Batu Enam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Batu Enam

Batu Enam atau disebut Batu Anam merupakan sebuah bandar di Daerah Segamat, Johor, Malaysia. Batu Enam dikelilingi oleh estet kelapa sawit dan ladang getah. Kebanyakan penduduk di pekan ini bekerja sebagai penjawat awam, petani, peniaga dan bekerja sendiri.

Terdapat tiga buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah di Batu Anam.

  1. ) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Batu Anam
  2. ) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Nan
  3. ) Sekolah Kebangsaan Batu Anam
  4. ) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Fortrose
  5. ) Sekolah Kebangsaan Tambang
  6. ) Sekolah Kebangsaan Simpang Loi
  7. ) Sekolah Kebangsaan Mensudut Pindah
  8. ) Sekolah Kebangsaan Palong Timur
  9. ) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kenangan
  10. ) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Arshad
  11. ) Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Timur

Sekolah Kebangsaan Batu Anam menamatkan operasi pada 2009 sebelum berpindah di sebelah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kenangan.Selain itu pekan ini juga menempatkan Kolej Komuniti Segamat 2 ,Pusat Latihan Polis Segamat dan Institut Latihan MARA. Universiti Teknologi MARA cawangan Johor juga terletak kira-kira 15 minit pemanduan dari pekan Batu Anam.

Terdapat beberapa buah kampung dan taman-taman perumahan di Batu Anam. Antaranya :-

  • Kampung Awat
  • Kampung Kenangan
  • Kampung Paya Lang
  • Kampung Paya Lebar
  • Kampung Simpang Loi
  • Taman Bintang-Bintang
  • Taman Damai
  • Taman Desa India
  • Taman KSM
  • Taman Mina
  • Taman Permai
  • Perumahan Melayu
  • Taman Rumah Rakyat
  • Taman Sri Alam 1&2
  • Taman Sri Emas Jaya
  • Taman Mewah
  • Taman Mawar
  • Taman Seri Seruling
  • Taman Seri Cahaya
  • Taman Perumahan Rakyat

Pekan berdekatan[sunting | sunting sumber]