Leftenan Komander (Royal Navy)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Leftenan Komander
Lieutenant Commander
Lencana bahu dan
jalur lengan Lt.Komander
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera tentera laut United Kingdom Tentera Laut Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai kanan
Singkatan Lt Cdr
Persamaan
NATO
OF-3
Pangkat tinggi seterusnya

Komander

Pangkat rendah seterusnya

Leftenan

Persamaan pangkat tentera darat Mejar (TD/RM)
Persamaan pangkat tentera udara Ketua Skuadron (RAF)

Leftenan Komander (Lieutenant Commander) ialah pangkat pegawai kanan dalam Royal Navy United Kingdom. Ia lebih muda dari komander tetapi lebih kanan dari leftenan tentera laut.

Pangkat setara dalam Tentera Darat British dan Marin Diraja ialah mejar manakala dalam Royal Air Force, adalah Ketua Skuadron.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya terdapat sedikit pangkat pegawai daripada Tentera Darat, pihak Tentera Laut sebelum ini membahagikan beberapa pangkatnya mengikut senioriti untuk memberi kesetaraan: oleh itu seorang lieutenant dengan senioriti kurang dari 8 tahun memakai dua jalur dan setaraf dengan captain tentera darat; lieutenant selama 8 tahun atau lebih memakai dua jalur dengan satu jalur nipis ditengahnya, dan setaraf dengan major. Perbezaan ini dimansuhkan apabila pangkat lieutenant commander telah diperkenalkan pada Mac 1914, walaupun kenaikkan ke pangkat itu kekal automatik selepas senioriti 8 tahun dalam pangkat lieutenant.[1] Kenaikkan pangkat automatik telah dihentikan pada tahun 2000, dengan pengenalan Pay2000 – Model Bayaran Angkatan Tentera, dengan kenaikkan pangkat selepas itu hanya diberikan atas merit.[perlu rujukan]

Insignia[sunting | sunting sumber]

Lencana pangkat yang dipakai oleh lieutenant commander Royal Navy ialah dua jalur berjahit emas setengah inci dengan jalur emas satu suku inci di tengahnya, serta berlatarbelakangkan warna biru kelasi.[1] Terdapat gelung di baris yang paling atas, kecuali pangkat midshipman. RAF mengikuti corak ini melalui pangkat Ketua Skuadron.

Kor Pemerhati Diraja[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kewujudannya, Royal Observer Corps (ROC) British mengekalkan pangkat observer lieutenant commander. ROC memakai uniform Royal Air Force dan lencana pangkat mereka tampak serupa dengan squadron leader RAF kecuali jalur berwarna hitam (biasa warna emas). Sebelum penamaan semula, pangkat itu dikenali sebagai observer lieutenant (kelas pertama).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Lieutenant-Commander (Royal Navy) – The Dreadnought Project". www.dreadnoughtproject.org. Dicapai pada 2023-05-04.