Siddiq Fadzil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr.
Siddiq Fadzil
DPMP (Prk), PhD
Kelahiran (1947-01-04) 4 Januari 1947 (umur 72)
Negeri Perak Kampung Sungai Tiang Darat, Bagan Datoh,
Perak Darul Ridzuan
KediamanSelangor Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor
PendidikanDoktor Falsafah Kebudayaan Melayu dan Falsafah Islam
Pusat pendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Malaya
Terkenal keranaTokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1440H
PasanganDatin Dr. Siti Zulaikha Mohd Nor

Profesor Dato' Dr. Siddiq Fadzil dilahirkan di Kampung Sungai Tiang Darat, Bagan Datoh, Negeri Perak pada 4 Januari 1947. Kini merupakan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia (WADAH) semenjak tahun 2005 hingga kini. Diberi kepercayaan sebagai Presiden Kolej Dar al-Hikmah (KDH), sebuah kolej swasta yang ditubuhkan di bawah ABIM pada tahun 1989 dengan nama asal Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI). Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Akademi Kajian Ketamadunan (AKK), sebuah badan kajian dan penyelidikan dalam bidang-bidang pemikiran Islam. Pernah dilantik sebagai Fellow Utama Akademi Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), sebuah yayasan di bawah YAB Perdana Menteri Malaysia. Pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau berkelulusan B.A. dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya (1974), M. Litt. (Pemikiran Islam) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Doktor Falsafah bidang Kebudayaan Melayu dan Falsafah Islam dari UKM pada tahun 1989. Antara pimpinan peringkat awal & merupakan Presiden ke-3 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dari tahun 1983-1991. Beliau kini menetap di Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pernah berkhidmat sebagai pensyarah UKM semenjak tahun 1974 hingga 2001 dengan menjawat jawatan sebagai Profesor Madya.

Menariknya ketika ceramah-ceramah beliau seperti di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih ialah ucapannya bernada keIndonesiaan. Beliau berketurunan orang Jawa.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dianugerahkan Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato'.

Pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak pada tahun 1427H.

Beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1440H bersamaan 2018M di Masjid Wilayah Persekutuan dan anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Beliau telah menerima pingat, wang bernilai RM120,000 dan hadiah sampingan yang lain.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Penerima Anugerah Maal Hijrah di Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]