Kampung Tengah, Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Tengah adalah nama sebuah bandar kecil dan kampung di Daerah Segamat, Johor, Malaysia. Ia terletak betul-betul antara kampung gubah di bahagian timur, dan kampung tungku tiga di bahagian barat.Kampung Tengah juga dibahagi kepada dua bahagian utama, bahagian kampung Melayu dan Perkampungan Baru Cina, iaitu kedua-duanya dipisahkan oleh Sungai Kapeh.

Ketika kampung ini pada mulanya ditubuhkan oleh peneroka Melayu, bahagian Perkampungan Baru Cina juga ditubuhkan oleh British sebagai sebahagian Rancangan Briggs ketika zaman Darurat. Pada masa itu, bandar kecil telah diberi nama ringkas sebagai "50 Ekar" kerana jumlah keluasan bagi Perkampungan Baru.

Dalam kawasan Kampung Tengah, Segamat, terdapat 2 buah kampung iaitu Kampung Mengkudu yang berfungsi sebagai perkampungan melayu dan Kampung Baru Kampung Tengah berfungsi sebagai perkampungan cina.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]