Cathay Pacific

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cathay Pacific Airways
國泰航空
IATA
CX
ICAO
CPA
Callsign
CATHAY
Ditubuhkan 24 September 1946 (1946-09-24) (72 tahun yang lalu)
Hab Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
Hab kedua Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan
Program kesetiaan
  • Asia Miles
  • The Marco Polo Club
Perikatan Oneworld
Subsidiari
Pesawat 146
Destinasi 77
Slogan syarikat Life Well Travelled
Syarikat induk Swire
Ibu pejabat Cathay City, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, Chek Lap Kok, Hong Kong[1]
Tokoh utama
Pendapatan HK$97.284 billion (2017)[2]
Pendapatan operasi HK$-580 juta (2017)
Pendapatan bersih −HK$888 juta (2017)
Pekerja 22,700 (2017, Cathay Pacific), 32,700 (2017, termasuk subsidiari)[2]
Laman web cathaypacific.com
Cathay Pacific Airways Limited
Cina Tradisional: 國泰航空有限公司
Cina Ringkas: 国泰航空有限公司
Cathay Pacific Airways
Tulisan Tradisional: 國泰航空
Tulisan Ringkas: 国泰航空

Cathay Pacific Airways Limited adalah syarikat penerbangan kebangsaan untuk Hong Kong, dengan ibu pejabat dan hab utama terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Operasi syarikat penerbangan ini dan subsidiari membawa penumpang dan perkhidmatan kargo ke lebih daripada 190[3][4] destinasi di lebih daripada 60 buah negara termasuk perjanjian perkongsian dan joint ventures. Cathay Pacific beroperasi dengan pesawat berbadan lebar, terdiri daripada Airbus A330, Airbus A350 dan Boeing 777.[5] Cathay Pacific Cargo beroperasi dengan dua model pesawat Boeing 747. Syarikat subsidiari milik penuh Cathay Dragon terbang ke 44 destinasi di rantau Asia-Pasifik dari Hong Kong. Pada 2010, Cathay Pacific dan Cathay Pacific Cargo, bersama dengan Dragonair (dijenama semula Cathay Dragon), membawa hampir 27 juta penumpang dan lebih 1.8 juta tan kargo dan pos.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Cathay Pacific ditubuhkan di Shanghai pada 24 September 1946 dan pelopornya ialah Roy Farrell dan Sydney de Kantzow. Kedua-dua mereka adalah bekas tentera udara yang biasa dengan kawasan Himalaya. Sebagai permulaan, Cathay Pacific menggunakan sebuah Douglas C-47 untuk menghubungkan Hong Kong dengan Sydney, Manila, Singapura, Shanghai dan Guangzhou. Pada tahun 1948, Butterfield & Swires menjadi pemegang saham minoriti dalam penerbangan ini dan kemudiannya berjaya menguasai 52% saham Cathay Pacific.

Melalui pembelian pesaingnya Hong Kong Airways pada tahuhn 1959, Cathay Pacific mula mengembangkan operasinya dan membeli Convair 880 pada tahun 1967. Operasi ke Jepun juga dimulakan pada tahun yang sama. Era 70-an dan 80-an menyaksikan perkembangan aviasi asia yang pesat sekaligus menyumbang kepada perkembangan Cathay Pacific. Krisis ekonomi Asia pada lewat 90-an dan serangan SARS memberi tamparan yang hebat kepada Cathay Pacific.

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Boeing 747-400 Cathay Pacific
Pesawat semasa Cathay Pacific

Cathay Pacific mempunyai armada 101 pesawat, 36 daripadanya mempunyai 3 kelas perkhidmatan (Pertama, Perniagaan dan Ekonomi) untuk penerbangan jarak jauh dan 47 mempunyai 2 kelas perkhidmatan (Perniagaan dan Ekonomi) untuk penerbangan jarak dekat dan seahagian penerbangan jarak jauh. Syarikat ini juga mempunyai 16 buah kapal terbang pengangkut.

Seperti pada September 2018, pesawat penumpang Cathay Pacific terdiri daripada berikut:[6][7]

Pesawat Cathay Pacific
Pesawat Dalam perkhidmatan Tempahan Penumpang Nota
F B P E Jumlah
Airbus A330-300 34[8] 24 293 317 Sebuah pesawat dengan Oneworld livery.
39 21 191 251
39 223 262
Airbus A350-900 22[8] 6[8] 38 28 214 280
Airbus A350-1000 4 16 46 32 256 334[9]
Boeing 777-200 3 42 293 335 Akan ditamatkan.
Boeing 777-300 13 4 42 396 438 Sebuah pesawat dengan The Spirit of Hong Kong (2017) livery
Lima buah pesawat terpakai akan ditambah mulai 2018.
42 356 398 Akan dikonfigurasi semula kepada 438 tempat duduk[10]. Pelanggan pertama
Boeing 777-300ER 52 6 53 34 182 275 Akan dikonfigurasi semula kepada 294 tempat duduk[11]
6 53 34 201 294
40 32 268 340 Akan dikonfigurasi semula kepada 368 tempat duduk[12]
40 32 296 368
Boeing 777-9 21[13]
TBA
Jumlah 127 47

Destinasi[sunting | sunting sumber]

Cathay Pacific terbang hampir ke seluruh benua Asia, Eropah dan Amerika Utara. Penyertaannya ke dalam Persekutuan One World turut menyumbang kepada liputan perkhidmatannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan HQReg tidak disediakan
  2. ^ a b https://www.cathaypacific.com/content/dam/cx/about-us/investor-relations/interim-annual-reports/en/2017_annual_report_en.pdf
  3. ^ Cathay Pacific (2017). Cathay Pacific Airways Limited – CATHAY PACIFIC FACT SHEET 2017 (Laporan). http://downloads.cathaypacific.com/cx/press/cxw/CX_Fact%20Sheet_en.pdf.
  4. ^ Cathay Pacific (2016). Cathay Pacific Airways Limited – Interim Report 2016 (Laporan). m/s 1. https://www.cathaypacific.com/content/dam/cx/about-us/investor-relations/interim-annual-reports/en/2016_cx_interim_report_en.pdf. Diperolehi 23 December 2016.
  5. ^ "Airline Fleet - Cathay Pacific". www.cathaypacific.com. 
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan officialfleet tidak disediakan
  7. ^ "Cathay Pacific Fleet Details and History". 
  8. ^ a b c Airbus Orders and Deliveries (XLS), accessed via "Orders and Deliveries". Airbus. 30 April 2018. Dicapai 13 May 2018. 
  9. ^ "Airbus A350-1000 features and seating plan". Cathay Pacific. Dicapai 21 December 2017. 
  10. ^ onemileatatime.boardingarea.com - Cathay Pacific’s 777s Are Getting Tighter Economy Seats & Wifi - One Mile at a Time retrieved 30 June 2018
  11. ^ onemileatatime.boardingarea.com - Cathay Pacific’s 777s Are Getting Tighter Economy Seats & Wifi - One Mile at a Time retrieved 30 June 2018
  12. ^ onemileatatime.boardingarea.com - Cathay Pacific’s 777s Are Getting Tighter Economy Seats & Wifi - One Mile at a Time retrieved 30 June 2018
  13. ^ boeing.com - Orders & Deliveries retrieved 20 February 2017

Pautan luar[sunting | sunting sumber]