Angin Syurga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Angin Syurga"
Single oleh Misha Omar
daripada album Set Pilihan Misha
Dikeluarkan pada 25 Mei 2012 (Promo CD, Airplay)
19 Februari 2012 (Digital)
20 Julai 2012 (Pek Fizikal)
Format Promo CD, Airplay
Dirakam pada Januari 2012
Genre Pop, R&B dan Balada
Syarikat Sony BMG Music Malaysia & Shisheido
Penulis M. Nasir/ Budi Hekayat
Penerbit M. Nasir
Kronologi single Misha Omar
"Detik Antara Waktu"
(2011)
"Angin Syurga"
(2012)
"Untuk Bermimpi"
(2013)

Lagu Angin Syurga adalah single pengenalan album keempat penyanyi pop handalan Misha Omar yang diterbitkan terlebih dahulu pada 25 Mei 2012 menerusi single pek promosi Shisheido Set Pilihan Misha. Ia mula dikeluarkan secara digital pada 19 Februari 2012 sempena pertunangan penyanyi ini dengan juruterbang Firos Ezzwan Rosly.

Lagu ini dicipta oleh komposer yang juga mentor kepada Misha iaitu M. Nasir dengan lirik nukilan Budi Hekayat. Gandingan M Nasir dan Budi sebelum ini mencetuskan fenomena menerusi lagu Awan Nano nyanyian Hafiz Suip yang memenangi Anugerah Juara Lagu 2011.

Rakaman[sunting | sunting sumber]

Lagu ini lunas dirakam pada penghujung tahun 2011 di studio Luncai Emas milik M. Nasir. Ia digubah khas oleh M. Nasir untuk Misha selepas kejayaan lagu Nafas Cahaya. Menurut Misha, lagu ini sememangnya dirakam khusus untuk album beliau yang keempat. Lagu ini berentak pop ballad yang memasukkan unsur alam seperti elemen angin, udara tanah dan air sesuai dengan liriknya. Vokal Misha dibiar sedikit mellow dan tidak menekankan nada-nada tinggi sebagaimana biasa. Pun begitu, elemen orkestra mewah diiringkan dilatar belakang bagi menampakkan sisi dramatik.

Lagu ini menceritakan mengenai luahan hati seorang gadis mengenai teka-teki yang dimainkan pemuda yang memujanya menerusi bait "ku himpun makna kata darimu"). Lirik ini memainkan kosa kata ringkas yang membayangkan sikap si gadis yang dambakan jawapan jelas. Ia boleh dinilai sebagai luahan naif bagi seorang gadis yang sedikit tersepit dengan tuntutan masa dan keadaan (ia dinyatakan menerusi bait "perpisahan ini akan tetap terjadi").

Video Muzik[sunting | sunting sumber]

Video muzik lagu ini diarahkan oleh pengarah drama Nang dan menampilkan pelakon TV Nazim Othman sebagai watak kekasih Misha. Paparan video menunjukkan Misha merayu dan menangis menantikan keputusan dan jawapan daripada sang kekasih, tetapi lelaki itu terus membisu. Menggunakan konsep hitam dan putih, video muzik ini mendapat pujian daripada orang ramai. Lagu ini mula ditayangkan secara umum di Muzik-Muzik 28 pada 5 April 2013, dan disiarkan di Melodi pada 7 April 2013. Saluran rasmi MishaOmarVEVO melancarkan MTV ini pada 10 April 2013.

Carta[sunting | sunting sumber]

Lagu ini menjuarai Carta 40 Era pada 17 dan 24 Februari 2013 manakala sebanyak 3 minggu pada 3,10 dan 31 Mac menjuarai Carta 30 Hot.fm. Ini merupakan lagu Misha yang kesembilan menjuarai Carta Era, dan kesebelas dalam mana-mana carta radio Malaysia.

Kontroversi Muzik-Muzik 28[sunting | sunting sumber]

Lagu ini asalnya dicalonkan di dalam rancangan Muzik-muzik TV3 ketika tayangan perdana muzik videonya. Namun lagu ini ditarik balik penyertaannya setelah seminggu dan tidak sempat menduduki carta muzik yang menjadi jalan utama ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu tersebut. Misha menjelaskan lagu baharunya itu ditarik keluar daripada pencalonan program Muzik-Muzik (TV3) atas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dielakkan. Penarikan lagu itu daripada program popular tersebut atas persetujuan semua pihak termasuklah dia sendiri dan syarikat rakaman Sony Music Malaysia. Ramai peminat dan pemerhati industri melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan ini. Biarpun dikatakan berkait rapat dengan isu politik tanah air, Misha menafikan desas desus lagu ini menjadi mangsa perbezaan fahaman politik oleh pihak - pihak tertentu.[perlu rujukan]

Set Pilihan Misha[sunting | sunting sumber]

Misha diumumkan sebagai wajah rasmi Shisheido pada 7 Mac 2012 sekaligus menjadi artis Melayu pertama di rantau ini yang diangkat sebagai duta produk kosmetik tertua di dunia itu. Projek pertama Misha bersama Shisheido adalah pelancaran Set Pilihan Misha yang juga merupakan set promosi Hari Raya di mana ia mengandungi enam produk serta satu cakera padat istimewa yang memuatkan single terbaru Misha berjudul ‘Angin Syurga’, satu lagu raya – ‘Aidilfitri’ dan tidak ketinggalan lagu ‘berhantu’ ‘Bunga-Bunga Cinta’. Set ini berharga RM300 (Semenanjung Malaysia) dan RM310 (Sabah & Sarawak).

Senarai Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Angin Syurga
  • Aidilfitri
  • Bunga-bunga Cinta

Tema Drama Bersiri "Cinta Jannah"[sunting | sunting sumber]

Bermula pada 14 Ogos 2013 lagu ini dijadikan sebagai lagu tema utama drama bersiri 24 episod berjudul "Cinta Jannah" yang bersiaran di slot Akasia, TV3. Drama lakonan Aeril Zafrel dan Nelydia Senrose ini berjaya mencapai rating tinggi sepanjang ia disiarkan.