Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah ditubuhkan pada 18hb Mac 1988 dan didaftarkan mengikut peruntukan seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftrannya ialah 680/88 (Wilayah Persekutuan).

OBJEKTIF

  • Mewujudkan perpaduan, penyatuan dan persefahaman dalam kalangan Peguam Muslim di Malaysia dan antara Peguam Muslim dengan orang awam.
  • Berusaha bagi agar undang-undang islam, nilai dan prinsip-prinsip murni diaplikasikan dalam pentadbiran negara.
  • Memartabat penggunaan bahasa ibunda di dalam lapangan perundangan.
  • Menjaga dan melindungi kepentingan dan kebajikan ahli-ahli persatuan.
  • Bertukar-tukar pendapat dan idea berkaitan isu-isu yang melibatkan kepentingan awam dikalangan ahli-ahli.
  • Berusaha untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana badan atau agensi samada dalam atau luar negara yang boleh memberi impak yang positif kepada ahli-ahlinya.

KEAHLIAN[sunting | sunting sumber]

Persatuan ini empunyai tiga jenis keahlian iaitu :-

  • Ahli biasa;
  • Ahli bersekutu; dan
  • Ahli kehormat.

Mana-mana warganegara Malaysia yang beramal dalam lapangan perundangan sama ada dalam Perundangan Islam atau Perundangan atau kedua-duanya sekali layak untuk menjadi ahli biasa bagi Persatuan ini. Kelayakan tersebut merujuk kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda (Syariah) atau Sarjana Muda Undang-undang (LLB) samada dari university tempatan mahupun luar Negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Mana-mana pelajar yang masih dalam pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda (Syariah) atau Sarjana Muda Undang-undang (LLB) samada dari university tempatan mahupun luar Negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, layak untuk menjadi Ahli Bersekutu bagi Persatuan ini.

Mana-mana individu yang telah mencapai keutamaan dalam profesion undang-undang dengan kelulusan mesyuarat agung boleh dijemput oleh Jawatankuasa Umum untuk menjadi ahli kehormat bagi Persatuan ini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]