Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kerangka
KependekanMKI
Jenis/bentuk sahJawatankuasa kerajaan, majlis agama Islam di Malaysia Sunting ini di Wikidata
Sejarah
PenggantiMajlis Agama Nasional
Ditubuhkan17 Oktober 1968; 55 tahun yang lalu (1968-10-17)
Dibubarkan10 Mac 2022
Pengurusan
PengerusiSultan Sharafuddin Idris Shah Sunting ini di Wikidata
Organisasi indukJabatan Perdana Menteri Malaysia
SubsidiariJawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Sunting ini di Wikidata
Maklumat lain
Dahulunya dikenali sebagaiMajlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Semenanjung Malaysia (1969-1971)
Lokasi
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (akronim MKI) merupakan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja di Malaysia. Ia ditubuhkan pada 17 Oktober 1968 sebagai satu badan bagi menyelaraskan pentadbiran agama Islam di seluruh negara. Badan itu telah dirasmikan penubuhannya pada 1 Julai 1969, dengan nama Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Semenanjung Malaysia. Setelah negeri Sabah dan Sarawak diterima menjadi ahli majlis ini pada 17 Jun 1971, nama badan itu telah ditukar kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia[1].

Tujuan dan Tanggungjawab[sunting | sunting sumber]

Tujuan utama MKI ialah untuk mengendalikan pentadbiran agama Islam dari peringkat pusat untuk menyelaraskan segala tugas dengan Majlis Agama Islam setiap negeri. Untuk melaksanakan tujuan itu, majlis ini bertanggungjawab:-

  1. Membincang, menimbang dan menguruskan apa-apa perkara yang dirujukkan kepada Majlis oleh Majlis Raja-Raja,
  2. Memberi nasihat kepada Majlis Raja-Raja, Kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam mempunyai 21 orang ahli serta diuruskan oleh Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, yang bertindak sebagai urus setia kepada majlis. Selain itu, majlis itu juga bertanggungjawab atas beberapa perkara seperti penggunaan perkataan dan tanda halal, azan di televisyen dan pengharaman ajaran Qadiyani atau Ahmadiyah. Dengan adanya Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, kerajaan berharap hal-hal yang berkaitan dengan Agama Islam di seluruh negara akan dapat diseragamkan[1][1].

Keanggotaan Pertama MKI[sunting | sunting sumber]

MKI kali pertama dianggotai oleh 15 orang individu[2]. Berikut merupakan senarai anggota pertama MKI.

Keanggotaan Pertama MKI (1970)
Jawatan Nama
Pengerusi YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Setiausaha Haji Ismail bin Panjang Aris
Ahli (Lantikan Yang di-Pertuan Agong) Tan Sri (Dr) Haji Abdul Jalil Hassan
Hakim Tan Sri Dato Dr Abdul Aziz bin Mohamed Zain
Tan Sri Datuk. Dr. Haji Abdul Mubin Sheppard
Haji Ibrahim T. Y. Ma @ Haji Ibrahim Ma Tian Ying
Tan Sri Dato' Haji S.O.K Ubaidulla Kadir Basha
Ahli (Wakil Negeri Perlis) Jaafar bin Hassan
Ahli (Wakil Negeri Perak) Dato' Mior Arif Mior Alwi
Ahli (Wakil Negeri Selangor) Ismail Hitam
Ahli (Wakil Negeri Negeri Sembilan) Mohamead Yusoff Haji Hussain
Ahli (Wakil Negeri Johor) Talib Abu
Ahli (Wakil Negeri Terengganu) Tan Sri Ibrahim Fikri Mohamad
Ahli (Wakil Negeri Kelantan) Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Ahli (Wakil Negeri Pulau Pinang) Haji Ahmad Maliki Abdullah
Ahli (Wakil Negeri Melaka) Sheikh Said Sheikh Mohammad

Jawatankuasa Fatwa[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ditubuhkan pada awal tahun 1970 sebagaimana diperuntukan pada Perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Jawatankuasa ini merupakan badan pengeluar fatwa di peringkat Kebangsaan atas apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Sementara MKI yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri merupakan badan penyelaras di peringkat Persekutuan yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada Mac 1968.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah bersidang buat pertama kalinya pada 23 hingga 24 Jun 1970 yang dipanggil dengan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan tersebut berlangung sebanyak 18 kali dan yang terakhir diadakan pada 14 Mei 1980. Kemudiaannya penggunaan perkataan Persidangan ditukar kepada perkataan Muzakarah. Maka pada tarikh 28 hingga 29 Jun 1981 diadakan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Kali Pertama[3].

Keanggotaan Pertama Jawatankuasa Fatwa MKI[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Fatwa MKI kali pertama dianggotai oleh 16 orang individu[4]. Berikut merupakan senarai anggota pertama Jawatankuasa Fatwa MKI.

Keanggotaan Pertama MKI (1970)
Jawatan Nama
Pengerusi Tan Sri Dato’ Abd. Jalil Bin Hj. Hassan (Pengetua Kolej Islam Malaya Petaling Jaya)
Ahli (Lantikan Yang di-Pertuan Agong) Dato' Mohammad Salleh Abas (Peguam Cara Negara)
S.S Syed Yusof bin Ali Az-Zawawi (Mufti Terengganu)
S.F Haji Nik Muhd Muhyiddin Haji Musa (Pengetua Kolej Islam Malaya Kelang)
S.F Ustaz Mohammad Abu Bakar (Pensyarah Kanan Kolej Islam Malaya PJ)
S.F Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi (Ulama dari Perak)
S.F Sheikh Mahmud Haji Noh (Ulama dari Pulau Pinang/Kedah)
Ahli (Wakil Negeri Pulau Pinang) S.S Dato' Haji Adnan Haji Hashim (Mufti Negeri Pulau Pinang)
Ahli (Wakil Negeri Melaka) S.S Tuan Guru Haji Hassan bin Haji Abu Bakar (Mufti Negeri Melaka)
Ahli (Wakil Negeri Perak) S.S Dato' Haji Abu Hassan bin Abdul Majid (Mufti Negeri Perak)
Ahli (Wakil Negeri Selangor) S.S Dato' Haji Ghazali Haji Abdullah (Mufti Negeri Selangor)
Ahli (Wakil Negeri Negeri Sembilan) S.S Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail (Mufti Negeri Sembilan)
Ahli (Wakil Negeri Perlis) S.S Ustaz Salleh bin Othman (Mufti Negeri Perlis)
Ahli (Wakil Negeri Kelantan) S.S Dato' Haji Muhammad Noor Haji Ibrahim (Mufti Negeri Kelantan)
Ahli (Wakil Negeri Johor) S.S Dato' Haji Abdul Rahim Yunus (Mufti Negeri Johor)
Ahli (Wakil Negeri Terengganu) S.F Dato' Perba Diraja Haji Wan Abdul Rahman Wan Long (Kadi Besar Terengganu)

Senarai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa MKI[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]