Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari JKSNS)
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan
جابتن كهكيمن شرعية نڬري سمبيلن
Intisari agensi
Dibentuk1960 (64 tahun yang lalu) (1960)
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatKompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, 1054A, Jalan Sendayan, 71950 Seremban, Negeri Sembilan
 Malaysia
MotoSyariah Asas Keadilan
Eksekutif Agensi kerajaan
  • Ketua Hakim Syarie
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Laman sesawang
jksns.ns.gov.my

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) ditubuh berdasarkan kepada Sek.41(1) dan (2), Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sembilan pada 1960. Pada ketika itu dinamakan Mahkamah Kadi yang ditadbir dibawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Pada tahun 1986, telah berlaku penyusunan semula Mahkamah dan dinamakan Mahkamah Syariah.Pada tahun 1991, Mahkamah Syariah telah diasingkan dari pengurusan JHEAINS dan mempunyai pentadbiran sendiri yang dinamakan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.

JKSNS terdiri daripada Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan 7 buah Mahkamah Rendah. Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Seremban terletak di kawasan yang sama di Seremban manakala Mahkamah Rendah yang lain terletak didaerah-daerah iaitu Kuala Pilah, Tampin, Jelebu, Jempol, Port Dickson dan Rembau. Pusat pentadbiran JKSNS beroperasi di Mahkamah Tinggi Syariah.

Bidang Kuasa[sunting | sunting sumber]

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan bertanggungjawab mengurus perjalanan kes Mal dan kes Jenayah di semua peringkat Mahkamah; Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah berdasarkan bidang kuasa yang diberikan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan ) 2003.

Visi[sunting | sunting sumber]

Pengurusan Kehakiman dan Perundangan Syariah yang unggul di Negeri Sembilan.

Misi[sunting | sunting sumber]

Melaksanakan Pengurusan Kehakiman Dan Perundangan Syariah Di Negeri Sembilan dengan efisien dan berintegriti menepati Maqasid Syariah.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  1. Mengurus dan mengendalikan kes-kes mal dan jenayah secara tepat dan teratur mengikut hukum syarak dan undang-undang mengikut masa yang ditetapkan;
  2. Menguatkuasakan dan melaksanakan penghakiman secara teratur dan berkesan;
  3. Memberi perkhidmatan penyelesaian kes secara alternatif yang berkesan;
  4. Merancang dan membangunkan sumber manusia yang mencukupi, terlatih dan berkompeten; dan
  5. Menyediakan dan mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pentadbiran.

Fungsi Utama[sunting | sunting sumber]

  1. Menguruskan permohonan pendaftaran kes-kes jenayah iaitu Kes Mal, Kes Jenayah dan Faraid.
  2. Menguruskan perbicaraan kes Mal, Jenayah dan Faraid.
  3. Menguruskan perintah-perintah mahkamah.
  4. Menguruskan kes rayuan Mal dan Jenayah.
  5. Menguruskan Surat Akuan Faraid

[1]