Leftenan (Tentera British dan Marin)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Leftenan
Lieutenant

Tanda pangkat
Tentera Darat
Tanda pangkat
Marin Diraja
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Darat United Kingdom Tentera Darat Britain
Marin Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai muda
Singkatan Lt
Persamaan
NATO
OF-1
Pangkat tinggi seterusnya

Kapten

Pangkat rendah seterusnya

Leftenan Kedua

Persamaan pangkat tentera laut Leftenan Madya (RN)
Persamaan pangkat tentera udara Pegawai Pesawat (RAF)

Leftenan (Lieutenant) (UK: /lɛfˈtɛnənt/) ialah pangkat pegawai muda dalam Tentera Darat British dan Marin Diraja. Ia berkedudukan atas Leftenan Kedua dan berada dibawah Kapten dan mempunyai kod pangkat NATO OF-1 dan merupakan pangkat subaltern yang senior. Tidak seperti sesetengah angkatan tentera lain yang menggunakan nama Leftenan Pertama, pangkat British hanyalah dipanggil leftenan, dengan tanpa sebarang nombor. Pangkat ini setara dengan Pegawai Pesawat dalam Royal Air Force (RAF). Walaupun dahulunya dianggap senior kepada leftenan madya Royal Navy (RN), pangkat leftenan dan leftenan madya Tentera Darat British dan Royal Navy kini dianggap mempunyai status yang setara. Pangkat leftenan Tentera Darat adalah sentiasa lebih rendah daripada pangkat leftenan Tentera Laut. Tanda pangkat bahu bagi leftenan ialah dua bintang "Bath" berbucu empat atau 2 paku sebaris dan ditambah singkatan RM bagi pasukan Royal Marines.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Di dalam Tentera Darat British abad ke-21, pangkat ini biasanya dipegang selama tiga tahun. Pelantikan tipikal untuk seorang lieutenant ialah memerintah sebuah platun atau trup yang berjumlah 30 orang askar.[1]

Sebelum tahun 1871, apabila keseluruhan Tentera Darat British beralih menggunakan pangkat semasa "lieutenant", Artileri Diraja, Jurutera Diraja dan rejimen Fusilier menggunakan "first lieutenant" dan "second lieutenant".

Bentuk panggilan[sunting | sunting sumber]

Di United Kingdom, "Lieutenant" ialah satu pangkat yang tidak digunakan sebagai bentuk panggilan, tidak seperti "Captain" dan pangkat lebih tinggi. Seorang Lieutenant bernama Smith dipanggil dan dirujuk sebagai "Encik Smith".[2]

Tanda pangkat bersejarah[sunting | sunting sumber]

Dari 1 April 1918 hingga 31 Julai 1919, Royal Air Force mengekalkan pangkat Leftenan. Ia digantikan dengan pangkat pegawai pesawat pada hari berikutnya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ranks". www.army.mod.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  2. ^ Lieutenant or Second Lieutenant Diarkibkan 2 Disember 2013 di Wayback Machine at debretts.com, accessed 25 November 2013