022)
GAGASAN (sejak 2023-)
Sekutu gabungan
politik lain
BN (sehingga 2019)
PH (2019-2020)
PN (2020-2022)
GRS (sejak 2022-)
PasanganFaizah Mohd Saufi
Ibu bapaMusa Aman (bapa)[1][2]
HubunganAnifah Aman (Bapa saudara)
Alma materNew Zealand Universiti Canterbury
PekerjaanAhli politik

Datuk Yamani Hafez bin Tan Sri Musa (lahir 31 Oktober 1978) merupakan ahli politik Malaysia. Beliau merupakan Ahli Parlimen Sipitang. Pada tahun 2021, Yamani telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II dalam Kabinet Ismail Sabri.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Yamani merupakan anak lelaki kepada bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman.[1][2][4] Beliau memiliki ijazah sarjana perdagangan dari Universiti Canterbury, New Zealand dan ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum 2018[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya umum 2018, parti beliau UMNO meminta beliau bertanding di kerusi parlimen Sipitang walaupun penyertaannya dalam politik ditentang oleh bapanya.[1][2][4] Beliau menghadapi calon baru Noor Hayaty Mustapha dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan seterusnya menang.[5][6]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: P178 Sipitang, Sabah[7]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts
2018 Yamani Hafez Musa (UMNO) 12,038 37.8%2 Noor Hayaty Mustapha (WARISAN) 11,186 35.1%2
Catatan:
Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah.
2 Berbeza % digunakan untuk pilihan raya 2018.

Politik[sunting | sunting sumber]

Setelah memenangi kerusi Parlimen Sipitang, beliau masih gagal untuk mengangkat sumpah jawatan di Dewan Rakyat Malaysia. Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato' Mohamad Ariff Md Yusof memberikan tempoh sehingga 15 Januari 2019 untuk mengangkat sumpah jawatan bagi mengelak hilang kelayakan sebagai ahli parlimen.[8] Yamani kemudiannya telah mengangkat sumpah jawatan pada 7 Januari 2019 lalu.[9]

Jawatan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi FELCRA pada 29 Julai 2020 bagi menggantikan Datuk Shabudin Yahaya.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Nancy Lai (26 April 2018). "Yamani happy youth leaders allowed to contest". The Borneo Post. Dicapai pada 29 May 2018.
  2. ^ a b c Stephanie Lee; Fatimah Zainal; Natasha Joibi (28 April 2018). "Musa Aman's debutante son faces off against two women candidates". Berita Harian. Dicapai pada 29 May 2018.
  3. ^ Tujuh pemimpin muda dilantik sertai Kabinet
  4. ^ a b "Umno: 'Anak palsu Musa' terbabit dakwaan nepotisme" (dalam bahasa Malay). Free Malaysia Today. 26 April 2018. Dicapai pada 29 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Noorasvilla Muhamma (28 April 2018). "Pertembungan tiga penjuru di Libaran". Utusan Borneo. Dicapai pada 29 May 2018.
  6. ^ Nandini Balakrishnan (10 May 2018). "Historic Win: The Complete Result Of GE14's Parliamentary Seats Across Malaysia". Says.com. Dicapai pada 29 May 2018.
  7. ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2018. Dicapai pada 29 May 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Yamani Hafez diingatkan agar angkat sumpah jawatan
  9. ^ Anak Musa Aman angkat sumpah di Parlimen
  10. ^ Yamani Hafez dilantik Pengerusi FELCRA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]