Konvensyen Genosid
Konvensyen Genosid | |
---|---|
Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid | |
Ditandatangani | 9 Disember 1948 di Palais de Chaillot, Paris, Perancis |
Berkuat kuasa | 12 Januari 1951 |
Penandatangan | 39 |
Pihak | 152 (senarai penuh) |
Pemegang simpanan | Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Genocide Convention di Wikisumber | |
sunting |
Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid (CPCCG) atau Konvensyen Genosid (Jawi: كونۏينشن ڤنچݢهن دان حكومن جنايه ڬينوسيد atau کونۏينشن ڬينوسيد ) ialah sebuah perjanjian antarabangsa yang menjenayahkan pembasmian kaum dan mewajibkan negara-negara anggota untuk menguatkuasakan pengharamannya. Ia merupakan instrumen undang-undang pertama yang mengkanunkan pembasmian kaum sebagai jenayah, dan perjanjian hak asasi manusia pertama yang diterima pakai sebulat suara oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pada 9 Disember 1948, semasa sesi ketiga Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[1] Konvensyen ini mula berkuat kuasa pada 12 Januari 1951 dan mempunyai 152 negara anggota setakat 2022.
Konvensyen Genosid diwujudkan akibat Perang Dunia II, terutamanya kerana peristiwa dahsyat seperti Holokus. Peristiwa itu sangat mengerikan sehingga tidak ada perkataan atau takrifan undang-undang yang sesuai untuk menerangkan dan mengungkapkannya. Seorang peguam Yahudi Poland Raphael Lemkin, yang mencipta istilah genosid pada tahun 1944 untuk menerangkan dasar-dasar Nazi di taklukan Eropahnya dan genosid Armenia, berkempen agar ia diiktiraf sebagai satu jenayah di bawah undang-undang antarabangsa.[2] Ini memuncak pada tahun 1946 dalam sebuah resolusi penting oleh Perhimpunan Agung yang mengiktiraf genosid sebagai jenayah antarabangsa dan menyeru agar perbuatannya dicegah dan dihukum dalam satu perjanjian yang mengikat.[3] Perbincangan dan rundingan antara negara-negara anggota PBB kemudian daripada itu melahirkan CPPCG.
Konvensyen itu mentakrifkan genosid sebagai mana-mana daripada lima "perbuatan yang dilakukan dengan niat untuk memusnahkan, sama ada sepenuhnya atau sebahagian, kelompok bangsa, etnik, kaum atau agama." Lima perbuatan ini termasuk membunuh ahli kelompok itu, menyebabkan mereka mengalami mudarat yang serius dari segi fizikal atau mental, mengenakan keadaan hidup yang bertujuan untuk memusnahkan kelompok itu, menghalang kelahiran, dan memindahkan kanak-kanak secara paksa keluar daripada kelompok itu. Mangsa disasarkan kerana mereka ahli kelompok itu, biar secara benar atau dianggap begitu, bukan secara rawak.[4] Konvensyen itu seterusnya menjenayahkan "perbuatan persubahatan, percubaan, atau penghasutan melakukannya." Negara anggota dilarang daripada terlibat dalam genosid dan diwajibkan menguat kuasa pengharaman ini. Semua pelaku hendaklah dibicarakan tidak kira jika mereka individu persendirian, pegawai awam atau pemimpin politik yang mempunyai kekebalan berdaulat.
CPPCG telah mempengaruhi undang-undang nasional dan antarabangsa. Takrifan genosid telah diterima pakai oleh tribunal antarabangsa dan hibrid, seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa, dan dimasukkan ke dalam undang-undang dalam negeri beberapa negara.[5] Peruntukannya mencerminkan undang-undang adat maka semua negara terikat dengannya sama ada mereka anggota atau tidak. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) juga memutuskan bahawa prinsip-prinsip yang mendasari Konvensyen itu satu norma yang mesti dipatuhi terhadap genosid yang tidak boleh dibatalkan oleh mana-mana kerajaan.[6] Konvensyen Genosid membenarkan bidang kuasa mandatori ICJ untuk mengadili pertikaian, yang telah membawa kepada litigasi antarabangsa seperti kes genosid Rohingya dan pertikaian mengenai pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022.
Takrifan genosid
[sunting | sunting sumber]Perkara 2 Konvensyen berkenaan mentakrifkan genosid sebagai:
... mana-mana daripada tindakan berikut yang dilakukan dengan niat untuk memusnahkan, secara keseluruhan atau sebahagian, kelompok bangsa, etnik, kaum atau agama, seperti berikut:
- (a) Membunuh ahli kelompok;
- (b) Menyebabkan kemudaratan yang serius dari segi fizikal atau mental kepada ahli kelompok;
- (c) Melakukan dengan sengaja ke atas kelompok keadaan hidup yang dirancang untuk membawa kepada pemusnahan fizikalnya secara keseluruhan atau sebahagian;
- (d) Mengenakan langkah-langkah yang bertujuan untuk mencegah kelahiran dalam kelompok;
- (e) Memindahkan secara paksa kanak-kanak kelompok itu ke kelompok lain.
— Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, Perkara 2[7]
Perkara 3 mentakrifkan jenayah-jenayah yang boleh dihukum di bawah konvensyen itu:
(a) Genosid;
- (b) Konspirasi untuk melakukan genosid;
- (c) Hasutan langsung dan awam untuk melakukan genosid;
- (d) Cubaan untuk melakukan genosid;
- (e) Kelibatan dalam genosid.
— Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, Perkara 3[7]
Konvensyen itu diluluskan untuk mengharamkan perbuatan-perbuatan yang serupa dengan genosid Armenia dan Holokus.[8]
Draf pertama Konvensyen Genosid memasukkan pembunuhan politik tetapi USSR[9] dan beberapa negara lain menafikan bahawa membunuh kelompok pendapat politik atau status sosial itu genosid,[10] maka ketetapan ini dipadamkan sebagai kompromi politik dan diplomatik.
Draf-draf awal juga memuatkan pemusnahan budaya dalam konsep genosid tetapi ini ditentang oleh bekas-bekas negara Eropah kolonial dan beberapa negara peneroka.[11] Perbuatan sedemikian, yang Lemkin pandang sebagai sebahagian daripada konsep genosid, sejak itu sering dibincangkan sebagai genosid budaya (istilah yang juga tidak termaktub dalam undang-undang antarabangsa). Pada Jun 2021, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan garis panduan baharu menyatakan bahawa pemusnahan budaya, apabila berlaku bersama-sama perbuatan genosid lain yang telah diiktiraf, berpotensi menjadi bukti yang menyokong niat jenayah genosid.[12]
Anggota
[sunting | sunting sumber]Setakat Mei 2021[kemas kini], terdapat 152 negara anggota dalam Konvensyen Genosid—majoritinya negara-negara berdaulat—dengan yang terbaharunya Mauritius, pada 8 Julai 2019; satu negara, Republik Dominika, telah menandatangani tetapi tidak meratifikasikan perjanjian itu. Empat puluh empat negara tidak menandatangani mahupun meratifikasikan konvensyen itu.
Walaupun perwakilan Amerika Syarikat mempunyai peranan penting dalam merangka konvensyen itu, mereka bukan anggota sehinggalah tahun 1988—empat puluh tahun selepas ia dibuka untuk ditandatangani[13]—dan berbuat demikian pun dengan reservasi yang menghalang negara mereka dihukum jika ia pernah dituduh melakukan genosid.[14] Ia adalah kerana rakyat Amerika dahulu amat berjaga-jaga dengan mana-mana pihak berkuasa antarabangsa yang mungkin mengatasi undang-undang AS. Konvensyen itu diratifikasikan oleh AS kerana ia dikempenkan oleh Senator William Proxmire, yang berucap di Senat untuk menyokong perjanjian itu setiap hari Dewan Senat berhimpun antara 1967 dan 1986.[15]
Reservasi
[sunting | sunting sumber]Kekebalan daripada didakwa
[sunting | sunting sumber]Beberapa pihak bersetuju untuk meluluskan Konvensyen itu tetapi dengan syarat diberikan kekebalan daripada didakwa kerana genosid tanpa persetujuan kerajaan negara:[16][17]
Permohonan untuk wilayah bukan pemerintahan sendiri
[sunting | sunting sumber]Mana-mana Pihak Pejanji boleh pada bila-bila masa, melalui pemberitahuan yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, perluaskan pemakaian Konvensyen ini kepada semua atau mana-mana wilayah yang hubungan luar negerinya adalah tanggungjawab Pihak Pejanji.
— Konvensyen Mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, Perkara 12[7]
Beberapa negara telah menentang perkara ini, memandangkan konvensyen itu secara automatik juga harus dipakai bagi Wilayah-wilayah Bukan Pemerintahan Sendiri:
Penentangan negara-negara ini kemudian ditentang oleh:
(Walau bagaimanapun, Australia membuat pemberitahuan sedemikian pada masa yang sama konvensyen itu diratifikasikan untuk Australia tanah besar, 8 Julai 1949, menyebabkan konvensyen itu terpakai juga untuk semua wilayah di bawah kawalan Australia secara serentak, seperti USSR dan lain-lain menuntut. Negara-negara kolonial Eropah amnya tidak membuat pemberitahuan sedemikian.)
Litigasi
[sunting | sunting sumber]Amerika Syarikat
[sunting | sunting sumber]Salah satu tuduhan genosid yang pertama dikemukakan kepada PBB selepas Konvensyen itu mula berkuat kuasa adalah berkenaan layanan terhadap warga kulit hitam Amerika. Kongres Hak Sivil merangka petisyen setebal 237 muka surat yang berhujah bahawa walaupun sudah selepas 1945, Amerika Syarikat telah bertanggungjawab atas ratusan kematian yang salah di sisi dan di luar undang-undang, serta banyak lagi perbuatan penganiayaan yang dianggap sebagai genosid. Pemimpin-pemimpin masyarakat Kulit Hitam dan aktivis sayap kiri William Patterson, Paul Robeson dan W. E. B. Du Bois membentangkan petisyen ini kepada PBB pada Disember 1951. Ia ditolak kerana ia menyalahi niat sebenar perjanjian itu.[18] Tuduhan-tuduhan di bawah We Charge Genocide melibatkan penghukumgantungan lebih daripada 10,000 warga Afrika Amerika, dengan purata lebih daripada 100 setahun. Jumlah sebenar mangsa tidak dapat dipastikan ketika itu kerana terdapat kes-kes bunuh yang tidak dilaporkan.[19]
Bekas Yugoslavia
[sunting | sunting sumber]Negara dan pihak-pihak pertama yang disabitkan melanggar Konvensyen Genosid ialah Serbia dan Montenegro, dan ramai pemimpin Serb Bosnia. Dalam Bosnia dan Herzegovina lwn Serbia dan Montenegro, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengeluarkan penghakimannya pada 26 Februari 2007. Serbia didapati bersih daripada penglibatan langsung dalam genosid semasa perang Bosnia. Dapatan Tribunal Antarabangsa telah meneliti dua tuduhan kejadian genosid, satunya kempen pembersihan etnik 1992 di bandar-bandar di seluruh Bosnia, keduanya sabitan pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica pada 1995. Tribunal mendapati, "Tentera Serb Bosnia telah melakukan genosid, mereka menyasarkan kepupusan 40,000 orang Islam Bosnia di Srebrenica ... kamar perbicaraan merujuk kepada jenayah [mereka] dengan nama yang sesuai, genosid ..." Akan tetapi, tiada individu yang disabit atas pembersihan etnik 1992 itu. Beberapa mahkamah negara dan kerajaan mengatakan bahawa peristiwa ini memenuhi kriteria genosid. ICTY juga mendapati perbuatan dan niat untuk memusnahkan telah dipenuhi tetapi niat khusus (dolus specialis) untuk melakukan genosid masih dibahaskan dan dibawa ke MICT (Mekanisme Baki Kes Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah, mahkamah jenayah perang PBB).[20][21] Akhirnya MICT memutuskan bahawa Belgrade telah melanggar undang-undang antarabangsa kerana gagal menghalang genosid Srebrenica 1995, dan kerana gagal membicarakan atau memindahkan orang-orang yang dituduh melakukannya ke ICTY. Ini melanggar kewajipan di bawah Perkara I dan VI Konvensyen Genosid, khususnya berkenaan Jeneral Ratko Mladić.[22][23]
Myanmar
[sunting | sunting sumber]Myanmar telah dituduh melakukan genosid terhadap komuniti Rohingya di Negeri Rakhine selepas kira-kira 800,000 Rohingya melarikan diri selepas diancam kerajaan dengan senjata ke negara jiran Bangladesh pada 2016 dan 2017, manakala kampung asal mereka dibakar dengan sistematik. Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memberikan pekeliling pertamanya pada 2018 meminta Myanmar melindungi kaum Rohingya daripada genosid.[24][25][26] Kerajaan awam Myanmar telah diguling tentera pada 1 Februari 2021; memandangkan tentera Myanmar pelaku utama genosid tersebut, rampasan kuasa itu telah membuatkan usaha ICJ semakin mencabar.
Rusia
[sunting | sunting sumber]Tuduhan Rusia bahawa Ukraine melakukan genosid
[sunting | sunting sumber]Pada Februari 2022, Rusia menceroboh Ukraine, mengatakan bahawa ia bertindak, antara sebab-sebabnya, untuk melindungi orang Ukraine yang penutur Rusia daripada dibunuh beramai-ramai. Tuduhan Rusia yang tidak berasas dan palsu ini telah dikecam oleh berbagai-bagai pihak, dan pakar penyelidikan genosid memanggilnya tuduhan dalam cermin, taktik hasutan genosid yang kuat dan pernah digunakan dalam sejarah.[27]
Kekejaman Rusia di Ukraine
[sunting | sunting sumber]Tentera Rusia melakukan banyak kekejaman dan jenayah perang di Ukraine, termasuk kesemua lima tindakan yang berpotensi dikira genosid disenaraikan dalam Konvensyen Genosid. Kanada, Czechia, Estonia, Ireland, Latvia, Lithuania, Poland dan Ukraine telah menuduh Rusia melakukan genosid. Pada April 2022, Genocide Watch memberi amaran bahawa mungkin ada genosid berlaku di Ukraine.[28][29] Laporan Mei 2022 oleh 35 pakar undang-undang dan genosid menerbitkan laporan bahawa Rusia telah melanggar Konvensyen Genocide dengan menggalakkan dan menggesa orang ramai untuk melakukan genosid secara terbuka. Ia juga mengatakan bahawa tindakan zalim tentera Rusia menunjukkan bahawa mereka mahu memusnahkan rakyat Ukraine, bermakna kaum mereka dalam risiko untuk dibasmi. Maka negara-negara penandatangan wajib menghalangnya.[30][27]
Israel
[sunting | sunting sumber]Pada Disember 2023, Afrika Selatan secara rasminya menuduh Israel melanggar Konvensyen Genosid, memfailkan kes Afrika Selatan lwn Israel (Konvensyen Genosid), disebabkan tindakan-tindakan Israel semasa Perang Israel-Palestin. Selain memulakan proses litigasi, Afrika Selatan juga meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa tuntut Israel menghentikan operasi ketenteraan mereka di Genting Gaza sebagai langkah sementara.[31][32]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Senarai anggota Konvensyen Genosid
- Negara anggota Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa
- Statut Rom
- Senarai genosid
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide" (PDF). United Nations Audiovisual Library of International Law. Dicapai pada 2020-01-05.
- ^ Auron, Yair, The Banality of Denial, (Transaction Publishers, 2004), 9.
- ^ "A/RES/96(I) - E - A/RES/96(I) -Desktop". undocs.org. Dicapai pada 2021-06-03.
- ^ "Genocide Background". United Nations Office on Genocide Prevention and the Responsibility to Protect.
- ^ "United Nations Office on Genocide Prevention and the Responsibility to Protect". www.un.org. Dicapai pada 2021-06-03.
- ^ "United Nations Office on Genocide Prevention and the Responsibility to Protect". United Nations. Dicapai pada 2023-11-24.
ICJ juga telah menyatakan bahawa larangan genosid adalah norma perundangan antarabangsa (atau ius cogens) dan akibatnya, tiada peringanan dibenarkan.
- ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaConvention-text
- ^ Verhoeven, J. (2017). The Armenian Genocide and International Law. Dalam Looking Backward, Moving Forward (hlm 137-155). Routledge. – "Tetap ada pihak yang berkata orang Armenia tiada hak yang boleh diadili, kerana Konvensyen Genosid hanya diterima pakai pada tahun 1948, lebih daripada tiga puluh tahun selepas genosid Armenia, dan kerana perjanjian biasanya tidak digunakan untuk peristiwa yang berlaku sebelumnya. Ini tentunya adalah satu falasi, kerana Konvensyen Genosid telah digubal dan diterima pakai sebenarnya kerana genosid Armenia dan kerana Holokus."
- ^ Robert Gellately & Ben Kiernan (2003). The Specter of Genocide: Mass Murder in Historical Perspective. Cambridge, UK: Cambridge University Press. m/s. 267. ISBN 0-521-52750-3.
yang mana Stalin mungkin bimbang dan ingin mengelakkan penyingkiran saingan politiknya diteliti sebagai genosid.
- ^ Staub, Ervin (1989). The Roots of Evil: The Origins of Genocide and Other Group Violence. Cambridge, UK: Cambridge University Press. m/s. 8. ISBN 0-521-42214-0.
- ^ C. Luck, Edward (2018). "Cultural Genocide and the Protection of Cultural Heritage. J. Paul Getty Trust Occasional Papers in Cultural Heritage Policy Number 2, 2018" (PDF). J Paul Getty Trust. m/s. 24.
Kuasa kolonial semasa atau bekas—Belgium, Denmark, Perancis, Belanda, dan United Kingdom—menentang rujukan kepada genosid budaya dikekalkan dalam draf konvensyen. Begitu juga negara-negara peneroka yang telah mengalihhunikan orang asli tetapi sebaliknya adalah juara pembangunan piawaian hak asasi manusia antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Sweden, Brazil, New Zealand dan Australia.
- ^ International Criminal Court (ICC), Office of the Prosecutor. "Policy on Cultural Heritage" (PDF). ICC.
- ^ Korey, William (March 1997). "The United States and the Genocide Convention: Leading Advocate and Leading Obstacle". Ethics & International Affairs. 11: 271–290. doi:10.1111/j.1747-7093.1997.tb00032.x.
- ^ Bradley, Curtis A.; Goldsmith, Jack L. (2000). "Treaties, Human Rights, and Conditional Consent" (PDF). University of Pennsylvania Law Review. doi:10.2139/SSRN.224298. SSRN 224298.
Amerika Syarikat melampirkan reservasi kepada pengesahan Konvensyen Genosid, contohnya, menyatakan bahawa "sebelum sebarang pertikaian yang mana Amerika Syarikat adalah pihak boleh diserahkan kepada bidang kuasa Mahkamah Keadilan Antarabangsa di bawah [Perkara IX Konvensyen Genosid], persetujuan khusus Amerika Syarikat diperlukan dalam setiap kes."
- ^ "U.S. Senate: William Proxmire and the Genocide Treaty". www.senate.gov. Dicapai pada 2021-06-03.
- ^ Prevent Genocide International: Declarations and Reservations to the Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide
- ^ United Nations Treaty Collection: Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide Diarkibkan 20 Oktober 2012 di Wayback Machine, STATUS AS AT: 1 October 2011 07:22:22 EDT
- ^ John Docker, "Raphaël Lemkin, creator of the concept of genocide: a world history perspective", Humanities Research 16(2), 2010.
- ^ "UN Asked to Act Against Genocide in the United States". The Afro-American. 22 December 1951. Dicapai pada 18 October 2022.
- ^ Chambers, The Hague. "ICTY convicts Ratko Mladić for genocide, war crimes and crimes against humanity | International Criminal Tribunal for the former Yugoslavia". www.icty.org (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Hudson, Alexandra (26 February 2007). "Serbia cleared of genocide, failed to stop killing". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 March 2007.
- ^ "ICJ:Summary of the Judgment of 26 February 2007 – Bosnia v. Serbia". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 June 2011. Dicapai pada 19 January 2008.
- ^ Court Declares Bosnia Killings Were Genocide The New York Times, 26 February 2007. A copy of the ICJ judgement can be found here Diarkibkan 28 Februari 2007 di Wayback Machine
- ^ "Top UN court orders Myanmar to protect Rohingya from genocide". UN News (dalam bahasa Inggeris). 2020-01-23. Dicapai pada 2021-01-20.
- ^ "Interview: Landmark World Court Order Protects Rohingya from Genocide" (dalam bahasa Inggeris). 2020-01-27. Dicapai pada 2021-01-20. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Paul, Stephanie van den Berg, Ruma (2020-01-23). "World Court orders Myanmar to protect Rohingya from acts of genocide". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-20.
- ^ a b "Independent Legal Analysis of the Russian Federation's Breaches of the Genocide Convention in Ukraine and the Duty to Prevent" (PDF). New Lines Institute for Strategy and Policy; Raoul Wallenberg Centre for Human Rights. 27 May 2022. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2022-06-16. Dicapai pada 2022-07-22.
- ^ "Genocide Emergency Update: Ukraine". Genocide Watch. April 13, 2022.
- ^ "Genocide Emergency: Ukraine". Genocide Watch. September 4, 2022.
- ^ "Russia is guilty of inciting genocide in Ukraine, expert report concludes". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2022-05-27. Dicapai pada 2022-12-24.
- ^ Corder, Mike (29 December 2023). "South Africa launches case at top UN court accusing Israel of genocide in Gaza". AP News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 January 2024.
- ^ "APPLICATION INSTITUTING PROCEEDINGS" (PDF). INTERNATIONAL COURT OF JUSTICE. Dicapai pada 2 January 2024.
Ralat petik: Tag <ref>
dengan nama dengan nama "Convention-text" yang ditentukan dalam kumpulan <references>
"" tidak mempunyai kandungan.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Tams, Christian J.; Berster, Lars; Schiffbauer, Björn (2024). The Genocide Convention – Article-by-Article Commentary, edisi ke-2. CH Beck / Nomos / Hart Publishing, ISBN 978-3-406-81272-9
- Henham, Ralph J.; Chalfont, Paul; Behrens, Paul (Editor 2007). The criminal law of genocide: international, comparative and contextual aspects, Ashgate Publishing, Ltd.,ISBN 0-7546-4898-2, ISBN 978-0-7546-4898-7 hlm. 98
- Weiss-Wendt, Anton (2017). The Soviet Union and the Gutting of the UN Genocide Convention (dalam bahasa Inggeris). Madison: University of Wisconsin Press. ISBN 978-0-299-31290-9.
- Nota pengenalan oleh William Schabas dan nota sejarah prosedur mengenai Konvensyen Genosid dalam Arkib Bersejarah Perpustakaan Audiovisual Undang-undang Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
- Semua rencana yang mengandungi kenyataan yang mungkin lapuk dari Mei 2021
- Perjanjian Republik Rakyat Poland
- Perjanjian Republik Rakyat Hungary
- Perjanjian diperluas ke Berlin Barat
- Perjanjian diperluas ke Hong Kong British
- Perjanjian diperluas ke Kepulauan Faroe
- Perjanjian diperluas ke Greenland
- Perjanjian diperluas ke Kepulauan Cocos (Keeling)
- Perjanjian diperluas ke Pulau Norfolk
- Perjanjian diperluas ke Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha
- Perjanjian diperluas ke Kepulauan Pitcairn
- Perjanjian diperluas ke Kepulauan Turks dan Caicos
- Perjanjian diperluas ke Pulau Man
- Perjanjian diperluas ke Gibraltar
- Perjanjian diperluas ke Kepulauan Falkland
- Perjanjian diperluas ke Jersey
- Perjanjian diperluas ke Guernsey
- Perjanjian diperluas ke Kepulauan Virgin British
- Perjanjian diperluas ke Bermuda
- Perjanjian Tanjung Verde
- Perjanjian Ireland
- Perjanjian Zimbabwe
- Perjanjian Republik Arab Yaman
- Perjanjian Yaman Selatan
- Perjanjian Vietnam
- Perjanjian Uzbekistan
- Perjanjian Uruguay
- Perjanjian Amerika Syarikat
- Perjanjian United Kingdom
- Perjanjian Emiriah Arab Bersatu
- Perjanjian Republik Sosialis Soviet Ukraine
- Perjanjian Uganda
- Perjanjian Turki
- Perjanjian Tunisia
- Perjanjian Tonga
- Perjanjian Togo
- Perjanjian Tanzania
- Perjanjian Switzerland
- Perjanjian Sweden
- Perjanjian Republik Sudan (1985–2011)
- Perjanjian Dominion Ceylon
- Perjanjian Korea Selatan
- Perjanjian Afrika Selatan
- Perjanjian Slovenia
- Perjanjian Slovakia
- Perjanjian Singapura
- Perjanjian Seychelles
- Perjanjian Yugoslavia
- Perjanjian Serbia dan Montenegro
- Perjanjian Senegal
- Perjanjian Arab Saudi
- Perjanjian Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
- Perjanjian Rwanda
- Perjanjian Kesatuan Soviet
- Perjanjian Republik Sosialis Romania
- Perjanjian Makedonia Utara
- Perjanjian Portugal
- Perjanjian Filipina
- Perjanjian Peru
- Perjanjian Paraguay
- Perjanjian Panama
- Perjanjian Pakistan
- Perjanjian Norway
- Perjanjian Korea Utara
- Perjanjian Nicaragua
- Perjanjian New Zealand
- Perjanjian Belanda
- Perjanjian Nepal
- Perjanjian Namibia
- Perjanjian Republik Rakyat Mozambique
- Perjanjian Maghribi
- Perjanjian Montenegro
- Perjanjian Republik Rakyat Mongolia
- Perjanjian Monaco
- Perjanjian Moldova
- Perjanjian Mexico
- Perjanjian Mauritius
- Perjanjian Mali
- Perjanjian Maldives
- Perjanjian Malaysia
- Perjanjian Luxembourg
- Perjanjian Lithuania
- Perjanjian Liechtenstein
- Perjanjian Jamahiriyah Arab Libya
- Perjanjian Liberia
- Perjanjian Lesotho
- Perjanjian Lubnan
- Perjanjian Latvia
- Perjanjian Kyrgyzstan
- Perjanjian Kuwait
- Perjanjian Kazakhstan
- Perjanjian Jordan
- Perjanjian Jamaica
- Perjanjian Itali
- Perjanjian Israel
- Perjanjian India
- Perjanjian Iceland
- Perjanjian Honduras
- Perjanjian Haiti
- Perjanjian Guinea-Bissau
- Perjanjian Guinea
- Perjanjian Guatemala
- Perjanjian Ghana
- Perjanjian Jerman Timur
- Perjanjian Jerman Barat
- Perjanjian Georgia
- Perjanjian Gambia
- Perjanjian Gabon
- Perjanjian Finland
- Perjanjian Fiji
- Perjanjian Empayar Habsyah
- Perjanjian Estonia
- Perjanjian El Salvador
- Perjanjian Ecuador
- Perjanjian Dominika
- Perjanjian Denmark
- Perjanjian Czechoslovakia
- Perjanjian Republik Czech
- Perjanjian Cyprus
- Perjanjian Cuba
- Perjanjian Croatia
- Perjanjian Côte d'Ivoire
- Perjanjian Costa Rica
- Perjanjian Comoros
- Perjanjian Colombia
- Perjanjian Republik Rakyat China
- Perjanjian Chile
- Perjanjian Kanada
- Perjanjian Burundi
- Perjanjian Myanmar
- Perjanjian Burkina Faso
- Perjanjian Republik Rakyat Bulgaria
- Perjanjian Bosnia dan Herzegovina
- Perjanjian Bolivia
- Perjanjian Belgium
- Perjanjian Republik Sosialis Soviet Belarusia
- Perjanjian Barbados
- Perjanjian Bangladesh
- Perjanjian Bahrain
- Perjanjian Bahamas
- Perjanjian Azerbaijan
- Perjanjian Austria
- Perjanjian Australia
- Perjanjian Armenia
- Perjanjian Argentina
- Perjanjian Antigua dan Barbuda
- Perjanjian Andorra
- Perjanjian Algeria
- Perjanjian Republik Sosialis Rakyat Albania
- Penghapusan etnik
- Perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu