Arau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandar Arau)
Lompat ke: pandu arah, cari
Arau, Perlis
عراو، ڤرليس
Coat of arms of Perlis.svg
Geografi
Status Bandar DiRaja
Negara  Malaysia
Negeri  Perlis
Mukim Arau

Koordinat: 6°26′N 100°16′E / 6.433°N 100.267°E / 6.433; 100.267

Arau merupakan sebuah Bandar DiRaja dan juga mukim di negeri Perlis. Arau terletak kira-kira 14 km dari tenggara Kangar. Istana Arau yang berbumbung biru terletak berdekatan dengan Masjid Negeri Perlis.

Bandar Diraja Arau mempunyai sejarah tersendiri. Kawasan ini ialah kawasan bagi pertumbuhan pendidikan tinggi. Stesen kereta api Arau juga merupakan stesen yang paling berdekatan dengan Kangar. Terdapat banyak kereta api yang akan berhenti di stesen sini untuk membenarkan penumpang pergi atau balik ke ibu negeri. Arau juga terletak lebih berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan Malaysia.

Kereta api tren ETS juga ada melalui kawasan diraja ini dan banyak membantu masyarakat Arau dan Kangar. Pada zaman ini, perjalanan ke Pulau Pinang mengambil masa kurang daripada 2 jam melalui kereta api berkelajuan pantas yang boleh mencapai 140-180km/j ini.

Tempat bersejarah[sunting | sunting sumber]

  • Masjid Negeri
  • Istana Arau
  • Balai Polis
  • Makam Diraja

Pusat pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]