Othman Mustapha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tan Sri Dato' Haji
Othman Bin Mustapha
Tan Sri Dato' Hj Othman bin Mustapha.jpg
Kelahiran (1956-07-01) 1 Julai 1956 (umur 63)
Tumpat, Malaysia
PasanganPuan Sri Datin Rohani Binti Muhammad
Anak5 orang

Tan Sri Dato' Haji Othman bin Mustapha dilahirkan pada 1 Julai 1956 di Tumpat, Kelantan merupakan Ketua Pengarah JAKIM pada ketika ini.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Puan Sri Datin Rohani binti Muhammad dan dikurniakan 5 orang anak.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Dato' Hj Othman Mustapha bersekolah di Ma'ahad Muhammadi ,Kota Bharu, Kelantan.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam (Syariah) UKM (1982), Certificate of Special Course For Malaysia Islamic Officers 2010, London, Certificate of Sharia Governance Course 2007, Birmingham University, UK.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau berkhidmat di Jakim sebagai pegawai Hal Ehwal Islam sejak 1982.

  1. Penolong Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (1982 – 1991)
  2. Atase Agama, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta (1992 – Jun 1997)
  3. Penolong Pengarah, Bahagian Urusetia Antarabangsa, JAKIM (1997-Julai 1999)
  4. Pengarah, Bahagian Penerbitan JAKIM (1999 – Mac 2002)
  5. Pengarah, JAKIM Cawangan Sarawak (April 2002 – 2004)
  6. Pengarah, Bahagian Dakwah JAKIM (2005 – September 2007)
  7. Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (Oktober 2007 – September 2008)
  8. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (September 2008 sehingga April 2011)
  9. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (10 November 2010-23 April 2011)
  10. Ketua Pengarah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (TURUS 3) (24 April 2011-kini)

Ketua Pengarah JAKIM[sunting | sunting sumber]

Pada 21 April 2011, beliau menerima surat perlantikan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau menggantikan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang bersara wajib.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  1. Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM)
  2. Ahli Mangku Negara - A.M.N - Yang di Pertuan Agong] (2006)
  3. Pingat Perkhidmatan Bakti Sarawak Tahun 2007 - Darjah Kebesaran Negeri Sarawak
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)(1992,2004 dan 2006)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]