Universiti Malaysia Perlis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Universiti Malaysia Perlis
اونيۏرسيتي مليسيا ڤرليس
UniMAP.jpg
Maklumat am
Moto "Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan"[1]
Ditubuhkan 2001
Jenis Awam

Laman sesawang www.unimap.edu.my
Pentadbiran
Canselor Raja Muda Perlis - Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Naib canselor Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin [2]
Lokasi
Lokasi Kangar dan Arau, Perlis
Negara Malaysia
Kampus Kampus utama di Kubang Gajah, Arau, Perlis

sunting
Lihat pendokumenan templat ini


Universiti Malaysia Perlis (singkatan: UniMAP) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia yang terletak di negeri Perlis Indera Kayangan. Sebelum ini universiti ini dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (bahasa Inggeris: Northern Malaysia University College of Engineering). Universiti Malaysia Perlis ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-17 pada 25 Julai 2001. Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin merupakan Naib Canselor pertama UniMAP hingga kini.

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

UniMAP mula beroperasi di kampus sementara di Kubang Gajah, Arau, Perlis pada 2 Mei 2002. Aktiviti pembangunan kurikulum, pembangunan fizikal dan pengambilan staf bermula selepas perlantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor pada 16 Februari 2002. Manakala pengambilan pelajar pertama seramai 119 orang bagi sesi akademik 2002/2003 dibuat pada 20 Jun 2002. Bermula dengan dua program pengajian yang ditawarkan, kini UniMAP berjaya menawarkan 6 program Diploma, 37 program Ijazah Sarjana Muda, 20 program Sarjana dan 12 program Doktor Falsafah dengan bilangan pelajar ketika ini adalah hampir 10,000 orang.

Terletak di utara semenanjung Malaysia, UniMAP merupakan Kampus teragih “ distributed campus” dimana lokasinya terletak lebih dari 30 lokasi diseluruh pelosok negeri Perlis.

Kampus tetap UniMAP dikenali sebagai Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, meliputi keluasan 1,050 ekar dan di Kampus Hijau UniMAP Sungai Chuchuh seluas 300 ekar. Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra kini menempatkan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Pembuatan, PPK Mekatronik, PPK Mikroelektronik, PPK Komputer dan Perhubungan dan PPK Sistem Elektrik. Selain itu, terdapat juga bangunan, Pusat Kejuruteraan, Pusat Kerjasama Industri, Institut Matematik Kejuruteraan, Kompleks Dewan Kuliah, Dewan serbaguna, Kolej Kediaman menerusi pembangunan secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (Private Finance Innitiative; PFI), Litar Go-Kart bertaraf Antarabangsa serta Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Di Kampus Hijau UniMAP Sungai Chuchuh terdapat Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Kolej Kediaman yang menggunapakai konsep IBS dan Institut Agroteknologi Lestari (INSAT) dengan memiliki sembilan buah Rumah Hijau Berteknologi Tinggi dimana dua daripadanya dikhaskan untuk penyelidikan Harumanis.

Selain itu, hasil kerjasama UniMAP dan JPB Asia Pacific Sdn Bhd dibawah peneraju Lembaga Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), satu Projek Perintis Pengeluaran Mangga Harumanis Sepanjang Tahun secara Komersil sedang dilaksanakan melibatkan dua fasa. Bagi pembinaan fasa pertama melibatkan 50 buah Rumah Hijau dimana setiap satunya berkeluasan 0.5 ekar dan pembinaan fasa kedua juga melibatkan 50 buah Rumah Hijau.

Matlamat Penubuhan[sunting | sunting sumber]

  • Penubuhan UniMAP bertujuan untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi pelan perindustrian negara selain memberi alternatif kepada pelajar yang cenderung kepada pembelajaran secara praktikal.
  • UniMAP melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan akreditasi EAC-BEM untuk menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori.
  • Program akademik UniMAP adalah berasaskan sekitar 80% pengajaran dalam bentuk teori dan 20% praktikal.
  • Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
  • Pelajar dibekalkan dengan kemahiran berkomunikasi, keusahawanan, pengurusan, perakauanan, ko-kurikulum dan pembangunan sahsiah.

Misi, Visi dan Nilai Teras[sunting | sunting sumber]

Misi Melahirkan modal insan kamil yang menyumbang kepada agenda pembangunan dan daya saing industri negara.

Visi Institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada antarabangsa.[3]

Nilai Teras

ILMU KEIKHLASAN KECEMERLANGAN

Senarai Pusat Pengajian/Fakulti[sunting | sunting sumber]

  1. Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik [4]
  2. Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan [5]
  3. Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik [6]
  4. Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan [7]
  5. Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan [8]
  6. Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik [9]
  7. Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses [10]
  8. Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar [11]
  9. Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan [12]
  10. Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi [13]

Senarai Kolej Kediaman[sunting | sunting sumber]

  1. Kolej Kediaman Antarabangsa
  2. Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman  (KolejKediaman PFI 1, Kampus Pauh Putra)
  3. Kolej Kediaman Tun Abdul Razak
  4. Kolej Kediaman Tun Hussien Onn
  5. Kolej Kediaman Tun Dr. Mahathir
  6. Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail
  7. Kolej Kediaman Tun Ghafar Baba
  8. Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani
  9. Kolej Kediaman Tun Fatimah
  10. Kolej Kediaman Tun Abdullah Ahmad Badawi
  11. Kolej Kediaman UniCITI Alam

Organisasi Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Canselor UniMAP yang pertama sehingga kini adalah DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang dilantik pada 1 September 2003 oleh Seri Paduka BagindaYang Dipertuan Agong. Sebagai jawatan kehormat yang tertinggi peranan utama baginda adalah sebagai lambang pengiktirafan sesebuah universiti ini. Pro Canselor UniMAP pula ialah DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shareen Akashah Khalil.

UniMAP mempunyai Lembaga Pengarah Universiti yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Prof. Emeritus Ir. Dr. Zainai bin Mohamed. Diperingkat pengurusan universiti, UniMAP diketuai oleh Naib Canselor yang dilantik oleh Menteri Pengajian Tinggi, dan dibantu oleh tiga orang Timbalan Naib Canselor (TNC), iaitu TNC Akademik dan Antarabangsa, TNC Penyelidikan dan Inovasi, dan TNC Hal-ehwal Pelajar & Alumni. Selain itu terdapat 3 pegawai pengurusan utama iaitu Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]