Lagu-lagu rakaman penyanyi Misha Omar sering dijadikan rujukan untuk pertandingan nyanyian setelah kejayaannya menempa nama dalam bidang seni suara. Saban musim lagu nyanyian asalnya diberikan sebagai tugasan kepada pelajar-pelajar Akademi Fantasia. Sejak musim pertama kebanyakkan lagu-lagu Misha menghantui para pelajar kerana kesukaran untuk membawakan lagu-lagu tersebut tanpa ada sebarang pengaruh Misha yang sangat kuat identitinya.
Ketika minggu ke 9 Akademi Fantasia 2 Misha dijemput sebagai pengkritik jemputan sekaligus menjadikan beliau sebagai pengkritik paling muda yang pernah diundang Akademi Fantasia (22 tahun).
Setakat ini belum ada peserta AF yang mendapat 100% kritikan positif apabila mendendangkan lagu-lagu Misha. Berikut adalah senarai peserta AF yang pernah mendapat lagu-lagu Misha. 19 peserta pernah menyanyikan 11 lagu Misha dan yang menariknya 14 daripada mereka bergelar finalis AF.
Linda menyanyi sambil diserikan dengan buih sabun.
Pengkritik undangan, Yusof Haslam memberikan gelaran Pesona Bintang kepada Linda manakala Farihin Abdul Fatah menyelar masalah low note Linda yang merosakkan lagu ini.
Linda tersingkir minggu ke 8 dan diserapkan semula ketika final.
Minggu terakhir sebelum final dimana lagu BBC diletakkan dalam medley lagu-lagu ciptaan Adnan Abu Hassan selain Jerat Percintaan, Gubahan Rindu Puisi Syahdu, & Tangisan Dalam Kerinduan.
Amylea & Marsha mendapat komen sederhana daripada Suraya Alatas & Vince Chong.
Setelah francais Akademi Fantasia dihentikan, Astro mengubah format pertandingan dengan memperkenalkan pertandingan nyanyian melibatkan bakat baharu yang dikenali melalui platform digital iaitu Big Stage. Sebagaimana AF, lagu-lagu Misha juga sering menjadi pilihan untuk tugasan peserta.