Majlis Perbandaran Muar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi pasukan bolasepak, lihat Majlis Perbandaran Muar FC.
Majlis Perbandaran Muar
مجليس ڤربندرن موار

MP MUAR
Muarlogo.JPG
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Yang Dipertua (YDP)
Mustaffa Kamal Shamsudin[1]
Moto
CEKAP AMANAH DINAMIK MAKMUR
Tempat persidangan
Muar Municipal Council
Majlis Perbandaran Muar,
Karung Berkunci No.516,
84009 Muar,
Johor Darul Ta'zim
Laman sesawang
www.mpmuar.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Perbandaran Muar (MPM) (مجليس ڤربندرن موار, Muar Municipal Council) adalah kerajaan tempatan yang bertanggungjwab mentadbir perbandaran Muar, Johor Darul Ta'zim.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengisyhtiharan Majlis Perbandaran Muar telah di sempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor pada 14 April 2001. Majlis Perbandaran Muar yang suatu ketika dahulu di kenali sebagai Majlis Daerah Muar Selatan (Di bawah Akta Kerajaan Tempatan, peruntukan peruntukan sementara 1973) merangkumi 17 buah mukim yang sehingga kini di duduki hampir 230, 000 orang penduduk pelbagai etnik.

Visi, Misi dan Objektif[sunting | sunting sumber]

VISI

  • MENJADIKAN MUAR SEBAGAI BANDAR MAHARANI BANDAR DIRAJA YANG UNIK DAN MAMPAN KE ARAH BANDAR WARISAN, PEMBUDAYAAN ILMU, DAM MESRA ALAM (HIJAU) MENJELANG TAHUN 2020.

MISI

  • PEMERKASAAN TADBIR URUS PERKHIDMATAN PERBANDARAN MUAR SECARA EFISIEN, PROAKTIF, INOVATIF DAN BERINTEGRITI BAGI MENINGKATKAN MUTU PERBANDARAN YANG SEJAHTERA DAN MAMPAN DEMI KESELESAAN DAN KESEJAHTERAAN WARGA PERBANDARAN.

Objektif

  • "Merancang dan mengawal pembangunan bagi mewujudkan sebuah Bandar Sejahtera dan Maju"
  • "Memastikan undang-undang dan peraturan dikuatkuasakan dengan adil dan bijaksana"
  • "Menyediakan kemudahan sosial yang lengkap dan teratur bagi
  • "Melahirkan masyarakat berbudaya sihat"
  • "Mewujudkan organisasi berinformasi dan inovatif"
  • "Mengamalkan pengurusan Mesra Rakyat"

Objektif Penubuhan MPM
Berbekalkan motto "CEKAP AMANAH DINAMIK MAKMUR", MPM menyasarkan untuk menjadi sebuah agensi kerajaan yang terunggul di daerah Muar. MPM mempunyai wawasan untuk menjadi pusat kecemerlangan (Centre Of Excellence) di kalangan pihak berkuasa tempatan. MPM juga berusaha untuk mengubah imej tradisi dan mengekalkan kesinambungan antara masyarakat dan pihak kerajaan.


Majlis Perbandaran Muar telah menggariskan beberapa objektif yang harus di jadikan panduan oleh setiap pekerja di sini bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang tinggi dan dinamik. Antara objektif penubuhan MPM adalah :-

  • Memberi Perkhidmatan sebaik mungkin kepada pembayar pembayar cukai, mengatur dan mengawal pembangunan di kawasan pentadbiran.
  • Mempertingkatkan prestasi pentadbiran dan pengurusan.
  • Mempertingkatkan kebersihan dan perancangan pembangunan dalam semua sektor di kawasan pentadbirannya supaya menjadi lebih tersusun dan seimbang.
  • Memperindahkan kawasan MPM sejajar dengan aspirasi dan harapan kerajaan.
  • Menambahkan penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan atau perniagaan serta menyusun semula masyarakat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Portal rasmi Majlis Perbandaran Muar