Buletin FM
Bandar | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
---|---|
Kawasan penyiaran | Lembah Klang, Alor Setar, Pulau Pinang dan Kuching |
Slogan | Temanmu · Muzikmu (2016-2019) Suara Semasa (2020-2021) Info Terkini & Muzik Sepanjang Zaman (2021-2022) Isu Semasa dan Info Terkini (2022-kini) |
Frekuensi | Berbeza-beza bergantung kepada kawasan |
Tarikh siaran pertama | 3 Mac 2016 2 Ogos 2021 (sebagai Buletin FM) | (sebagai Kool FM)
Format | Radio berita, hit kontemporari & perbincangan |
Tarikh siaran terakhir | 28 November 2021 | (Kota Bharu 88.6 MHz & Kuala Terengganu 93.6 MHz)
Bahasa | Bahasa Melayu |
Pemilik | Media Prima Audio, anak syarikat Media Prima Berhad (Buletin FM Radio Sdn Bhd) |
Saluran kembar | 8FM, Fly FM, Hot FM dan Molek FM |
Tapak web | www |
Buletin FM (dahulunya Kool FM) ialah stesen radio berita berbincangan dan muzik retro berbahasa Melayu yang dimiliki dan dikendalikan oleh Media Prima Audio, anak syarikat Media Prima Berhad. Ia dilancarkan pada 1 Mac 2016 dan mula beroperasi pada 3 Mac 2016. Stesen radio ini merupakan stesen radio keempat dibawah kelolaan Rangkaian Radio Media Prima selepas Fly FM, Hot FM, 8FM dan Molek FM.[1]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Kool FM dilancarkan pada 1 Mac 2016 dan bersiaran sulung pada 3 Mac 2016. Pada mulanya ia menyasarkan pendengar golongan generasi X,[2] dengan lagu-lagu yang dimainkan dari tahun 80-an dan 90-an.[3]
Pada 6 Januari 2020, Kool FM telah menukarkan format radio kepada radio perbincangan dan berita (tetapi bukan format radio berita sepenuhnya seperti Bernama Radio), dengan slogan terbaru Suara Semasa yang berfokuskan kepada perbincangan isu semasa, sosial dan komuniti serta rancangan berunsurkan infotainment tetapi mengekalkan memainkan muzik 80an hingga kini dan penyampainya.[4]
Pada 4 Mei 2021, stesen radio ini bersiaran serentak di TV9 pada setiap hari jam 3:30 pagi - 4:30 pagi.
Pada 2 Ogos 2021, Kool FM kini dikenali sebagai Buletin FM dan menjadikan radio berita yang lebih berfokus malah berkredibiliti. Ally Iskandar dan Hawa Rizwana (dari Malaysia Hari Ini dan Buletin Utama TV3) merupakan penyampai baharu dalam rombakan tersebut tetapi mengekalkan memainkan muzik 80an hingga kini dan info terkini macam Sinar seperti Bernama Radio.[5][6]
Buletin FM mula menyiarkan berita perdana dari TV3 iaitu Buletin Utama pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 8:00 - 9:00 malam.
Pada 29 November 2021, frekuensi Buletin FM di Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu telah ditamatkan siarannya dan digantikan oleh Molek FM pada 9 Januari 2022.
Pada 14 Mac 2022, Buletin FM tukar lagi tagline "Info Terkini & Muzik Sepanjang Zaman" ke "Isu Semasa dan Info Terkini".
Pada 28 Mac 2022, Buletin FM tidak lagi bersiaran sementara melalui platform MYTV.[7]
Slot Buletin FM di TV9 direhatkan seketika dan digantikan dengan siaran langsung Solat Tarawih di Masjidi Haram bermula 3 April 2022 hingga 2 Mei 2022.
Penyampai[sunting | sunting sumber]
Penyampai Harian[sunting | sunting sumber]
Nama | Nama samaran | Mula kerja | Catatan |
---|---|---|---|
Rohaizah Nordin | Haiza | 3 Mac 2016 | |
Muaz Mohamed | Muaz | 6 Februari 2017 | |
Izwan Azir Saleh | Izwan Azir | 5 Oktober 2020 | |
Ally Iskandar Mohd Mardzi | Ally Iskandar | 2 Ogos 2021 | |
Hawa Rizwana Ahmad Redzuan | Hawa Rizwana | ||
Ahmad Fedtri Yahya | Fedtri Yahya |
Penyampai Hujung Minggu[sunting | sunting sumber]
- Hanif Miswan
- Nash Hamzah
Bekas Penyampai[sunting | sunting sumber]
Nama | Nama samaran | Tempoh Kerja | Catatan |
---|---|---|---|
Farid Nor | Farid | Mac - Disember 2016 | |
Mohd Khairul Ikhwan Rosli | Ikhwan[8] | Mac 2016 - November 2017 | |
Liza Khairudin | Liza | Mac 2016 - Ogos 2018 | |
Muhammad Ishak Ibrahim | Andy Hakim | Ogos 2017 - Ogos 2018 | |
Ezaq Kamil | Ezaq | Mac 2016 - Jun 2019 | berpindah ke Manis FM |
Rozlindah Onn | Linda Onn | Ogos 2018 - Ogos 2020 | |
Tengku Rea | Rea | Januari 2017 - Julai 2021 | berpindah ke Gegar |
AG Azmeer | AG | Mac 2016 - Julai 2021 | dipindahkan semula ke Hot FM |
Program[sunting | sunting sumber]
Isnin - Jumaat[sunting | sunting sumber]
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Tanyalah Ustaz di Buletin FM | - | 05:00 - 06:00 |
Fokus Pagi | Ally Iskandar & Hawa Rizwana | 06:00 - 10:00 |
Santai Siang | Haiza | 10:00 - 15:00 |
Diskusi Harian | Izwan Azir & Muaz | 15:00 - 19:00 |
Tanyalah Ustaz di Buletin FM | - | 19:00 - 20:00 |
Buletin Utama@Buletin FM | - | 20:00 - 21:00 |
Ilham Sanubari | Fedtri Yahya | 21:00 - 00:00 |
Sabtu[sunting | sunting sumber]
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Tanyalah Ustaz di Buletin FM | - | 05:00 - 06:00 |
Highlight Fokus Pagi | Ally Iskandar & Hawa Rizwana | 06:00 - 10:00 |
Spectator Sukan di Buletin FM | Hanif Miswan | 10:00 - 12:00 |
Sesi Sabtu Buletin FM | - | 12:00 - 17:00 |
Retro Show Buletin FM | - | 17:00 - 19:00 |
Tanyalah Ustaz di Buletin FM | - | 19:00 - 20:00 |
Imbau Rock Leleh 90an di Buletin FM | - | 20:00 - 00:00 |
Ahad[sunting | sunting sumber]
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Tanyalah Ustaz di Buletin FM | - | 05:00 - 06:00 |
Highlight Fokus Pagi | Ally Iskandar & Hawa Rizwana | 06:00 - 10:00 |
Retro Show Buletin FM (ulangan) | - | 10:00 - 12:00 |
Sesi Ahad Buletin FM | - | 12:00 - 17:00 |
Spectator Sukan di Buletin FM (ulangan) | Hanif Miswan | 17:00 - 19:00 |
Tanyalah Ustaz di Buletin FM | - | 19:00 - 20:00 |
Imbau Rock Leleh 90an di Buletin FM | - | 20:00 - 00:00 |
Frekuensi[sunting | sunting sumber]
Frekuensi | Kawasan siaran | Tapak pemancar |
---|---|---|
101.3 MHz | Lembah Klang & Seremban, Negeri Sembilan | Bukit Sungai Besi |
107.3 MHz | Alor Setar, Kedah & Perlis | Menara Alor Setar |
90.2 MHz | Pulau Pinang & Taiping, Perak | Bukit Penara |
104.3 MHz | Kuching, Sarawak | Bukit Djin |
Buletin FM 101.3 Bukit Sungai Besi tak boleh dengar di sebahagian Seremban di kenderaan kerana gangguan dari Raaga 101.5 Gunung Telapak Buruk namun pendengar Buletin FM di kenderaan di sebahagian Seremban boleh didengari secara online di buletinfm.audio, aplikasi Audio+, JOOX atau YouTube Buletin TV, janji ada data internet.
Buletin FM 90.2 Bukit Penara (radio kereta terpilih, radio rumah, radio portable) tak boleh didengari di sebahagian Kuala Kangsar kerana kacau siaran dari saluran bersebelahan TraXX FM 90.1 Gunung Kledang, namun boleh dengar secara online di buletinfm.audio, aplikasi Audio+, JOOX atau YouTube Buletin TV.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Rezwana Manjur (4 March 2016). "Media Prima launches fourth radio station". Marketing Interactive. Dicapai pada 4 May 2016.
- ^ "New radio channel Kool.FM targets Gen X listeners". TheHive.Asia. The Malay Mail. 2 March 2016. Dicapai pada 4 May 2016.
- ^ Awaina Arbee (1 March 2016). "Kool FM to play songs from the 80s and 90s". New Straits Times. Dicapai pada 4 May 2016.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (3 January 2020). "Kool FM fokus isu semasa, sosial dan komuniti". Berita Harian. Dicapai pada 3 January 2020.
- ^ Georgie Joseph (30 Julai 2021). "Ally Iskandar, Hawa Rizwana, Douglas Lim kini penyampai radio". HMetro. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
- ^ "Ally Iskandar, Hawa jadi penyampai radio Buletin FM". Malaysia Gazette. 2 Ogos 2021. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
- ^ Untuk makluman.
- ^ Khadijah Ibrahim (2 Januari 2007). "Ikhwan tinggalkan Kool FM". Utusan Malaysia (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 1 Disember 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)