Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Que Haidar
Placeholder male superhero c.png
Kelahiran Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar
30 Mei 1979 (34 tahun)
Felda Taib Andak, Kulai
Tempat tinggal Kuala Lumpur
Warganegara  Malaysia
Nama lain Que Haidar
Pekerjaan Pelakon,
Terkenal kerana Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Castello
Tempat asal Johor
Agama Islam
Pasangan Linda Jasmine

Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar atau lebih dikenali sebagai Que Haidar merupakan salah seorang pelakon Malaysia. Dia yang dilahirkan pada 30 Mei 1979 di Felda Taib Andak, Kulai, Johor merupakan bekas pelajar Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang berkecimpung dalam dunia tetaer sebelum terjun ke layar perak. Penampilan pertamanya di kaca TV adalah menerusi drama Toll Gate Girl arahan Osman Ali dan diterbitkan oleh Tiara Jacquelina pada tahun 2001 ketika berusia 23 tahun bersama aktres Amy Mastura & Rita Rudaini. Filem pertama lakonan beliau berjudul Haru Biru arahan Shadan Hashim pada tahun 2004 namun hanya pada tahun 2007 filem itu ditayangkan.

Debut beliau di layar perak adalah menerusi filem KL Menjerit 1 pada tahun 2005 yang terus meledakkan nama beliau sebaris dengan aktor-aktor seangkatan seperti Farid Kamil, Fahrin Ahmad, Jehan Miskin & Bront Palarae. Filem-filem popular beliau adalah Zombie Kampung Pisang, Castello, Cinta, Setem dan banyak lagi. Populariti Que di layar lebar dibuktikan dengan kemenangan 2 tahun berturut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular (ABPBH) pada tahun 2008 dan 2009. Que juga pernah memenangi 2 buah trofi kategori lakonan terbaik di Anugerah Skrin TV3 menerusi dua buah drama TV lakonannya Tuhan Pun Tahu(2007) & Terlerai Takbir Kasih(2009). Di Festival Filem Malaysia beliau pernah dianugerahkan Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Castello serta 2 kali dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) pada tahun 2006 dan 2009.

Que membuat keputusan untuk bersara dari bidang lakonan secara mengejut pada tahun 2010 setelah berkahwin dengan koreografer Linda Jasmine. Biarpun terpaksa mengecewakan peminat-peminat dan pengkarya filem, Que nekad untuk beralih arah ke bidang perniagaan dan kini masih aktif mengajar kelas lakonan setelah bergelar pensyarah di Kolej Sunway. Filem terakhirnya setakat ini adalah Misteri Jalan Lama yang ditayangkan pada tahun 2011.

Filem[sunting | sunting sumber]

Bersama Liyana Jasmay dalam Papadom
Filem
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2005 KL Menjerit 1

Tayangan Unggul

Ku Idzham

Watak Utama

  • (Pencalonan) Aktor Terbaik Festival Filem Malaysia ke 19
  • (Pencalonan) Aktor Harapan Festival Filem Malaysia ke 19
Rock

Grand Brilliance

Amy Mat Piah

Watak Utama

2006 Castello

Suhan Movies

Sepet

Watak Pembantu

  • (Pencalonan) Aktor Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia ke 19
  • Aktor Harapan Festival Filem Malaysia ke 19
Pemburu Emas Yamashita

Grand Brilliance

Jali

Watak Pembantu

Bilut

Mega Wajasinar

Yusof Yazid

Watak Pembantu

Cinta

Grand Brilliance

Muhammad Dhani

Watak Utama

2007 Syaitan

Tayangan Unggul

Saad

Watak Pembantu

Zombi Kampung Pisang

Tayangan Unggul

Deris

Watak Utama

Haru Biru

Pengedaran JAS

Kid

Watak Utama

2008 Cuci

Tall Order & Tune Entertainment

Rocker Ziana Zain

Watak Undangan

Selamat Pagi Cinta

Metrowealth

Azam

Watak Utama

2009 Maut

Tayangan Unggul

JJ

Watak Utama

(Pencalonan) Aktor Terbaik Festival Filem Malaysia ke 22
Skrip 7707

Metrowealth

Zack

Watak Utama

Setem

Tayangan Unggul

Iskander

Watak Utama

Papadom

Tayangan Unggul

Muhammad Rahmat Ismail aka Wajib Tayang

Watak Utama

(Pencalonan) Aktor Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia ke 22
My Spy

KRU Studios

Lelaki Cina

Watak Pembantu

Duhai Si Pari Pari

Tayangan Unggul

Syadon

Watak Utama

2010 Lagenda Budak Setan

Astro Shaw Tayangan Unggul

Azmi

Watak Pembantu

(Pencalonan) Aktor Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia ke 23
Misteri Jalan Lama

Tayangan Unggul

Azmi

Watak Pembantu

Anugerah & Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2006 Pelakon Filem Lelaki Popular Dicalonkan
2008 Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
2009 Pelakon Filem Lelaki Popular Menang


Festival Filem Malaysia
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2006 (FFM 19) KL Menjerit 1 Pelakon Lelaki Terbaik Dicalonkan
Pelakon Harapan Lelaki Dicalonkan
Castello Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dicalonkan
Pelakon Harapan Lelaki Menang
2009 (FFM 22) Maut Pelakon Lelaki Terbaik Dicalonkan
Papadom Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dicalonkan
2010 (FFM 23) Lagenda Budak Setan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dicalonkan
Anugerah Skrin TV3
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2008 Tuhan Pun Tahu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) Menang
2009 Terlerai Takbir Kasih Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Menang

Drama[sunting | sunting sumber]