Masihkah Ada Rasa Itu?

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Masihkah Ada Rasa Itu?"
Single oleh Misha Omar
daripada album "Wanita Syurga"
Dilancarkan pada1 Mac 2024 (Digital)
FormatStrim, Muat Turun
GenrePop, Pop Indonesia
Panjang3:22
SyarikatSony Music Entertainment Malaysia
PenulisSharon Paul, Misha Omar, Que Afiqq
PenerbitMisha Omar / Sharon Paul
Kronologi single Misha Omar
""Tanpa Rela"
(2020)"
"Masihkah Ada Rasa Itu?" "-"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu Masihkah Ada Rasa Itu? (Inggeris: "Has The Senses Remain?") adalah lagu nyanyian penyanyi pop Misha Omar yang merupakan kerjasama kali kedua bersama komposer dan penerbit Sharon Paul [1]. Ia diterbitkan secara digital pada 1 Mac 2024 oleh Sony Music Entertainment Malaysia dengan kerjasama Alternate Records & Talents dan dimuatkan sebagai lagu tema asal drama siaran TV3 berjudul "Wanita Syurga".

Latar Belakang dan Rakaman[sunting | sunting sumber]

Misha menamatkan penantian empat tahun peminatnya apabila mengeluarkan single ini. Lagu ini berjaya dirakamkannya dalam kesibukan beliau menguruskan anak sulungnya Muhammad Adam Emir yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia [2]. Misha sekali mendapatkan khidmat Syafinaz Selamat sebagai pengarah vokal, manakala ia kerjasama pertama Misha bersama penulis lirik muda Que Afiqq.

Lagu Tema[sunting | sunting sumber]

Lagu ini disiapkan sebagai lagu tema untuk drama berjudul "Wanita Syurga" siaran TV3.

Maklumat Rakaman[sunting | sunting sumber]

Penerbit: Sharon Paul , Misha Omar
Komposer : Sharon Paul, Misha Omar
Penulis Lirik : Que Afiqq
Penggubah Lagu : Sharon Paul
Pengarah Vokal : Syafinaz Selamat
Gitar : Jamie Wilson
Bass: Ken Chung
Penyanyi Latar: Paulway Chew
Jurutera Rakaman: Ben & JD
Adunan dan Mastering: Ari Renaldi
Studio : Werkit Records, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Terbitan Bersama : Alternate Records & Talents
Terbitan : Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd

Muzik Video[sunting | sunting sumber]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Lagu ini memacu dengan pantas di carta playlist Spotify setelah beberapa hari dikeluarkan iaitu di kedudukan ke-16 dalam carta Hot Hits Malaysia, ke-10 (Carta Malaysia 50) dan ke-20 (EQUAL Singapore & Malaysia) [3]. Misha tidak begitu mempromosikan lagu ini kerana ia dikeluarkan menjelang bulan Ramadan, namun menyatakan ia akan dipromosikan setelah tayangan drama rantaian "Wanita Syurga" yang mula bersiaran pada 15 Mac 2024 di TV3. Misha turut hadir ke konti Hot FM pada 6 Mac 2024 untuk memperkenalkan lagu ini secara rasmi [4].

Carta[sunting | sunting sumber]

Carta Kedudukan
tertinggi
Tarikh
Youtube Malaysia Trending (Youtube) - -
Malaysia 50 (Spotify) 1 1 - 8 Mac 2024
Suria FM (Astro) - -
Hot FM (Media Prima) - -
Carta Era (Astro) - -
Muzik Muzik (TV3) - -

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]