Buloh Kasap
Bandar Buloh Kasap ialah sebuah nama sebuah mukim dalam Daerah Segamat, Johor, Malaysia.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Nama Bandar Buloh Kasap diambil sempena sejenis buluh yang banyak terdapat di sini sewaktu mula-mula dibuka. Dikatakan rumpun buluh tersebut banyak didapati dikawasan pangkalan lama dan kawasan jambatan lama dan pasar lama Buluh Kasap. Buluh kasap diambil daripada perkataan Melayu yang bermaksud 'Buluh yang mempunyai ruas yang kasar'.
Jambatan Bersejarah Bandar Buloh Kasap[sunting | sunting sumber]
Jambatan Buloh Kasap telah dibina oleh kerajaan British semasa pembinaan Jalan Persekutuan No. 1 dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam. Walau bagaimanapun, Tentera British pada ketika itu terpaksa meletupkan sebahagian jambatan semasa Perang Dunia II bagi menyekat dan melambatkan kemaraan tentera Jepun ke Singapura. Selepas Perang tamat, jambatan itu dibaikpulih dan digunakan semula. Jambatan baru yang telah dibina bersebelahan jambatan bersejarah ini pada tahun 60an. Jambatan lama Buloh Kasap masih ada sehingga kini dan dikenali sebagai 'Jambatan Putus'.
Penduduk terkenal[sunting | sunting sumber]
Datin Seri Normala Shamsuddin, bekas pengacara TV3 telah dibesarkan di Kampung Kuing Patah, Buloh Kasap, Segamat. Selain itu, beliau juga adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Batu Anam
Kawasan Perumahan dan Kampung dalam Bandar Buloh Kasap segamat[sunting | sunting sumber]
- Kampung Teluk Kelubi
- Kampung Batu Lima
- Kampung Tandong
- Kampung Kuala Tandong
- Kampung Sanglang
- Kampung Teluk Limau Hantu
- Kampung Bukit Tangkong
- Kampung Serdang
- Kampung Bukit Keman
- Kampung Kuing Patah @ Kruing Patah
- Kampung Kuala Tandong
- Kampung Baru (Perkampungan Cina)
- Taman Wijaya
- Taman Mewah
- Taman Bukit Makmur
- Taman Hasfa Tunas
- Taman Suria
- Taman Rebana
- Taman Buluh Kasap
- Bandar Taman Yayasan1dan 2
- Kampung Seberang Stesen
- Rumah Kilat (Perumahan Kos Rendah)
- Kampung Bukit Tangkong
Pekan berdekatan[sunting | sunting sumber]
Koordinat: 2°33′N 102°46′E / 2.550°N 102.767°E