Masai, Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Masai

Masai adalah sebuah bandar terletak di timur Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia dan dianggap menjadi bahagian tertua Johor Bahru. Ia terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar Johor Bahru. Masai terletak di jalan J10 yang menghala ke Kong Kong, satu perkampungan di sepanjang Sungai Johor.

Banyak bangunan-bangunan lama sebelum perang yang masih kukuh. Masai, seperti kebanyakan pekan di daerah Johor Bahru, mempunyai penduduk luar bandar, pekerja-pekerja, kaum petani dan peladang getah sepanjang awal dan pertengahan abad ke-20.

Masai terkenal ketika 70-an sebagai satu emporium yang murah, dengan barangan elektronik dan barang-barang pengguna. Kerana berhampiran dengan Pasir Gudang, kini kedainya dipernuhi oleh pembeli dari Pasir Gudang serta penduduk yang sedang membangun dengan pantas seperti dari kawasan perumahan berdekatan seperti Kota Masai, Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Taman Megah Ria, Nusa Damai, Taman Scientex, Kota Puteri dan Taman Bukit Dahlia.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Masai telah hilang alunan pembangunannya dan terus berubah menjadi bandar kecil iaitu satu daripada banyak bandar-bandar di Johor. Sekolah Rendah Cina Masai kini telah menerima lebih daripada 5000 orang murid. Pasar raya besar seperti Todays dan Tesco kini boleh dijumpai di Masai.