Monorel Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Melaka Monorail)
Lompat ke: pandu arah, cari
Monorel Melaka
Gerabak monorel Melaka

Melaka Monorail merupakan satu perkhidmatan monorel di Bandaraya Melaka, Melaka. Projek itu yang diusahakan oleh Agibs Engineering and Construction Sdn. Bhd. dan dimiliki oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Kos pembinaan projek ini pada mulanya dianggarkan sebanyak RM 28 Juta tetapi telah berkurang kepada RM 16.5 Juta.[1]Ia mula dibina pada Mei 2008.Pada mulanya, monorel yang dicadangkan dapat memuatkan sebanyak 88 orang tetapi berkurang kepada 22 orang dan bergerak pada kelajuan kira-kira 12 km sejam. Perkhidmatan ini sebenarnya lebih bertujuan perlancongan berbanding untuk pengangkutan awam biasa.Perkhidmatan monorel ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 20 Oktober 2010 bersempena sambutan perasmian Melaka Maju 2010.[2]

Fasa kedua projek monorel ini pada mulanya dirancang dengan landasan yang sedia ada akan disambung dengan 1.6 kilometer lagi landasan bermula di Jambatan Chan Koon Cheng ke The Stadhuys.Namun begitu, ianya diubah dari Stesen Hang Jebat di Taman Rempah ke Jalan Tun Mutahir dan Jalan Tun Ali ke Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya sepanjang 1.3 kilometer.Fasa kedua projek itu juga akan mengandungi satu stesen penyelenggaraan di persimpangan Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir bagi memastikan sistem monorel itu menepati piawaian yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).Antara penambahbaikan yang dilakukan pada fasa kedua projek ini adalah terdapat pintu bantuan kecemasan di gerabak, menyediakan laluan antara gerabak, pusat kawal trafik dan sistem pemindahan automatik selain generator.Proses pembinaan fasa dua bermula pada bulan Disember 2011 dan dijangka siap pada Februari 2013.[3] Namun begitu, projek ini telah terbengkalai.

Laluan[sunting | sunting sumber]

Monorel ini menyelusuri Sungai Melaka sepanjang 1.6 km. Monorel ini mempunyai dua stesen utama iaitu Stesen Monorel Hang Jebat yang terletak di berebelahan Taman Rempah di Pengkalan Rama dan Stesen Monorel Hang Tuah yang terletak berhampiran stesen bas lama Melaka. Keluasan setiap stesen monorel ini ialah seluas 2,500 kaki persegi.

Kelemahan[sunting | sunting sumber]

Antara laluan monorel Melaka yang terbengkalai

Akibat pelbagai masalah yang timbul, perkhidmatan monorel ini pernah dihentikan selama beberapa bulan.[4] Perkhidmatan ini telah tergendala sekurang-kurangnya 22 kali setakat November 2011.[5]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Melaka bakal miliki monorel RM28 juta 2009". Utusan Malaysia. 7 Mac 2008. Dicapai pada 27 Ogos 2015. 
  2. ^ (Inggeris)"Proud day for Malacca". 2010-10-21. Dicapai pada 2010-11-06. 
  3. ^ "Projek monorel kedua tetap diteruskan". Utusan Malaysia. 14 Disember 2011. Dicapai pada 27 Ogos 2015. 
  4. ^ (Inggeris)"Malacca's monorail service comes to a stop". 2010-12-11. Dicapai pada 2011-01-06. 
  5. ^ (Inggeris)Allison Lai (28 November 2011). "Malacca monorail stalls after rain, 18 HK tourists stranded". The Star. Dicapai pada 29 November 2011.