Bea Rameshan
Bea Rameshan | |
|---|---|
بيا رامشان | |
| Kelahiran | Rabiatul Balqis binti Rameshan 25 Mei 1988 |
| Nama lain | Bea Balqis |
| Pendidikan | Diploma Kejuruteraan Sains Geometrik |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif | 2009–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Amini Ahmad Tabarani |
| Anak-anak | 2 |
Rabiatul Balqis Rameshan atau lebih dikenali sebagai Bea Rameshan (lahir 25 Mei 1988) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta rancangan Pilih Kasih musim pertama.[2]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Machang, Kelantan pada 25 Mei 1988 dan merupakan anak sulung daripada empat beradik serta berdarah kacukan Melayu dan India. Beliau merupakan lulusan dalam Diploma Kejuruteraan Sains Geometrik di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau berkahwin dengan pemain bola sepak dan penjaga gol Amini Ahmad Tabarani dan dikurniakan dua anak.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Bea memulakan kerjaya lakonan pada 2009 selepas bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama yang mana beliau merupakan salah seorang daripada 20 finalis.
Beliau paling dikenali menerusi drama Bunga-Bunga Syurga yang bersiaran di TV3. Selain itu, beliau berlakon bersama Liyana Jasmay dalam filem Isyarat Cinta arahan Bade Hj. Azmi yang ditayangkan pada Mac 2015.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Pencapaian
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2009 | Pilih Kasih | — | Finalis |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Biodata Bea Rameshan Hakim Ramli (15 September 2016). Diperoleh pada 16 Disember 2016.
- ↑ Syanty Octavia Amry (8 Ogos 2017). "Bea masih aktif berlakon". Harian Metro. Dicapai pada 26 Ogos 2017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Nama pengguna X sama seperti Wikidata
- Kelahiran 1988
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang Malaysia berketurunan India
- Muslim Malaysia
- Orang dari Kelantan
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Peserta Pilih Kasih
- Peragawati Malaysia
- Alumni Universiti Teknologi MARA