Geseran uvular bersuara
(Dilencongkan dari Malaran tak geser uvular)
Jump to navigation
Jump to search
IPA – nombor | 143 |
IPA – teks | ʁ |
IPA – imej | ![]() |
Entiti | ʁ |
X-SAMPA | R |
Kirshenbaum | g" |
![]() |
Geseran uvular bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʁ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan R dalam X-SAMPA. Konsonan ini ialah salah satu daripada bunyi "R gutural" yang ditemui dalam bahasa-bahasa Eropah.
Memandangkan aksara IPA-nya dikongsi oleh geseran dan malaran tak geser uvular, oleh itu geserannya boleh dinyatakan dengan membubuh tanda uptack, iaitu [ʁ̝]; manakala malaran tak gesernya pula dinyatakan dengan membubuh downtack, iaitu [ʁ̞].
Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]
Ciri-ciri geseran uvular bersuara:
- Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
- Daerah artikulasinya adalah uvular, iaitu disebut dengan belakang lidah (dorsum) menyentuh atau menghampiri anak tekak (uvula).
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.