Dia...Misha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dia...Misha
Album himpunan oleh Misha Omar
Dikeluarkan pada14 Mac 2011
GenrePop
SyarikatSony BMG(M)
PenerbitRamli MS
Kronologi Misha Omar
Misha Omar
(2008)
Dia...Misha
(2011)
-
Single daripada album 'Dia...Misha'
  1. "Berlalu"
    Dikeluarkan pada: 1 Februari 2011
  2. "Detik Antara Waktu"
    Dikeluarkan pada: 8 April 2011

Album himpunan lagu-lagu popular nyanyian penyanyi tersohor Misha Omar ini diberi judul Dia..Misha yang antara lain memuatkan kesemua 8 buah lagu single penyanyi ini yang pernah menginjak tangga pertama carta-carta muzik Malaysia sejak tahun debut pada 2002. Juga memuatkan beberapa buah lagu popular Misha yang lain.

Album ini ditambah lagi dengan 2 buah lagu baru berjudul Berlalu & Detik Antara Waktu serta sebuah lagu nyanyian asal kugiran Alleycats ciptaan sifu Misha sendiri, M.Nasir yang berjudul Kerana. Majlis pelancaran album kompilasi ini telah diadakan di Celebrities Hall of Music, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 28 Mac 2011.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Berlalu"  Ad SamadWain Gideon  
2. "Kerana"  M. NasirM. Nasir  
3. "Detik Antara Waktu"  KuncidemakKuncidemak (Rudi Mohammad)  
4. "Bunga-bunga Cinta"  Adnan Abu HassanAdnan Abu Hassan  
5. "Nafas Cahaya"  LoloqM. Nasir  
6. "Cinta Adam dan Hawa"  LoloqAzmeer  
7. "Pulangkan"  Habsah Hassan & Shuhaimi BabaAjai  
8. "Ku Seru"  Habsah Hassan & Shuhaimi BabaAjai  
9. "Dedebu Cinta"  UcuAzlan Abu Hassan  
10. "Riwayat Cinta"  Roslenn FadzilAjai  
11. "Tiada Lagi Tangisan"  Adnan Abu HassanAdnan Abu Hassan  
12. "Halaman Cinta"  Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan  
13. "Lilitan Asmara"  Misha Omar & Adnan Abu HassanAdnan Abu Hassan  
14. "Sampai Disini"  Roslenn FadzilAjai  
15. "Jawapanmu"  NurfatimaCat Farish  
16. "Sembunyi"  LoloqAidit Alfian  

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Tarikh Terbit Posisi tertinggi
MUZIK fm ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2011

Berlalu

  • Wain Gideon / Ad Samad
1 Februari 2011 - - - -

Detik Antara Waktu

  • Kuncidemak
8 April 2011 - - - -

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Lagu Berlalu yang dijadikan single pertama gagal memikat hati pendengar kerana bunyinya lebih kedepan berbanding muzik semasa manakala lagu Detik Antara Waktu juga gagal menyaingi populariti lagu penyanyi Alyah - Kisah Hati. Bagaimanapun, Misha menyimpan rasa terkilan kerana promosi album barunya itu tidaklah sekuat mana. Bagi Misha, peminat yang memang menantikan karya barunya tidak pernah berfikir dua kali bagi membelinya. Malah, paling menggembirakannya, reaksi mereka juga positif.

Misha terkilan ekoran lagu daripada album itu masih gagal menembusi beberapa stesen radio. Mereka tidak mahu memutarkan dan memberi alasan yang difikirkan begitu longgar. Tapi itulah hakikat dan sebagai seorang penyanyi, apa lagi yang mampu kita lakukan. Misha membuat kenyataan bahawa beliau tidak kesal walaupun meletak sepenuh komitmen dan fokus kepada pembikinan album itu kerana semua itu adalah tanggungjawab. Ujarnya, mungkin ia tidak dimainkan sekarang namun, jika punya peluang dan rezeki lagu itu diputarkan 10 tahun lagi, pendengar akan mengenal pasti identiti Misha dalam merakamkan album dimana kualitinya begitu kemas dan Misha sendiri kagum dengan semua pihak yang terbabit dalam proses pembikinan album kompilasi ini.

Album Video[sunting | sunting sumber]

Untuk album video sila rujuk, MTV Dia...Misha

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]