Jaziri Alkaf Abdillah Suffian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Senator

Jaziri Alkaf Abdillah Suffian

JMN; BCM (Melaka)
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Memegang jawatan
21 Disember 2020
Pengerusi
Badan Perhubungan Negeri
Parti Perikatan Nasional
Sarawak
Memegang jawatan
5 Januari 2021
Didahului olehPenyandang sulung
Ketua Badan Pimpinan Negeri
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Sarawak
Memegang jawatan
16 September 2019
TimbalanJohan Mohamad
Butiran peribadi
LahirJaziri Alkaf bin Abdillah Suffian
(1978-03-21) 21 Mac 1978 (umur 46)
Sarawak
Parti politik BERSATU (2020-)
PH-BERSATU (-2020)
PasanganSuzie Sirat (k. 2005)
Anak-anak4
BapaDr. Abdillah Suffian Abdul Rahim
PekerjaanAhli politik
ProfesionArkitek

Senator Jaziri Alkaf Dr. Abdillah Suffian adalah Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sarawak yang telah dilantik pada 16 September 2019 lalu.[1] Sebelum dilantik sebagai Pengerusi BERSATU Sarawak, beliau adalah Setiausaha Interim bagi BERSATU Sarawak. Selain daripada itu, beliau juga adalah Ketua BERSATU Bahagian Santubong, Sarawak.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan Suzie Sirat pada 7 August 2005 dan dikurniakan dengan 4 orang anak. Beliau juga adalah anak kepada Dr. Abdillah Suffian Abdul Rahim, pemlik Gloria Jeans Coffee, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.[2]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Interim bagi BERSATU Sarawak pada 2019[3] semasa BERSATU mula bertapak di Sarawak. Pada 16 September 2019, beliau telah dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sarawak.[4]

Pada 21 Disember 2020, Jaziri telah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara Malaysia di atas lantikan Yang di-Pertuan Agong bagi mewakili Perikatan Nasional dan mengangkat sumpah jawatan bersama Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong dari Barisan Nasional yang mewakili Dewan Undangan Negeri Melaka.[5]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  •  Melaka
    • Bintang Cemerlang Melaka (BCM) - 2019[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jaziri Alkaf is new Bersatu Sarawak chief
  2. ^ Usahawan francais perlu rebut peluang luar negara
  3. ^ Lebih 18,000 ahli BERSATU Sarawak berjaya didaftarkan setakat Februari
  4. ^ "Pengerusi PPBM Santubong dilantik ketuai parti di Sarawak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-12. Dicapai pada 2019-11-12.
  5. ^ Jaziri dan Koh Nai Kwong angkat sumpah Senator hari ini
  6. ^ 284 terima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka

Pautan luar[sunting | sunting sumber]