Sheikh Ghazali Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan 1436H/2014. Beliau adalah Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara.

Isterinya bernama Datin Hanan binti Haji Bakar.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sheikh Ghazali kelahiran Kampung Kepala Bukit, Tobiar, Pendang, Kedah pada 31 Disember 1938. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Melayu Pendang (1946-1951) ; Maktab Mahmud , Alor Star (1951-1961).[1]

Beliau mendapat B.A Perundangan Islam (Syariah) dari Universiti Azhar, Kaherah, Mesir; Diploma Pendidikan, Universiti Ain Sham, Kaherah, Mesir; Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan mantan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Tan Sri Sheikh Ghazali menyandang beberapa jawatan penting, di antaranya ialah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; Ahli Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara (Bekas Pengerusi), Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (Bekas Pengerusi); Ahli Panel Mahkamah Rayuan Syariah Negeri di Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kelantan; dan bekas Ahli Majlis Syariah, Accounting and Auditing Organisation Islamic Financial Institution (AAOIFI) yang beribu pejabat di Bahrain.

Selain itu beliau juga aktif di dalam aktiviti sosial melalui pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM); Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah YaPEIM; Ahli Majlis Perundingan Islam Jabatan Perdana Menteri; Pengerusi Panel Undang-Undang Majlis Perundingan Islam Jabatan Perdana Menteri; Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan; Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Pengerusi Jawatankuasa "Good Governance" untuk Garis Panduan Syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM); Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penasihat Syariah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM); Ahli Lembaga Penasihat, Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Panel Penasihat Pengajian Tinggi Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Ahli Lembaga Penasihat Akademik Program Sarjana Syariah di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ahli Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Program (Steering Committee On Programme Development); Diploma Kefatwaan, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD); Ahli Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Pensijilan Halal Malaysia JAKIM; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa.

Pingat dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pelbagai pingat dan anugerah seperti PSM, PJN, DSDK, SDK dan AMN.

Di atas sumbangan dan jasanya terhadap pembangunan ummah, Tan Sri Sheikh Ghazali telah mendapat pengiktirafan dan pengurniaan Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1416H, Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1995 dan Anugerah Penghargaan Ma'al Hijrah 1428H, Peringkat Kebangsaan Tahun 2007. Beliau juga dilantik sebagai Ahli Panel Pelaburan TH pada bulan Oktober 2001 dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah TH pada Mei 2010.[2]

Tokoh Maal Hijrah[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Oktober 2014, Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyampaikan sijil penghargaan itu pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1436 Hijrah/2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya . Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]