Mr. Os

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Os)
Jump to navigation Jump to search
Bagi filem tahun 1987, lihat Mr. Os (filem).
Mr. Os
Mr. Os.jpg
Mr. Os pada Mei 2011
KelahiranMohd Yusof bin Abdul Hamid
(1961-02-15)15 Februari 1961
Kuala Kangsar, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia8 April 2016(2016-04-08) (umur 55)
Hospital Selayang, Gombak, Selangor
Sebab kematianKanser tonsil
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Taman Sri Gombak, Selangor
KediamanChalet D' Kampung Mr. Os di Kampung Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar, Perak
Kampung Sri Gombak Indah, Batu Caves, Selangor
WarganegaraMalaysia
Nama lainOs
PekerjaanPelakon, penyanyi, pelawak dan pengacara
Tahun aktif1986 - 2016
PasanganAminah Ariff
Rahayu Muhamed Nadzir
Anak7
Ibu bapaAbdul Hamid
Saudara9 adik-beradik

Mr. Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof bin Abdul Hamid (Tulisan Jawi: محمد يوسف بن عبدالحميد Februari 15 1961 - April 5 2016) ialah seorang pelakon, penyanyi, pelawak dan pengacara di Malaysia. Beliau dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Mohd Yusuf memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung. Pada tahun kemudiannya, iaitu tahun 1987, beliau diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Mr Os. Ketika zaman kemuncaknya, beliau sering digandingkan dengan pelawak Sheila Rusly, Salih Yaacob dan Aziz Sattar. Dalam tahun 1988, beliau bersama-sama Hussein Abu Hassan, Puteri Salbiah dan Latif Ibrahim telah membintangi sebuah filem seram Indonesia bertajuk Bisikan Arwah. Didalam filem ini Mohd Yusuf memegang watak sebagai Parta; seorang pemuda kampung yang telah dibunuh beramai-ramai dan kemudianya kembali menjelma untuk membalas dendam. Adalah difahamkan bahawa Bisikan Arwah adalah lakonan pertama dan terakhir beliau dalam filem seram. Pada tahun 1990, beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi lakonan berkesannya sebagai pemuda autisme dalam filem Adik. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik sebanyak dua kali di FFM iaitu menerusi filem Mr.Os (1987) dan Ghazal Untuk Rabiah (1997).


Selepas filem terakhirnya pada 1997, Mohd Yusuf menyepi dari bidang perfileman dan bekerja sebagai seorang pengusaha perkhidmatan teksi.[1] Pada tahun 2009, beliau kembali ke persada seni Malaysia sebagai pengacara untuk rancangan televisyen TV9, Apa Ke Halnya?.[2]

Beliau kini menguruskan perniagaan chalet yang dinamakan Chalet D’ Kampung Mr Os terletak di Kampung Kota Lama Kanan, empat kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar. Chalet tersebut menawarkan pelbagai chalet pilihan dalam suasana kampung.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1986 Balik Kampung Usop Filem pertama
1987 Keluarga 99
Mr Os Dirinya sendiri
1988 Bisikan Arwah Parta Filem Indonesia
Kembar Siam Yusof/Mr. Os
Jodoh Boleh Diatur Mr. Os Filem Indonesia
1989 Awang Spanar Awang Spanar
Hero Os Juga sebagai pengarah
1990 Adik Os @ Adik
O.K (Orang Kampung Otak Kimia) Os
1991 Boss
1992 Fitty/Fitty Pelakon tambahan
1993 Cikgu Romantik Ramli bin Pandak aka P. Ramlee
Sengketa Cinta
1994 Red haired Tumbler In Malaya Ramlan
1997 Ghazal Untuk Rabiah Os
2011 Senario The Movie Ops Pocot Pak Bad
2014 Suatu Malam Kubur Berasap 2 Kemunculan khas
2015 Gangsterock Kasi Sengat Filem terakhir: pelakon tambahan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1994 Santan Berlada TV1
2012 Oh My English! (musim pertama) Pak Sham Astro TVIQ
2013 Oh My English! (musim ke-2)
2014 Tanah Kubur (musim ke-13) Osman Astro Oasis Episod: "Kucing Bin Osman", Pelakon undangan

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2004 Cinta Kinabalu Terus ke VCD
2006 Os Anak Tarzan Os Juga sebagai pengarah: terus ke VCD
Jesnita Terus ke VCD
2011 Halimah Jongang Bapa Halimah Astro Prima
2013 Opah Raya Stail Astro Ria
Raya Nora Jambu

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Apa Ke Halnya? Pengacara TV9

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Johan Maharaja Lawak Mega[sunting | sunting sumber]

Os dan Abon membentuk kumpulan Osbon menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Pada peringkat akhir peserta dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.[6]

Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

  • Kedua ialah kumpulan "Boboi" (gandingan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi
  • Ketiga ialah kumpulan "Saehu" daripada Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.
  • Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pelakon dan pelawak, Mr Os atau nama sebenarnya Mohd. Yusof Abdul Hamid disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat 8 April 2016. Beliau berusia 55 tahun. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 3 petang, menurut anaknya Husna Yusof ketika dihubungi Astro AWANI.

Menurut perkongsian di Facebook anaknya, jenazah Mr Os akan dibawa pulang ke Surau Al-Muhajirin, Kampung Sri Gombak Indah dekat sini.

Selain terkenal dengan filem seperti "Adik" dan"Awang Spanar", Mr Os juga merupakan juara Maharaja Lawak Mega musim pertama menerusi penyertaannya bersama Abon sebagai gandingan Osbon.

Beliau dimasukkan ke Hospital Selayang pada Isnin setelah mengadu sakit akibat kanser yang dihidapinya.

Beliau dijadual menghadiri satu majlis bersama Ustaz Azhar Idrus pada malam itu di Teluk Pasu, Kuala Terengganu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mr Os Jadi Pengacara Apa Ke Halnya di TV9, "...lebih fokus kepada pekerjaannya sebagai pemandu teksi...", Budiey.com. Diambil pada 25 Februari 2011.
  2. ^ "Mr Os Jadi Pengacara Apa Ke Halnya di TV9", Budiey.com. Diambil pada 25 Februari 2011.
  3. ^ Mr Os sibuk urus chalet
  4. ^ "Festival Filem Malaysia ke 7 (1987): Pelakon Komedi Terbaik", Arkib FFM, Sinema Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2011.
  5. ^ "Festival Filem Malaysia ke 13 (1987): Pelakon Komedi Terbaik", Arkib FFM, Sinema Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2011.
  6. ^ Osbon Juara Maharaja Lawak Mega, Bawa Pulang RM350,000 mStar online

Pautan luar[sunting | sunting sumber]