Misha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Misha
Album studio oleh Misha Omar
Dikeluarkan pada28 Oktober 2002
GenrePop
SyarikatBMG Music (Malaysia)
PenerbitAdnan Abu Hassan
Azlan Abu Hassan
Tohpati
Kronologi Misha Omar
- Misha
(2002)
Aksara
(2004)
Single daripada album 'Misha'
  1. "Bunga-bunga Cinta"
    Dikeluarkan pada: 28 Julai 2002
  2. "Lilitan Asmara"
    Dikeluarkan pada: 30 Oktober 2002
  3. "Halaman Cinta"
    Dikeluarkan pada: 6 Januari 2003
  4. "Terpana"
    Dikeluarkan pada: 20 April 2003
  5. "Semoga Abadi"
    Dikeluarkan pada: 17 Julai 2003

Misha ialah album studio pertama oleh penyanyi Malaysia Misha Omar yang dirakamkan pada tahun 2002 ketika beliau berusia 20 tahun. Album ini menerima 3 pencalonan di Anugerah Industri Muzik 2002 dan berjaya meletakkan nama Misha sebagai penyanyi paling popular dalam masa yang singkat. Ia berjaya mencecah kedudukan nombor 1 di Carta RIM pada 8 Januari 2004 selepas kejayaan besar Misha dan komposernya Adnan Abu Hassan di Anugerah Juara Lagu ke-18 menerusi lagu hits Bunga-bunga Cinta.

Pra-produksi[sunting | sunting sumber]

Bakat Misha dikesan oleh Adnan ketika beliau menjadi juri dalam pertandingan Bintang RTM 2001. Menyedari potensi besar yang dimiliki penyanyi amatur bernama Samihah Aisah binti Omar ini, Adnan bertindak melamar Misha untuk menyertainya di syarikat rakaman besar BMG Music Malaysia selepas berakhirnya pertandingan tersebut. Biarpun Misha tidak memenanginya, di bawah bimbingan Adnan Misha berjaya menjelma menjadi penyanyi profesional yang baik.

Lagu pertama yang dirakamkan Misha adalah lagu Bunga-bunga Cinta (BBC) yang dimuatkan dalam album kompilasi Pasti Hits Adnan vs Azlan pada 28 Julai 2002. Seperti yang diduga oleh Adnan, lagu tersebut meledak di corong-corong radio biarpun penyanyinya belum cukup terkenal. BBC berjaya menjuarai majoriti carta radio termasuk Era.fm dan Muzik.fm sekaligus melonjakkan nama Misha secara total.

Ekoran sambutan yang sangat menggalakkan, BMG bertindak mengarahkan Adnan dan adiknya Azlan Abu Hassan untuk menerbitkan secara segera album solo debut untuk Misha. Hasil gabungan dua beradik ini akhirnya album ini dibikin dengan penuh eksperimen bagi memastikan bakat Misha digunakan secara sepenuhnya.

Produksi[sunting | sunting sumber]

Adnan turut mengundang komposer terkenal Indonesia, Tohpati untuk sama-sama merakamkan suara Misha. Tohpati membawakan dua buah lagu ciptaan Imaniar Noorsaid iaitu Semoga Abadi dan Jangan Berakhir yang berentak pop R&B untuk dirakamkan Misha. Ketika dalam proses rakaman Misha menunjukkan kebolehannya sebagai penulis lirik melalui lagu ciptaan Adnan bertajuk Kau Yang Amat Ku Sayang dan Lilitan Asmara. Lirik itu penuh bermakna kerana dihasilkan secara spontan dan dalam waktu yang singkat ketika berada dalam studio rakaman.

Belum berkesempatan mencipta nama, namun bakat Misha dalam arena seni suara mula menjadi perhatian komposer dan penyanyi jazz luar negara, Jim Brickman, yang sanggup memberikan lagu untuk dirakamkan semula oleh Misha selepas dia mendengar demo tape yang dihantar pihak BMG Music tidak lama sebelum itu.

Namun, peluang Misha memperkenalkan namanya agak terhad kerana dia masih menuntut. Kebanyakan undangan persembahan yang ditawarkan terpaksa tolak kerana mengganggu kuliah. Sesi fotografi bersama media pun banyak yang tidak dilaksanakan memandangkan Kota Bahru dan Kuala Lumpur jauh. Kesempatan mengadakan persembahan hanya di hujung minggu saja. Atas sebab itu, tidak hairan kalau orang hanya kenal lagu BBC , tapi tak tahu bagaimana rupa penyanyinya. Misha mengakui sambutan hangat lagu tersebut ada kalanya membuatkannya berbelah bagi antara pelajaran dan kerjaya. Tambahan pula teman-teman dan pensyarah di tempat pengajiannya memberi sokongan penuh bergiat aktif dalam bidang seni.

Berkat kesabaran biarpun merakam album sulungnya disaat namanya disebut-sebut ekoran fenomena BBC, Misha berjaya juga menyudahkan rakaman penuh 14 buah lagu untuk album ini yang menemui pendengar pada 28 Oktober 2002 dengan susulan single kedua berjudul Lilitan Asmara.

Kredit album[sunting | sunting sumber]

Kredit diperoleh dari sisipan kecil album Misha.

Penerbit Eksekutif: Clive Gardiner & Mohd Firhad Ahmad
Penerbit: Adnan Abu Hassan
Penerbit Bersama: Azlan Abu Hassan & Tohpati
Penerbit khas lagu Destiny: Dane Deviller & Sean Hossein
Artiste & Repertoire: Edrie Hashim
Penata vokal: Adnan Abu Hassan & Azlan Abu Hassan
Susunan Muzik: Adnan Abu Hassan untuk semua lagu kecuali Azlan Abu Hassan untuk lagu Kembali Ceria & Seiring , Syed ENV (Terpana)
Pemuzik: Adnan Abu Hassan, Azlan Abu Hassan, Syed ENV (Keyboards), Ujang Exist (Dram), Eddie Marzuki (Bass, Mandolin & Gitar), Sham Kamikaze, Bode (Gitar)
Penyanyi Latar: Adnan, Azlan, Azlina Abu Hassan, Teja, Samihah Omar & Sri Temenggong
Jururakam: Azlan Abu Hassan & Rahmat
Studio Rakaman: Grooveworks Studio & Babyboss Studio, Kuala Lumpur
Mastering: Fauzi Marzuki @ Sonic Mastering Lab, Don Bartley - Studio 301 - Australia
Jurumekap & Rambut: Addin
Mekap: M.A.C
Konsep: Nizam Rahmad - AD.Verse
Jurugambar: Bustamam @ Jubang Sutajio
Aksesori: Bonita
Pengurus Promosi: Mukhlis
Promosi: Rina Baharin, Shahrin, Razak, Mimi Omar, Lan Mansur & Sham Safri
Pengurusan: Mimi Omar

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Lilitan Asmara"  Misha Omar & Adnan Abu HassanAdnan Abu Hassan 4:12
2. "Hingga Ke Akhir Nanti"  Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan 5:09
3. "Bunga-bunga Cinta"  Adnan Abu HassanAdnan Abu Hassan 5:05
4. "Tak Ku Percaya"  Adnan Abu HassanAdnan Abu Hassan 3:44
5. "Semoga Abadi"  Jossie HitijahubessyAte M & Imaniar Noorsaid 4:19
6. "Untukmu Selamanya"  Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan 4:29
7. "Halaman Cinta"  Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan 4:01
8. "Jangan Berakhir"  Imaniar NoorsaidImaniar Noorsaid 4:42
9. "Seiring"  UcuAzlan Abu Hassan 4:04
10. "Terpana"  Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan 3:47
11. "Destiny"  Dane Deviller & Sean HosseinJim Brickman 3:48
12. "Kembali Ceria"  Azlan Abu HassanAzlan Abu Hassan 3:32
13. "Kau Yang Amat Ku Sayang"  Misha OmarAdnan Abu Hassan 5:21
14. "Permainan Hati"  Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan 4:27

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Posisi tertinggi
MUZIK fm ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2002

Bunga-bunga Cinta

  • Adnan Abu Hassan
1 1 - 1

Lilitan Asmara

  • Adnan Abu Hassan/ Adnan Abu Hassan & Misha Omar
3 8 - -
2003

Halaman Cinta

  • Adnan Abu Hassan / Mohariz Yaakup
1 2 - 1

Terpana

  • 'Adnan Abu Hassan / Mohariz Yaakup
7 13 - -

Semoga Abadi

  • Tohpati
2 4 - -

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Album sulung Misha berjaya mencatat jualan 10,000 unit dalam 2 bulan pertama sekaligus berjaya memasuki Carta RIM. Pun begitu populariti Misha sedikit dibayangi oleh pencapaian membanggakan penyanyi Sarah Raisuddin yang juga pernah menyertai Bintang RTM 2001. Sarah mengeluarkan album sulungnya 3 bulan lebih awal daripada Misha dan meraih populariti menerusi lagu-lagu hitsnya. Pemerhati muzik mula membandingkan kemampuan Misha dan Sarah.

Sebagai usaha untuk terus memperkenalkan lagi jenama Misha Omar, pada 12 Januari 2003, Misha telah membuat persembahan di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk acara karpet merah Anugerah Juara Lagu ke-17 (2002). Pada 25 Januari pula, Misha diberi peluang untuk membuat persembahan penutup bersama Sarah & Elyana dalam majlis Anugerah Media Hiburan. Misha juga menjengah pasaran Singapura apabila diberi peluang membuat persembahan di Anugerah Pesta Perdana, anjuran saluran Suria. Misha meraih lebih publisiti untuk dirinya ketika lagu Halaman Cinta merajai carta-carta radio pada awal 2003.

Ketika ini nama Misha sering dibandingkan dengan Sarah sementelah Sarah ternyata lebih popular daripada beliau. Persaingan sihat diantara Misha & Sarah diteruskan dalam penganugerahan Anugerah Planet Muzik apabila kedua-duanya dicalonkan untuk kategori Artis Baru Wanita Terbaik. Pun begitu, tuah menyebelahi Sarah. Walaubagaimanapun, kemunculan Misha di atas pentas anugerah berprestij itu mengalunkan BBC ternyata menarik perhatian penggiat seni Indonesia terutamanya komposer Anang dan isterinya, Krisdayanti.

Misha sekali lagi tewas kepada Sarah apabila dicalonkan untuk kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke 10. Selain itu, Misha juga tercalon untuk kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di dalam Album (tewas kepada Siti Nurhaliza) dan juga Lagu Terbaik untuk lagu Bunga-bunga Cinta ciptaan Adnan.

Dengan 2 buah single berentak balada berjaya menjuarai majoriti carta Muzik, Misha dan BMG memikirkan cara untuk terus mengekang perbandingan diantara Misha dan Sarah yang mana mengakibatkan Misha berada di kedudukan kedua di belakang Sarah. Akhirnya album repackaged Misha diterbitkan pada 20 Julai 2003 setelah single Terpana yang lebih rancak memasuki carta radio. Lagu Semoga Abadi dijadikan single promosi album bungkusan semula tersebut sekaligus meledak sebagai single balada yang popular.

Album bungkusan semula[sunting | sunting sumber]

Misha (Repackaged)
Album studio oleh Misha Omar
Dikeluarkan pada20 Julai 2003 (Malaysia, Indonesia)
GenrePop
SyarikatBMG Music (Malaysia) , BMG Music (Indonesia)
PenerbitAdnan Abu Hassan
Azlan Abu Hassan
Tohpati
Kronologi Misha Omar
Misha
(2002)
Misha Repackaged
(2003)
Aksara
(2004)

Album bungkusan semula ini diterbitkan untuk terus memanjangkan lagi populariti Misha disamping memperkenalkan lagu Semoga Abadi. Pada 12 Jun 2004, sebuah VCD MTV lagu-lagu terpilih dari album ini telah diterbitkan. Album bungkusan semula ini juga dipasarkan ke pasaran Indonesia dengan lagu Bunga-bunga Cinta menjadi andalan utama [1].

Untuk maklumat mengenai album MTV karaoke ini, klik MTV Karaoke Bunga-bunga Cinta

Menjadi fenomena[sunting | sunting sumber]

Misha mula menyinar apabila memenangi anugerah Artis Baru Pilihan di Anugerah Era 2003 menewaskan saingan seperti Sarah, Ezlynn dan Waheeda. Pada bulan Oktober 2003, Misha dipertandingkan di Festival Muzik Asia Shanghai yang mengiktiraf nyanyian artis baru seluruh Asia. Tuah berpihak kepada beliau apabila meraih anugerah Piala Emas dan juga Persembahan Vokal Terbaik menerusi dua buah lagu iaitu BBC dan Lilitan Asmara. Misha berjaya menewaskan nama-nama popular seperti The Honeys (China).

Berturut daripada kejayaan itu, Misha disenaraikan ke Anugerah Juara Lagu ke 18 juga menerusi lagu BBC. Pelbagai pihak telah meramalkan penguasaan Misha dan akhirnya beliau berjaya membawa pulang trofi juara keseluruhan AJL beserta anugerah Vokal Terbaik menewaskan penyanyi yang jauh lebih senior seperti Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Mus dari kumpulan May, Ning Baizura dan Yassin Sulaiman.

Kejayaan besar di Shanghai dan Anugerah Juara lagu berjaya menaikkan jualan album itu kepada 35,000 Unit dan mendapat Anugerah Cakera Platinum. Ia adalah suatu pencapaian yang hebat memandangkan kehadiran cetak rompak yang berleluasa menjadikan kebanyakkan artis hanya sekadar terjual 15,000 unit satu album tetapi Misha berjaya mencatat jualan album melebihi 30,000 unit. Album pertamanya itu berjaya melonjak ke tangga pertama Carta RIM pada minggu pertama 8 Januari 2004. Secara keseluruhan album ini terjual sebanyak 60,000 unit.

Kontroversi Semoga Abadi[sunting | sunting sumber]

Ketika perlawanan akhir AFF Suzuki Cup yang mempertembungkan Malaysia dan Indonesia pada 27 Disember 2010, muncul kisah Misha Omar hendak disaman oleh komposer asal Indonesia sebagai bahan penyedap cerita ketika isu laser dan keselamatan rakyat Malaysia ketika berlangsungnya perlawanan akhir di Jakarta sedang hangat diperkatakan.

Penyanyi Indonesia yang dikenali sebagai Imaniar Noorsaid menuduh Misha mencuri karya lagu milik’nya berjudul Semoga Abadi.Imaniar berkata, lagu ini dicipta pada tahun 2000 ketika terikat dengan kontrak yang ditawarkan oleh BMG Indonesia untuk penghasilan 2 buah album. Kemudian, dia ciptakan lagu ini bersama Yossi Hitiyaubessy serta sebuah lagi lagu berjudul Jangan Berakhir. Album yang memuatkan lagu ini berjudul Imaniar, tetapi hit single menggunakan judul Semoga Abadi. Penyanyi itu ada juga buat video klip, tetapi tidak popular dan tidak dipromosikan kerana pada tahun 2000 berlakunya kegawatan ekonomi.

Yang lebih menyakitkan hati Imaniar apabila suara asalnya tetap digunakan dalam lagu tersebut tanpa sebarang kredit kepada komposer & penulis lirik lagu Semoga Abadi & Jangan Berakhir di CD penyanyi Misha. “Mungkin tidak menguntungkan atau daripada apa yang saya tahu, pada tahun 2002 Misha Omar menggunakan lagu tersebut dengan judul yang sama. Cuma di CD atau kasetnya tiada kredit penuh buat pencipta lagu, dan yang paling menyakitkan hati apabila suara saya digunakan oleh Misha Omar sebagai backup vocal. Betul-betul sakit hati, kerana tiada kebenaran diberikan, maka saya terasa seperti dipijak-pijak,” kata Imaniar mengakhiri tuduhannya.

Misha Omar yang dihubungi enggan memberi sebarang komen kerana semuanya telah diserahkan kepada pihak Sony Music, berikut adalah tweet’nya kepada kami. Hakikatnya kredit nama Imaniar ada tertera dalam cetakan pertama dan juga bungkusan semula sekaligus menafikan tuduhan Imaniar manakala isu hakcipta lagu ini adalah antara BMG dan penerbit lagu tersebut iaitu Tohpati yang bertanggungjawab memberikan dua buah lagu tersebut untuk dirakamkan pada tahun 2002. Suara Imaniar juga tidak digunakan sebagai suara latar seperti yang didakwanya. Sebagai bukti lagu versi Misha popular di Indonesia pada tahun 2003 - 2004 ketika Misha menjengah pasaran negara itu.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pensijilan Album

Carta (2002-2004) Kedudukan tertinggi
carta
Malaysia (Carta RIM) 1[2]
Indonesia (Billboard Indonesia) 24[3]
  • Anugerah emas untuk jualan melebihi 25,000 unit (2003) oleh RIM / BMG Internation
  • Anugerah platinum untuk jualan melebihi 50,000 unit (2004) oleh RIM / Sony BMG (International)

Menang

  • Anugerah Piala Emas - Festival Muzik Asia, Shanghai China 2003 :: (Bunga-bunga Cinta & Lilitan Asmara)
  • Juara Keseluruhan - Anugerah Juara Lagu ke-18, anjuran TV3 :: (Bunga-bunga Cinta)
  • Juara Kategori Balada - Anugerah Juara Lagu ke-18, anjuran TV3 ::(Bunga-bunga Cinta)
  • Vokal Terbaik - Anugerah Juara Lagu ke-18, anjuran TV3 ::(Misha Omar - Bunga-bunga Cinta)
  • Lagu Sepanjang Tahun - Anugerah Media Hiburan 2003 :: (Bunga-bunga Cinta)
  • Artis Baru Pilihan - Anugerah Era 2003

Pencalonan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]