Hari Kanak-Kanak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hari Kanak-Kanak umumnya diraikan pada 1 Jun setiap tahun.

Hari Kanak-Kanak ialah salah satu hari cuti am untuk banyak negara di dunia.

Hari Kanak-kanak Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Hari Kanak-kanak Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Children's Day, ICD) diraikan di banyak negara, biasanya pada 1 Jun setiap tahun, tetapi tidak semestinya.

ICD berasal daripada Persidangan Dunia untuk Kesejahteraan Kanak-kanak di Geneva, Switzerland pada tahun 1925. Tidaklah jelas mengapa 1 Jun ditetapkan sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa. Sebuah teori mengatakan bahawa konsul-jeneral Republik China di San Francisco (Amerika Syarikat) mengumpulkan sebilangan anak yatim Cina untuk meraikan Perayaan Perahu Naga pada tahun 1925 yang jatuh pada 1 Jun tahun tersebut dan kebetulan dengan persidangan di Geneva.

Sejak dari masa itu, 1 Jun telah diamalkan sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa oleh banyak negara, khususnya oleh negara-negara komunis; di Dunia Barat, hari ini biasanya diraikan pada hari-hari yang lain (jika diraikan) dan seringnya, tidak terdapat banyak kesedaran umum tentang perayaan tersebut (sila lihat bahagian Jerman di bawah untuk perbincangan lanjut). Oleh itu, kekadang terdapat tanggapan salah bahawa hari 1 Jun sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa merupakan sebuah rekaan komunis. Walaupun demikian, sesetengah kumpulan di Amerika Syarikat telah memulakan pengamalan Hari Kanak-kanak Antarabangsa pada 1 Jun pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Hari Kanak-kanak Sedunia[sunting | sunting sumber]

Sejak 14 Disember 1954, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO memerhatikan 20 November sebagai Hari Kanak-kanak Sedunia "demi diperhatikan sebagai suatu hari untuk persaudaraan seluruh dunia dan saling faham-memahami di antara kanak-kanak. Adalah dicadangkan bahawa hari itu juga diperhatikan sebagai suatu hari untuk kegiatan yang tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk Piagam dan kebajikan untuk kanak-kanak seluruh dunia." [1] Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia. Pada awalnya, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Tugas ini kemudiannya diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sejak tahun 1995.[2]

Hari Kanak-kanak di seluruh dunia[sunting | sunting sumber]

Afrika Tengah[sunting | sunting sumber]

Republik Congo, Republik Demokratik Congo, Cameroon, Guinea Khatulistiwa, Gabon, Chad, Republik Afrika Tengah, São Tomé dan Príncipe menyambutnya pada 25 Disember untuk meghormati kanak-kanak.

Argentina[sunting | sunting sumber]

Disambut pada Ahad yang kedua pada bulan Ogos.

Brazil[sunting | sunting sumber]

Disambut pada 12 Oktober, juga hari Our Lady of Aparecida, suatu cuti am di Brazil.

Chile[sunting | sunting sumber]

Disambut pada Ahad kedua bulan Ogos.

Colombia[sunting | sunting sumber]

Disambut pada akhir minggu yang terakhir pada bulan April.

Hungary[sunting | sunting sumber]

Sejak dari tahun 1950, Hari Kanak-Kanak ("Gyermeknap") di Hungary diraikan pada hari Ahad terakhir bulan Mei. Dalam bentuk yang berbeza, peristiwa ini wujud lebih awal sebagai "Minggu Kanak-kanak" sejak dari tahun 1931.

India[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri India yang pertama, Pandit Jawaharlal Nehru, lahir pada 14 November. Beliau suka akan kanak-kanak, selalu diambil gambar bersama kanak-kanak - yang menggelar beliau sebagai Chacha (Pak Cik) Nehru. Selepas kematian beliau pada tahun 1963, hari lahir beliau diperhatikan sebagai Hari Kanak-kanak di India.

Indonesia[sunting | sunting sumber]

Disambut pada 23 Julai.

Israel[sunting | sunting sumber]

Disambut pada 9 Oktober.

Jepun[sunting | sunting sumber]

5 Mei, dikenali sebagai こどもの日 (Jepun: "Kodomo no hi") ialah Hari Kanak-Kanak di Jepun. Perayaan ini pada suatu ketika dipanggil 端午の節句 (Jepun: Tango no Sekku), iaitu "Hari Budak Lelaki", untuk membezakannya daripada 桃の節句 (Jepun: Momo no Sekku), iaitu "Hari Budak Perempuan", atau ひな祭り (Jepun: Hinamatsuri), iaitu Perayaan Anak Patung, yang jatuh pada 3 Mac. Kedua-dua hari ini ditandai dengan banyak kegiatan untuk kanak-kanak Diarkibkan 2007-07-02 di Wayback Machine. Pada hari ini, kanak-kanak menonjolkan pedang dan perisai samurai, serta anak patung pahlawan. Dua lambang yang penting pada Hari Kanak-Kanak ialah ikan kap dan pokok bunga iris.

Jerman[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Dingin, Hari Kanak-Kanak (Kindertag) dikendalikan dengan cara yang agak berbeza dalam kedua-dua negara. Tarikhnya tidak sama (1 Jun untuk Jerman Timur, dan 20 September untuk Jerman Barat), namanya sedikit berbeza ("Internationaler Kindertag" iaitu Hari Kanak-Kanak Antarabangsa untuk Jerman Timur, dan "Weltkindertag" iaitu Hari Kanak-Kanak SeDunia untuk Jerman Barat) dan yang terutamanya, adat masing-masing tidak sama.

Di Jerman Timur, hari cuti am ini diperkenalkan sejak dari tahun 1950. Pada hari ini, seseorang kanak-kanak biasa akan menerima tahniah dan hadiah daripada ibu bapa sendiri dan menjalankan kegiatan-kegiatan khas di sekolah, umpamanya lawatan lapangan dan sebagainya. Di Jerman Barat pula, Hari Kanak-Kanak tidak mempunyai maksud tersebut, malahan tidak diketahui oleh banyak orang.

Sejak dari penggabungan Jerman pada tahun 1990, nama dan tarikh yang digunakan oleh Jerman Barat telah menjadi nama dan tarikh rasmi untuk negara Jerman yang baru. Bagaimanapun, ini tidak diterima oleh sebahagian besar penduduk bekas Jerman Timur, dengan banyak ibu bapa masih meraikan hari cuti am ini dengan anak-anak mereka pada tarikh dahulu, iaitu 1 Jun, serta juga mengadakan upacara-upacara awam pada tarikh yang lama.

Korea Selatan[sunting | sunting sumber]

Disambut pada 5 Mei. Pada tahun 1923, Bang Jung-Hwan, seorang pendidik sosial, mencadangkan bahawa 1 Mei harus dijadikan sebagai Hari Kanak-kanak, dan beliau memperawamkan malalui kempen. Sebelum itu tiada Hari Kanak-kanak. Pada tahun 1946, Hari Kanak-kanak dipindahkan kepada 5 Mei.

Korea Utara[sunting | sunting sumber]

Sebelum tahun 1945 disambut pada 1 Mei. Selepas itu ditukar seperti KRSS pada tahun 1945 kepada 1 Jun.

Mexico[sunting | sunting sumber]

Disambut pada 30 April. Dipanggil "Día del niño" dalam bahasa Sepanyol.

Negara Islam dan Muslim[sunting | sunting sumber]

Di negara-negara Islam, termasuk Afghanistan, Algeria, Arab Saudi, Bahrain, Bangladesh, Brunei, Comoros, Djibouti, Emiriah Arab Bersatu, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya, Maghribi, Maldives, Mali, Mauritania, Mesir, Niger, Oman, Pakistan, Palestin, Qatar, Republik Demokratik Arab Sahrawi (Sahara Barat), Senegal, Somalia, Republik Sudan, Syria, Tunisia dan Yaman, Hari Kanak-Kanak diraikan pada setiap 4 Julai.

Afghanistan meraikan Hari Kanak-Kanak sebanyak empat kali setahun, manakala Iraq, Libya, Pakistan dan Yaman meraikan Hari Kanak-Kanak dua kali setiap tahun.

Negara Komunis dan Sosialis (bekas dan terkini)[sunting | sunting sumber]

Poster Czech yang meraikan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa.
Setem Kesatuan Soviet 1958 yang memperingati Hari Kanak-Kanak Antarabangsa.

Di Albania, Angola, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Benin, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Cuba, Eritrea, Estonia, Georgia, Habsyah, Jerman, Kazakhstan, Kemboja, Kyrgyzstan, Laos, Latvia, Lithuania, Macedonia, Moldova, Mongolia, Montenegro, Mozambique, Republik Czech, Romania, Rusia, Serbia, Slovakia, Slovenia, Tajikistan, Tanzania, Turkmenistan, Uzbekistan, dan Yaman, Hari Kanak-kanak diraikan pada 1 Jun. Senarai ini termasuk 25 negara yang merdeka daripada KRSS, Persekutuan Bekas Yugoslavia, Czechoslovakia dan Republik Demokratik Rakyat Habsyah.

Nigeria[sunting | sunting sumber]

Disambut pada 27 Mei. [3]

Paraguay[sunting | sunting sumber]

Di Paraguay, Hari Kanak-Kanak diraikan pada 16 Ogos, hari Pertempuran Acosta Ñu yang termasyhur apabila 20,000 askar tentera Brazil menghancurkan sebatalion tentera Paraguay yang terdiri daripada 3,500 orang kanak-kanak berumur antara 6-15 tahun, walaupun Paraguay telah ditewaskan sama sekali (sila lihat Perang Perikatan Bertiga). Hari raya kebangsaan ini telah dipergunakan untuk memperingati kekejaman orang Brazil semasa perang lima tahun tersebut.

Poland[sunting | sunting sumber]

Disambut pada 1 Jun.

Portugal dan bekas jajahan[sunting | sunting sumber]

Portugal, Guinea-Bissau, Macau, Teluk Verde, Timor Timur dan Uruguay (tanah jajahan Portugal dan Brazil) menyambutnya pada 1 Jun.

Republik China (Taiwan)[sunting | sunting sumber]

Republik China (Taiwan) menetapkan 4 April sebagai Hari Kanak-Kanak (兒童節), selaras dengan Perkara 5 dalam Perintah untuk Melaksanakan Hari Peringatan dan Cuti Am [4]. Walaupun bukannya hari cuti am yang sah, sekolah-sekolah sering mengadakan kegiatan khas untuk meraikan hari ini. Disebabkan oleh tekanan ibu bapa yang mendesak untuk mengiringi kanak-kanak mereka dalam perayaan ini, kerajaan Republik Cina pada 4 April 1993 menetapkan Hari Wanita pada hari yang sama dengan Hari Kanak-Kanak. Oleh itu, perayaan ini dipanggil Hari Wanita dan Kanak-Kanak berdasarkan alasan-alasan teknik.

Republik Rakyat China[sunting | sunting sumber]

Disambut pada 1 Jun dan dikenali sebagai 六一国际儿童节. Sekolah masih dibuka, dan pelbagai aktiviti dirancang untuk murid-murid bagi memperkuatkan kesetiaan mereka untuk negara, berseronok, dan mengambil bahagian dalam pertubuhan belia seperti Liga Belia Komunis.

Hong Kong[sunting | sunting sumber]

Disambut pada 4 April (sama dengan Republik China (Taiwan ROC) sejak ROC memulakan Hari Kanak-kanak pada 4 April tahun 1931. Kerajaan ROC menyatukan Hari Wanita dengan Hari Kanak-kanak pada 4 April pada tahun 1993, dengan rasminya menamakannya Hari Wanita dan Kanak-kanak, menjadikannya suatu hari untuk kaum wanita, ibu-ibu dan kanak-kanak). Ini masih diperhatikan oleh kedua-dua Kerajaan SAR Hong Kong dan rakyat awam selepas penyerahan kepada China pada tahun 1997, walaupun pesta ini bukan hari cuti awam sebelum penyerahan. [5], [6], [7]

Romania[sunting | sunting sumber]

Disambut pada 1 Jun.

Singapura[sunting | sunting sumber]

1 Oktober ialah Hari Kanak-Kanak rasmi di Singapura. Lagi satu upacara yang serupa ialah Hari Belia yang diraikan pada hari Ahad pertama bulan Julai setiap tahun.

Sri Lanka[sunting | sunting sumber]

Hari Kanak-kanak Sejagat diraikan pada 1 Oktober.

Thailand[sunting | sunting sumber]

Hari Sabtu kedua bulan Januari ialah Hari Kanak-Kanak di Thailand.

Turki[sunting | sunting sumber]

23 April merupakan "Hari Kedaulatan Kebangsaan dan National Kanak-Kanak" (23 Nisan Ulusal Egemenlik ve Çocuk Bayramı) di Turki.

Tarikh ini memperingati pembukaan Perhimpunan Kebangsaan Turki pada 1920-an semasa Perang Kemerdekaan Turki. Hari ini disambut sebagai Hari Kanak-Kanak pula selepas dicadangkan oleh Institut Perlindungan Kanak-Kanak pada 1929. Sejak 1986, kerajaan Turki telah menganjurkan pesta kanak-kanak setiap 23 April. Tarikh ini merupakan hari cuti umum di Turki.

Antara aktiviti pada hari ini ialah kanak-kanak dari seluruh Turki akan berhimpun di ibu negara, Ankara, dan mereka akan menggantikan sebahagian ahli Perhimpunan Kebangsaan Agung. Mereka mempunyai presiden dan perdana menteri sendiri yang akan "memerintah" Turki buat sehari bagi menekankan kepentingan kanak-kanak dalam masyarakat.

Sejak 1986, ramai kanak-kanak datang ke Turki untuk mewakili negara mereka dalam persembahan kesenian. Mereka ditempatkan di rumah-rumah tempatan dan dapat bergaul dengan kanak-kanak Turki. Mereka juga terlibat dalam sesi khas Perhimpunan Kebangsaan Agung.

Rakyat Turki berharap kanak-kanak ini akan sentiasa mengingati hari tersebut sepanjang hayat mereka dan akan menyumbang terhadap pertalian dengan budaya lain. Pengantarabangsaan ini diarahkan terhadap prinsip Turki "keamanan di rumah, keamanan di dunia", dan "kedaulatan adalah milik rakyat tanpa syarat".

Venezuela[sunting | sunting sumber]

Disambut pada Ahad ketiga bulan Julai.

Vietnam[sunting | sunting sumber]

Hari Kanak-Kanak diraikan pada 1 Jun sebagai Hari Kanak-Kanak Antarabangsa, dan pada hari bulan purnama untuk bulan qamari ke-8 sebagai Perayaan Musim Luruh Pertengahan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Laman web Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
  2. ^ Hari Kanak - kanak
  3. ^ Laman web AfricaLives
  4. ^ "紀念日及節日實施辦法". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-05. Dicapai pada 2007-06-01.
  5. ^ "Laman web berita Kerajaan Hong Kong". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-14. Dicapai pada 2007-06-01.
  6. ^ "Laman web Polis Hong Kong". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-06-01.
  7. ^ Laman web maklumat Kerajaan Hong Kong