Ismail Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Syaikh Haji

Ismail Muhammad

PSM; DPPN (Pulau Pinang); DPMT, PJK (Terengganu)
Imam Besar Masjid Negara Malaysia ke-12
Dalam jawatan
2007–2019
Didahului olehKamaruddin Zakaria
Digantikan olehEhsan Mohd Hosni
Butiran peribadi
LahirIsmail bin Muhammad
(1944-01-02) 2 Januari 1944 (umur 78)
Kampung Padang Pulut, Dungun, Terengganu
PekerjaanUlama

Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad merupakan Imam Besar Masjid Negara ke-12, Kuala Lumpur.[1] Sehingga 2019, beliau merupakan Imam Besar Masjid Negara paling lama berkhidmat, iaitu selama 12 tahun.

Tokoh Maal Hijrah[sunting | sunting sumber]

Tokoh Maal Hijrah Negeri Terengganu[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Disember 2010, Shaikh Ismail Muhammad dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah negeri Terengganu 2010. Beliau banyak memberi sumbangan dan khidmat kepada pembangunan dakwah Islam di Malaysia. Shaikh Ismail membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala serta sijil penghargaan. Anugerah telah disampaikan oleh Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja, Tengku Sri Laksamana Raja di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam. Tokoh Maal Hijrah lain ialah keluarga Muhamad Abu Bakar turut menerima Anugerah Tokoh Keluarga Mithali negeri Terengganu.[2]

Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Ogos 2021, Shaikh Ismail Muhammad dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2021 di atas sumbangan beliau dalam menyebarkan Syiar Islam. Anugerah telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin[3] sambil disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau juga merupakan Imam Besar Masjid Negara yang paling lama bertugas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]